Nak Souvenier best?

Showing posts with label sarapan. Show all posts
Showing posts with label sarapan. Show all posts

Kronologi minum Coca Cola tu..



Blogger Emma said...
apa yg berlaku strusnya? *__*
September 10


Seterusnya.. sakit perutla.. ha, padan dengan muka diri sendiri kan?.. Kalau ada penyakit gastrik tu mau satu hari terbaring melayankan sakit perut tu. Lain kali jangan cuba.. atas nasihat yang PAKAR. Coca Cola memang sedap!


Minum Coca Cola?

Minum Coca Cola?

Apake halnye dengan Coca Cola ni? Pernah tak kawan-kawan minum Coca Cola? Minuman bikarbonat yang glemer tu? Ada yang tak pernah  minum Coca Cola ke? Bagusla bagi yang tak pernah tu.. demi menjaga kesihatan. Sebenarnya kita dah tau kan minuman ni ada banyak kandungan gula. Tapi sebab sedap rasanya, itu yang keburukannya bagai terselindung tu..

Saje nak kongsi experience minum Cola ni waktu pagi, perut masih kosong. Boleh ke gitu?.. Ahah.. ni yang nak cerita ni, dulu pernah le buat kerja macam ni. Masa tu belum sarapan lagi. Tapi bila bukak icebox, ternampak lambaian Coke tu. Vanilla coke plak tu. Dahle tengah lapar dan dahaga. Apalagi, terusla dengan tak semena-mena meminumnya.

Fuh.. hilang haus bila minum Coca Cola tu. Tapi ceteker apa berlaku seterusnya?

Tobat dah taknak wat lagi.. hmmm

Sarapan.


Tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan malam secara tetap. Semua orang, termasuk kanak-kanak, juga tahu sarapan menjadi penyumbang pertama tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan lebih baik.
Namun, pengetahuan saja tidak mencukupi jika ia tidak diamalkan. Memang tidak mudah untuk menerap amalan bersarapan, terutama di kala-ngan kanak-kanak, apatah lagi jika ibu bapa tidak menunjukkan teladan baik dan sering meninggalkan sajian penting itu atas pelbagai alasan.
Apabila ditanya kenapa anak tidak bersarapan, antara jawapan yang sering diterima ialah tiada selera, tidak cukup masa atau anak enggan mendengar arahan. Menyuruh anak makan saja bukan tindakan tepat kerana ia umpama menyuruh anak mandi. Tiga empat kali suruh pun belum tentu anak bergerak ke bilik mandi. Tindakan lebih bijak ialah ibu bapa duduk dan makan bersama.


OLEH ITU MARILE KITA BERSARAP...
APA TIPS KAWAN KAWAN NAK JADIKAN SARAPAN ITU SATU TABIAT?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...