Nak Souvenier best?

Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts

CUTI HARI NATAL

CUTI HARI NATAL DI TENGAH MINGGU..
NAK BUAT APA PUN TAK TAHU.

Paranoid Kat Facebook.

Paranoid Kat Facebook.

Saat berbual-bual dengan seseorang haritu, maka terkeluar le topik ni. Paranoid kat Facebook? Maksudnya apa?.. Member Nur ni dia ternampakle member ni meng update status kat FB tu.. then dia macam terasa sangat dengan pernyataan member tu..

Yang tak bestnya, si member Nur ni punye la terasa dan terfikir-fikir apa yang dia dah buat silap, sehinggakan member ni sakit kepala teraat. Kasihan pun ada.

Rupanya, bila di selidiki, member dia tu adalah sedikit masalah mental.. Jadi Nur pesan kat dia, sabo ajela.. Dan usah  dilayankan.. nanti kita pulak yang tak pasal pasal jatuh sakit. Sebaliknya kita mendoakan agar yang sakit tu segera la sembuh ye tak?..

Apa nasihat kawan-kawan plak?

Hari hari kerja..

Hari hari kerja..


dah terngiang ngiang lagu ni dalam minda..
MONDAY BLUES kah itu?

Kata yang dah kerja: enjoyle waktu belajar..
Bagi yang masih belajar: tak sabar nak kerja..

So camne?..

Banyak sangat channel pun tak guna..

Banyak sangat channel pun tak guna..

Tiada berkaitan dengan sesiapa,
hanya merujuk pada diri sendiri sahaja..
turn on tv dan mula berkira-kira
rancangan mana dan channel apa,
yang nak ditonton bersama keluarga,

tekan punya tekan punya lama,
last last dibiarkan sahaja,
tv yang tonton tuannya..
sebab rancangan memikat tiada,

bila dah bosan begitu mari la tutup tv sahaja,
layan komunikasi di alam maya pula..

Kalau weekend masak sendiri ke makan luar?

Kalau weekend masak sendiri ke makan luar?

Bagi Nur, weekendla masa berkualiti yang berharga untuk bersama keluarga. Kalau kerja melangkaui weekend, pasti terasa satu kerugian kan.(tapi, bagi yang terpaksa nak buat macamana kan sebab itu punca rezeki).

Jadi, kawan-kawan pada waktu weekend ni biasanya suka masak sendiri makan makanan rumah atau makan di luar?. Nur ni kedua duanya ada la.. Kadang kadang makan di rumah, ada juga makan di luar (kalau nak celebrate something special la).

Yang penting waktu makan tu semua ahli keluarga berkumpul.. bertukar cerita bergelak ketawa..
Ah syurganya..

Malam Jumaat.. jeng jeng jeng..

Malam Jumaat.. jeng jeng jeng..

Malam Jumaat? Ada apa dengannya?
Malam jumaat ni biasanya dikaitkan dengan cerita-cerita seram. Kalau masa kecik dulu paling takut Malam Jumaat la.. Tah kenapa tah, mungkin kat kampung tu dah jadi tradisi budak-budak ditakutkan dengan frasa 'Malam Jumaat"..

Konon kononnya banyak hantu keluar pada Malam Jumaat. Sehingga kini masih bersisa 'ketakutan' itu . Walhal takde apa apa pun. Cuma yang Nur perasaan zaman sekarang ni banyak pulak cerita hantu dan seram disiar pada Malam Jumaat.. Achaner tu?.. Siapa Salah? Salah Siapa.. kadang layan juga di sebalik bantal ..

Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat.

Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat.


Betulke bila Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat?.. Begitu banyak komen tentang Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat ni.

Malam tadi ada ke antara kawan-kawan blogger yang terlibat dengan #tanyaNajib BAJET 2013 tu? Ada ke yang utarakan isu Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat. Apa yang PM kita jawab?.. Dari komen yang Nur dapat dari entry Harga Gula Naik Menyusahkan Rakyat haritu, bukan saja harga gula yang akan dan telahpun naik tapi juga harga makanan.

Kalau macam tu la.. kena kurangkan lagi la manis dalam senyuman sebab harga gula dah naik tak mampu beli..

pS: Cikli: earning nuffnang Nur tu cuma lepas harga gula untuk sekilo je la.. 


Kalau takde mood nak blogging camne ek?

Kalau takde mood nak blogging camne ek?


Punca kehilangan CIKGU DAHLIA dari cikgudahlia dot com telah pun di ketahui. Beliau akhirnya memunculkan diri di blog INI dengan komen:

owh dah mcm tu eh Dashboard Nuffnang.. hehe sis lama dok tenggelam Nur.. busy sket dgn study.. tmbh xde mood nk menaip post...huhuhu- DJ

~Kalau kawan-kawan takde mood naik menaip?, camne nak bagi mood tu datang balik?.. Nur pernah gak ada rasa macam sangat malas nak update..

