Nak Souvenier best?

Showing posts with label gula. Show all posts
Showing posts with label gula. Show all posts

Bajet (Belanjawan 2013) / Isu Gula Sabah Sarawak.

Bajet (Belanjawan 2013) / Isu Gula Sabah Sarawak.


mstar:KUALA LUMPUR: Kelulusan Lesen Pengilang kepada Adamuda Sdn Bhd untuk memproses gula di Sarawak adalah sama dengan proses yang dilalui pengilang lain, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata seperti syarikat pengilang gula lain, kelulusan lesen kepadaAdamuda Sdn Bhd juga melalui permohonan dan tidak dikenakan sebarang bayaran. "Pemohon perlu melengkapkan borang permohonan beserta dokumen sokongan yangdiperlukan untuk pertimbangan jawatankuasa pelaburan peringkat nasional untuk kelulusan berdasarkan kepada dasar semasa," katanya dalam jawapan bertuliskepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) di Dewan Rakyat pada Selasa.
Teo ingin tahu mengapa Admuda Sdn Bhd diberi lesen tunggal untuk memprosesgula di Sarawak dan Sabah, dan sama ada lesen itu diberi melalui tender terbukaatau sebaliknya.
Mustapa berkata bagi menjamin bekalan gula di Sabah dan Sarawak mencukupi serta mengatasi masalah gula bertapis, kerajaan pada 23 Disember 2009 membenarkan kedua-dua negeri memiliki sebuah syarikat memproses gula masing-masing.

Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat.

Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat.


Betulke bila Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat?.. Begitu banyak komen tentang Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat ni.

Malam tadi ada ke antara kawan-kawan blogger yang terlibat dengan #tanyaNajib BAJET 2013 tu? Ada ke yang utarakan isu Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat. Apa yang PM kita jawab?.. Dari komen yang Nur dapat dari entry Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat haritu, bukan saja harga gula yang akan dan telahpun naik tapi juga harga makanan.

Kalau macam tu la.. kena kurangkan lagi la manis dalam senyuman sebab harga gula dah naik tak mampu beli..

pS: Cikli: earning nuffnang Nur tu cuma lepas harga gula untuk sekilo je la.. 


Awal sangat ke breakfast? MENU 1MALAYSIA.

Awal sangat ke breakfast?


Jom breakfast MENU RAKYAT 1MALAYSIA..
Murah pun murah kan?
Hanya di restoren terpilih je ada MENU 1MALAYSIA ni kan..

Meskipun HARGA GULA DIJANGKA MENINGKAT.. tapi harga makanan belum naik lagi kan..
Atau kat tempat kawan-kawan dah naik harga?
Banyak ke kenaikan harga tu?

Ni la kesan dari PEMBENTANGAN BAJET 2013: bila subsidi gula dikurangkan.. harganya mestila meningkat.. Walaupun hanya 20sen, tapi impaknya besar!..

Setuju..?

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Harga Gula Naik!!!

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Harga Gula Naik!!! 

~ Kalau dilihat sudut negatif macam tak best la kan harga gula naik.. Pasti ramai yang bising-bising ye.. Bukan saja harga gula yang akan naik ni.. Harga barang-barang berasskan gula pun sudah tentu akan naik ye?..

~Maka lihatla dari sudut positif... kurangkan gula dalam makanan anda untuk kehidupan yang sihat uolls..


kosmo.KUALA LUMPUR - Harga gula dijangka naik selepas kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi barangan itu sebanyak 20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini selepas mengambil kira isu kesihatan rakyat termasuk yang membabitkan 2.6 juta penghidap diabetis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 semalam memberitahu, pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.
"Walaupun subsidi dikurangkan, kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya.
Pada masa ini harga gula kasar ditetapkan kepada RM2.30 sekilogram manakala gula halus pula RM2.40.
~Jangkaan harga gula RM2.50 lak ye..

Minum Coca Cola?

Minum Coca Cola?

