Nak Souvenier best?

Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Tanpa kereta.. boleh hidup ke?

~Agaknya kat Malaysia ni boleh buat kat kampung je la..


BEBERAPA orang mengayuh basikal di sebatang jalan raya di Brussels 

BRUSSELS, Belgium - Beberapa batang jalan raya di bandar raya ini tidak dilalui sebuah kenderaan pun sempena Hari Bebas Kereta .
Sejumlah orang berjalan, berbasikal, menunggang skuter dan memakai kasut roda semasa mereka melalui jalan tersebut.
Ia diadakan bagi menggalakkan orang ramai tidak menggunakan kereta ketika berada di kawasan bandar.
- Agensi

Nak kereta Bentley Brooklands..

Nak kereta Bentley Brooklands..

~berapa ek harga kereta ni.. survey dulu masuk wishlist.

mstar-

Menceritakan situasi pada masa itu, Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau nampak beberapa anggota polis yang bersenjata keluar masuk ke dalam istana menyebabkannya berasa amat takut.
Katanya, beliau menyaman defendan kerana kebebasan dan hak asasinya telah disekat tanpa sebab munasabah.
Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad, yang mewakili defendan, Tengku Muhammad Fakhry berkata beliau tidak mengetahui perintah Pemangku Sultan Kelantan ketika itu, Tengku Muhammad Faris Petra, bagi menghalangnya membawa keluar kereta tersebut dari istana berkenaan.
Tengku Muhammad Fakhry juga tidak bersetuju dengan cadangan Azizan bahawa tindakan pihak polis terhadapnya bukan untuk menghalang dirinya tetapi sebenarnya menghalang kereta Bentley Brooklands itu dibawa keluar dari istana.


Nak pegi spa?

~Jangan marah ye.. nanti kena jual.. SPa kini bukan hanya untuk manusia tapi untuk kereta juga.. Oh ye, gambar kereta kat bawah tu hanya sekadar hiasan. Katanya wanita lebih teliti.. sebab tu kereta lebih bersih.. Tak gitu?
PORSCHE PDI Centre memberi kepercayaan kepada staf wanita untuk melakukan tugas merapi kereta kerana menyifatkan mereka lebih teliti dan kemas.


Maksud Mimpi / Kereta Volkswagen Passat

Maksud Mimpi / Kereta Volkswagen Passat.

Maksudnya.. jangan nak mengada ngada.. Kawan-kawan nur ada mimpi benda yang sama tak?.. Tengah syok syok drive ala ala racer F1, tetiba dummm.. bukan accident.. tapi rupanay jatuh katil.. Mimpi indah rupanya.. haih.. 

Expect nothing less.

Expect nothing less.

The new Volkswagen Passat redefines what you’d expect from a top-of-the-line sedan. This beauty of German engineered excellence comes with a turbocharged TSI engine, 7-speed direct shift gearbox DSG, plush leather interior, outstanding fuel consumption, 17-inch alloy wheels and much more. So if you’re looking for something that sets you apart from the rest, look no further.

Zed Zaidi Hilang Kereta.

Zed Zaidi Hilang Kereta.


kosmo:

PETALING JAYA – Malang menimpa lagi kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi (gambar) apabila kereta miliknya dicuri orang awal pagi kelmarin.
Ia merupakan kes kedua yang menimpa beliau atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 32, selepas sebuah kereta Toyota miliknya dilaporkan hilang di Nilai, Negeri Sembilan pada tahun 2007 dan sehingga kini ia belum ditemui lagi.
Kali ini, beliau melaporkan kehilangan kereta Perodua Kelisa berwarna perak yang diletakkan di hadapan rumahnya di kondominium Perdana View di Damansara Perdana di sini.
“Pada awal pagi kelmarin saya dimaklumkan oleh isteri dan pembantu peribadi saya bahawa kereta itu yang diletak di hadapan kondominium kami sudah lesap selepas pulang dari membeli-belah.
“Selepas mengesahkan kereta itu tidak digunakan oleh keluarga terdekat, isteri saya membuat laporan polis pada malam kejadian,” ujarnya yang dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Tambah Zed Zaidi, kereta yang dibeli lebih dua tahun lalu itu biasanya dipakai oleh ibunya dan diletakkan di hadapan kondominium ekoran ketiadaan ruang tempat letak kereta di dalam kawasan kediamannya.

