Bajet (Belanjawan ) 2013 / Harga Gula Naik!!!
~ Kalau dilihat sudut negatif macam tak best la kan harga gula naik.. Pasti ramai yang bising-bising ye.. Bukan saja harga gula yang akan naik ni.. Harga barang-barang berasskan gula pun sudah tentu akan naik ye?..
~Maka lihatla dari sudut positif... kurangkan gula dalam makanan anda untuk kehidupan yang sihat uolls..
kosmo.KUALA LUMPUR - Harga gula dijangka naik selepas kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi barangan itu sebanyak 20 sen sekilogram berkuat kuasa hari ini selepas mengambil kira isu kesihatan rakyat termasuk yang membabitkan 2.6 juta penghidap diabetis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 semalam memberitahu, pengurangan subsidi itu telah mendapat sokongan daripada persatuan pengguna dan pengamal kesihatan.
"Walaupun subsidi dikurangkan, kerajaan masih menanggung subsidi gula sebanyak 34 sen sekilogram yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM278 juta," katanya.
Pada masa ini harga gula kasar ditetapkan kepada RM2.30 sekilogram manakala gula halus pula RM2.40.
~Jangkaan harga gula RM2.50 lak ye..