Apake halnye dengan Coca Cola ni? Pernah tak kawan-kawan minum Coca Cola? Minuman bikarbonat yang glemer tu? Ada yang tak pernah  minum Coca Cola ke? Bagusla bagi yang tak pernah tu.. demi menjaga kesihatan. Sebenarnya kita dah tau kan minuman ni ada banyak kandungan gula. Tapi sebab sedap rasanya, itu yang keburukannya bagai terselindung tu..

Saje nak kongsi experience minum Cola ni waktu pagi, perut masih kosong. Boleh ke gitu?.. Ahah.. ni yang nak cerita ni, dulu pernah le buat kerja macam ni. Masa tu belum sarapan lagi. Tapi bila bukak icebox, ternampak lambaian Coke tu. Vanilla coke plak tu. Dahle tengah lapar dan dahaga. Apalagi, terusla dengan tak semena-mena meminumnya.

Fuh.. hilang haus bila minum Coca Cola tu. Tapi ceteker apa berlaku seterusnya?

Tobat dah taknak wat lagi.. hmmm

Gula turun harga la ye...

~Harapnye lepas ni gula turun harga la ye.. (Logik tak?..)-kosmo


Mengulas mengenai penyelidikannya, ujar Mimi Sakinah habuk kayu sesuai digunakan sebagai bahan mentah kerana ia mengandungi selulosa yang boleh diproses menjadi gula ringkas.
Dengan teknologi hijau farmentasi katanya, ia dimanfaat bagi mengurangkan kos pengeluaran berbanding kaedah hidrogen yang digunakan secara meluas dalam penghasilan gula itu ketika ini.
"Gula yang dihasilkan menerusi projek ini bukan saja boleh digunakan sebagai pemanis makanan bahkan, untuk pelbagai industri lain seperti kosmetik.
"Penggunaan habuk kayu sebagai sumber penghasilan gula ini sekali gus mengatasi masalah pembuangan sisa industri itu yang mencapai 15 juta tan setahun di seluruh dunia.
Penyelidikan tersebut turut dibantu Dr. Zularisam Ab. Wahid serta Rusmawarni Ramli.
Pencapaian dibanggakan
PENGHASILAN gula ringkas menggunakan habuk kayu mengelakkan sisa industri tersebut dibuang begitu sahaja sekali gus mempromosikan alam sekitar yang lebih bersih.



Kurang Gula Dalam Darah?

Namanya hipoglisemia. TQ google..
Semenjak dua menjak ni harga barang dijangka akan naik kan.. Dimulakan dengan minyak ron97.. lepas tu pulak harga gula.. dah naik dah.. lepas ni dijangka minyak ron95 pula ye kawan-kawan.

Baru-baru ini ada berborak dengan seorang yang baikhati ni.. Beliau berlatarbelakangkan bukan dari golongan yang senang lenang.. sederhana?.. Mungkin pada pendapat peribadi dari golongan yang kurang berkemampuan. Namun, ketulusan hatinya amat menyentuh perasaan. Sanggup menolong mereka yang rasanya jauh lebih mampu daripada beliau. Sangat mulia hatinya. Diharapkan orang yang dibantu itu tidak melupakan beliau.

Manusia punye perangai ni kan adalah pelik sedikit.. Kala susah mula mencari sahabat sejati.Bila dah senang sikit.. mula lupa diri.. Harapan agar kita semua tak terleka dengan muslihat duniawi..

Sebab harga gula dah naik, jom kurangkan GULA.. Tapi jangan sampai terlalu rendah. Boleh Pengsannn!!!


Apakah gejala-gejala hipoglisemia?
Biasanya gejala-gejala hipoglisemia ialah:
  • Berpeluh terlalu banyak
  • Rasa Iapar
  • Letih
  • Rasa mengantuk
  • Gelisah dan tidak tenteram
  • Denyutan Jantung yang cepat, gementar, penglihatan kabur
  • Koma

Jom breakfast dulu sebelum pengsan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...