Nak Sebijik..

~AGAK AGAK BOLEH DAPAT TAK?

Reuters SEBUAH kereta Rolls-Royce Ghost dipamerkan di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu kelmarin.

Lesen Manual Ke Automatik?

"Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum IT Sdn. Bhd. kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini semalam.
Katanya, menerusi pengenalan lesen memandu baharu itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.
"Sudah tentu ada (tindakan). Semuanya sudah jelas dan pemandu yang ada lesen automatik tidak dibenarkan pandu (transmisi) manual.
"Jika mahu, mereka mesti ambil lesen manual untuk memandu kenderaan kedua-dua transmisi," katanya.

~LEBIH BAIK AMBIL LESEN MANUAL.. DAPAT PANDU DUA DUA TRANSMISI KAN?.. ATAU TAK SETUJU?..

Talian Maklumat Info Banjir melibatkan perjalanan KTMB.

Menurut kenyataan itu lagi antara perkhidmatan tren Antara Bandar yang terjejas dan dijadualkan semula ialah Ekspres Senandung Mutiara (No.23, Butterworth-Tanjung Malim) perkhidmatan Ekspres Sinaran Utara (No.10 Tanjung Malim- Butterworth) dan Perkhidmatan Ekspres Sinaran Utara (No.11 Butterworth-Tanjung Malim).

Turut terjejas ialah Perkhidmatan Ekspress Senandung Mutiara (No.22 Tanjung Malim-Butterworth), Perkhidmatan Ekspress Rakyat (No. 2 Singapura-KL Sentral, Tanjung Malim-Butterworth), Ekspress Rakyat (No. 1 Butterworth-Tanjung Malim, KL Sentral-Singapura) Ekspress Senandung Langkawi (No.21 Hat Yai-Ipoh) ekspress Senandung Langkawi (No.20 Ipoh-Hat Yai). Perkhidmatan ETS yang dijadual semula adalah semua perkhidmatan ETS dari Ipoh ke KL Sentral atau Seremban yang ditamatkan di Rawang dan penumpang dipindahkan dengan menaiki bas ke KL Sentral dan begitu juga sebaliknya.

Menurut kenyataan itu kerja-kerja membaik pulih landasan dan struktur di jangka dapat disiapkan pada awal pagi Sabtu ini.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KTMB boleh didapati dengan menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan KTMB 1-300-88-5862 dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. - Bernama

Laluan KTMB KL Tergendala.

Baru je dapat TWEET dari staronline tadi dan kebetulan dalam Berita 1.30 ni pun siarkan juga tentang laluan KTMB TERGENDALA DI STESEN KUALA LUMPUR. Puncanya adalah ekoran sebuah kren yang mengalami kerosakan sehingga terbalik dan menghalang laluan dari Platform 1 hingga 3. Hanya laluan 4 sahaja berfungsi.
Oleh itu alternatif yang diberikan adalah akan ada pengangkutan bas yang disediakan yang membawa penumpang dari STESEN BANK NEGARA je KL SENTRAL dan begitu juga sebaliknya.
Kerja kerja pembaikpulihan giat dijalankan, namun tak tahu sampai bila akan selesai. Jadi, buat kawan kawan yang bercadang menggunakan laluan tersebut kenala rancang perjalanan. Ye la kot kot nanti perjalanan yang srkejap tu boleh memakan masa sehingga dua kali ganda.

Kalau sesiapa yang nak kongsi berita ni dipersilakan. Semoga kejadian LALUAN KTMB TERGENDALA 16JULAI ni tidak akan berulang..
Selamat Berhujung Minggu..

MOVING FORWARD. Cube teka tagline siapa..

Sedikit klu..


At Toyota, we share an essential goal with you — the desire to continuously work to get more out of life. We believe that "there's no best... only better", the spirit of which is captured in our brand message, Moving Forward.

Moving Forward describes our passion for innovation and discovery, and the fact that we never allow ourselves to get complacent. It is consistent with our dedication to Kaizen, or "continuous improvement" — our long-standing philosophy of continued progress which resonates through everything we do.

Moving Forward also marks our commitment to the future. Because no matter how much we achieve, there's always a new challenge awaiting us. And as we head into the future, there's only one direction in which we're all moving. Forward.

~bukan klu ni.. jawapan terus!

HARGA MYVi ELEGANCE.




Peninsular53,900.00 54,400.00 
Langkawi47,409.60 47,786.40 
Sarawak
Kuching55,925.50 56,400.20 
Miri / Bintulu56,098.00 56,573.00 
Sibu56,040.40 56,515.40 
Sabah
Tawau / Lahad Datu56,179.10 56,654.10 
Kota Kinabalu / Keningau56,033.20 56,508.20 
Labuan50,025.55 50,402.35 
Sandakan56,082.10 56,557.20 

Notes : 
  1. Prices are with accessories.
  2. Optional insurance coverage
    a) Windscreen insurance - coverage RM1050.00 - premium RM157.50
  3. Kelab Automotif Perodua Malaysia (KAPMA) - First year membership and joining fees is RM 60.00
  4. Prices are subject to change without prior notification.
    The effective date will prevail at the time of delivery and not when placing or signing booking.
  5. The 6% service tax on insurance premium is imposed on all vehicles registered under company‘s name 
    for private use : registration fee RM500.00.
For further details, visit your nearest Perodua Showroom.


PERODUA.COM.MY

STESEN TANJONG PAGAR.

~Baru nak berkongsi.. (BH)

SINGAPURA: Sejurus selepas tren terakhir meninggalkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar tepat pada 11 malam tadi, Mohd Ayub Embong terus bergerak ke pejabatnya yang terletak 50 meter dari situ. 

Di pejabatnya itu, Mohd Ayub, yang merupakan Pengurus Operasi stesen berkenaan, memastikan segala dokumentasi yang diperlukan bagi menutup operasi stesen itu secara rasmi siap menjelang detik 12 tengah malam.
Segala gerak-geri beliau menyiapkan dokumen terakhir itu diperhatikan dengan penuh minat oleh pengunjung dan jurugambar media yang mahu merakamkan detik-detik terakhir perkhidmatannya di situ.
Walaupun sibuk menyiapkan tugasnya yang perlu diselesaikan sebelum tengah malam itu, Mohd Ayub itu kerap "diganggu" oleh permintaan demi permintaan daripada pengunjung untuk mengambil gambar bersamanya. 

"Terima kasih tuan di atas segala-galanya," merupakan ungkapan daripada pengunjung warga Singapura yang beremosi selepas bersalaman dan berpelukan dengan pengurus stesen Tanjong Pagar yang terakhir itu. 

Mohd Ayub hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa-apa. 

Ditanya oleh wartawan tentang perasaannya ketika beliau menyiapkan dokumen terakhir sebelum stesen itu ditutup selepas 80 tahun beroperasi, beliau menjawab: "Sudah pasti sedih." 
Sepuluh minit sebelum tengah malam, pengurus kanan operasi Stesen Keretapi Gemas, Abdul Aziz Said, memasuki pejabat Mohd Ayub yang semakin sesak dengan pengunjung ketika detik penuh bersejarah itu semakin dekat. 

Abdul Aziz adalah pegawai kanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertanggungjawab memeriksa semua dokumen yang diperlukan, sebelum operasi stesen itu ditutup secara rasmi. 

Selepas memeriksa semua dokumen itu, beliau menurunkan tandatangannya dalam Buku Lawatan stesen berkenaan menandakan semua proses menutup operasi Stesen Kereta Api Tanjong Pagar itu berjalan lancar. 

"Selepas 12.01 tengah malam ini, operasi Stesen Keretapi Tanjong Pagar di Singapura ini tamat secara rasmi dan tidak akan ada lagi sebarang komunikasi dari stesen ini," kata Abdul Aziz sambil bersalaman dengan Mohd Ayub. 

Suasana dalam pejabat Mohd Ayub itu diselubungi perasaan emosi pengunjung yang berpusu-pusu berpelukan dengan Abdul Aziz dan Mohd Ayub ketika jam semakin hampir menunjukkan 12 tengah malam. 

Ramai pengunjung dan kakitangan KTMB yang berada di dalam pejabat itu tidak dapat mengawal perasaan, menangisi detik-detik terakhir operasi stesen yang merupakan antara lambang kepada usaha merapatkan hubungan rakyat kedua-dua negara. 

Tepat pada tengah malam, Mohd Ayub, Abdul Aziz dan beberapa kakitangan KTMB yang terakhir menarik pintu penutup stesen itu buat kali terakhir. - BERNAMA 

Pengganti MyVi.

Saat menonton kereta baru PENGGANTI MYVI ni, teruja pula rasanya. Rupanya MYVI ni ada adik beradiknya yang berasal dari JEPUN. Kereta yang dinamakan PASSO tu dikatakan abang kepada MYVI ye?
Dan juga, kereta MYVI ni dah 5 tahun berturut- turut Menjadi kereta pilihan. Pernah tak kawan- kawan menaiki atau memandu kereta tersebut? Bagaimana rasanya? Best atau tidak?

Satu yang boleh dipuji adalah keadaan ruangnya yang luas. Memang suka la kalau dapat menumpang mereka yang ada kereta MYVI ni. Setuju tak? Beruntung bagi mereka yang memiliki kereta MYVI keluaran PERODUA ni kan.
Berkenaan kereta pengganti MYVI ni pula, bayangan diberikan kat BULETIN UTAMA tadi memang menarik. Dengan spesifikasinya yang uptodate tu, rasanya memang berbaloila kalau dapat memilikinya. Dilengkapi dengan beg udara berkembar serta GPS memanglah sangat menggoda. Tapi, betul betul berbaloi jikalau harganya berpatutan. Bilakah agaknya kereta baru keluaran PERODUA atau adik kepada MYVI ni akan dilancarkan?

Tertanya- tanya juga apakah nama PENGGANTI MYVI tu nanti.. MYEVO? jum teka jum..

Ps. Qard.. Bila nak hantar nanti akan dimaklumkan- tahniah...

Ke Bukit Bendera.

~Tak pernah lagi ke sana:


GEORGETOWN - Operasi perkhidmatan kereta api Bukit Bendera kembali pulih hari ini setelah kerja-kerja membaiki alat penjana elektrik koc selesai.
Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Datuk Lee Kah Choon berkata, perkhidmatan kereta api itu yang terganggu sejak petang Selasa lepas mula beroperasi 6.30 pagi ini.
"Operasi kereta api telah pulih dan kembali normal, kerja-kerja membaik pulih berjalan dengan lancar serta siap sepenuhnya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kerosakan kereta api itu dipercayai akibat pelanggaran objek di landasan yang mengakibatkan alat penghawa dingin dan pintu automatik gagal berfungsi. - Bernama

Aksi Berani Mati.

Memang Aksi berani mati ni.. mak aii.. kalau sikit tersilap.. fikir sendiri la..



KERETA Mazda MX-5 menyelinap di bawah treler.


MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Ini bukan adegan filem tetapi satu realiti. Seorang pemandu mengundang padah dengan memandu kereta sportnya di bawah sebuah treler yang sedang bergerak, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kereta sport Mazda MX-5 yang dipandu lelaki tersebut menyelinap di bawah treler 18 tayar itu yang bergerak selaju 64 kilometer di sebatang jalan yang sibuk di negeri Florida.
Dia kemudian bergerak keluar dari bawah treler itu dan terus memandu pergi.
"Saya tidak percaya melihat aksinya. Dia mengundang bahaya kepada semua pemandu lain. Kadangkala kebodohan manusia tidak mengenal batasan," kata seorang saksi Ben Ellis yang merakam kejadian itu baru-baru ini. - Agensi

PESAING.

~Ini la pesaing Honda dan Toyota ye..


KANAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tiga dari kiri) melancarkan model baru Mazda3 MPS baru-baru ini.

Karena Bung, tersirap juga la kan..

Bung Mokhtar suami pada pelakon Zizie Ezette tu ada timbulkan kontroversi. Katanya PEREMPUAN MEMANDU SAMBIL LEWA.

Banyak juga wanita yang menyirap tersentap bila terbaca tentang ni kan. Bagi pendapat kawan-kawan, betulke wanita memandu sambil lewa?. Tapi kenapa pula lelaki yang lebih ramai terlibat dalam kemalangan ye?

Begitulah pernyataan Bung yang menjentik wanita. Tapi, bila difikirkan balik mungkinkah maksudnya wanita ni suka bawa kereta dengan terlalu berhati-hati.. Takut nak mencilok, takut nak bawak laju-laju.

Sebenarnya ada juga wanita yang lagi hebat bawak kereta, dan lagi terer bab cilok mencilok ni.. Jangan tak ngaku ye.. Cuma mungkin bilangan pemandu lelaki yang lebih ramai dan lebih ramai yang tunggang motosikal, mungkin tu yang menyebabkan peratus mereka yang terlibat dalam kemalangan lebih tinggi. Betul tak?..

Kalau FIRST CAR Macam ni Sesuai tak?



~Apakah first car atau kereta pertama yang menjadi idaman kawan-kawan?. Atau bagi yang dah beli kereta, kenapakah KERETA itu dipilih?..

Nak beli kereta macam kat dalam gambar tu?.. Keluaran tempatan. Atau nak beli yang diimport dari luar?. Kualiti kereta tempatan dan luar berbeza ke?. Ada yang boleh bagitau tak?.. Kalau diberi pilihan mana yang kawan-kawan pilih?

Kalau tak beli buatan tempatan, macamana nak tolong negara kita sendiri ye?..

-CONFUSE.
Suzuki Swift macam comel juge kan..

Modified kereta?

Ada kereta nak di modified kan?.. Best ke kalau dapat modified kereta ni?.. Tak ke rasa membazir.. Baru je beli kereta tu, dan dan nak g modified.. Dah hilang kecantikan asal.. Betul tak?.

Ada kawan-kawan yang suka modify kereta?.. Berapa banyak wang yang digunakan ye?.. Agaknye kalau dikumpul-kumpul tu boleh beli satu lagi kereta kot?.. Entry ini hanya berkongsi pendapat.

Bagi yang mempunyai hobi modify kereta, memang tiada salahnye kan. Cuma kalau tak mampu sehingga bergolok gadai, mungkinla tidak sesuai.. Kalau berkemampuan, tiada salahnya kalau itu hobi yang boleh memuaskan hati.

Bukan lelaki sahaja.. Perempuan pun ada yang meminati hobi modify-modify kereta ni kan. Mungkin lebih obses lagi..

Murah Ke Kereta Ni?.. Tak Sangka..


PASTI ramai yang tidak percaya jika dikatakan asal kenderaan ini ialah Volkswagen Beetle.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...