Suka baca news kat mana?

Suka baca news kat mana?

Oleh sebab jarang-jarang ada masa nak tengok berita kat TV sebab asyik dengan komputer / online, makanya daripada tengok BULETIN UTAMA TV3 tu, sumber berita telah bertukar. Lagipun kalau kat TV rasanya banyaak sangat berita politik. PRU 13 la, macam macam lagi la.. Tapi pilihanrayanya belum gak dijalankan. Pilihan raya universiti tu ada la.

Pilihanraya UIA pun sampai kena buat semula. 


Jadinya, beralih arah kepada online news. Boleh dapat berita terkini dari dalam dan luar negara. Tajuk berita yang dibaca dulu. Kalau menarik baru klik. Kadang-kadang bila baca kat blog kawan kawan, baru le tercari berita kat akhbar online. Pilihan kawan-kawan?

bhonline?
hmetro?
atau
kosmo
atau
sinar harian?

Apa tips untuk blogwalking??

Apa tips untuk blogwalking??


Apa tips kawan-kawan untuk blogwalking?.. ceciter..
Nanti- nanti nur buat entry berdasarkan tips tips yang kengkawan bagi,..
 oke tak?

Selamat Pagi Cinta!!???

Selamat Pagi rakan bloggers!!
harini plan nak buat apa?.. Kita buat TO DO LIST dulu lah ye.. Lepas tu sambung rutin harian.. Apakah rutin harian kawan- kawan?

Jangan lupa makan dulu..
Jemput minum kopi...

Losyen Berbahaya ?

Losyen berbahaya?
Pernah juga terbaca kat Facebook ada kawan yang berkongsi tentang info ini. Katanya kebanyakan losyen kini mempunyai terlalu banyak bahan kimia. Jadi mudah untuk seseorang itu dapat kesan alahan pada kulit.
Namun setakat ini, nur pernah guna pelbagai jenis losyen kulit, tak adalah pula yang alahan. Mungkin jneis kulit kebal kot.

Lepas tu masa berjalan-jalan ke blog kawan-kawan ada juga info tentang ada lebih kurang 15 jenis bahan kimia dalam losyen. Satu artikel yang bagus dia kongsikan. Begitulah dalam dunia blogging ni, bila dapat sesuatu maklumat bolehla dikongsi. Cuma betul atau tidak sesuatu info tu, tergantung la pada pembaca sendiri untuk percaya atau tidak. Kalau betul-betul nak tahu.. kenala usaha sendiri.

Peminum Kopi Tegar...

Peminum Kopi Tegar...

Suka minum kopi?
eh.. Ketagih kopi?..
Kopi jenis apa yang diketagihkan?

Sekarang ni trend starbuck, gloria.. san franscisco..

Kopi 434 enak juga tau..

Kawan-kawan punye minat yang mana satu?
Jom mengopi di petang hari..

Mentang mentang dia blogger femes..

Siapa dia..
Ntahle..
Tapi..
Saja nak luahkan ..
Mentang mentang dia dah femes
Glamer sana sini..

Tak jenguk kita kat sini.


#terasake...

Minum Petang..

Kalau dapat pisang goreng..
Cecah sambal kicap..
Dipasangkan dengan kopi O panas..

Duduk ditepi bendang..
Menikmati pemandangan..
Bersama angin sepoi bahasa..

Oh.. Seakan dalam novel..
Berangan la sangat...

Kenapa Putus Tunang?

Kenapa Putus Tunang?
Malu la kalau putus tunang..
Ye ke malu?..
Lebih baik putus daripada tak bahagia kemudian hari..

Punca punca nya..
- tidak serasi..
- ada pihak ketiga
- tiada jodoh...

Apa pun.
Bersabarlah..
Ada hikmahnya..
Terruskan hidup.. (tak rasa sendiri bolehla cakap mcm mcm kan..)

Renung Diri Sendiri

Ambil cermin
Renung diri sendiri
Ada Cacat
Ada Cela
Takde kan

Maka
Bersyukurlah,,

Kenapa Jadi macam Ni?????

Kenapa Jadi macam Ni?????

IM telah komen macam berikut:

p/s: iklan Congratulation! iPad2 berbuai-buai kat entri posting ini mengganggu pembacaan IM.

Sebenarnya memang dah perasan ada iklan berbuai buai tu.. entah macammana pula iklan tu boleh menempel kat situ.. Agak mengganggu juga la..

Takleh imagine macamana yang dimaksudkan.. sila lihat gambar..

Ha, itula yang dimaksudkan. Jadi , nak tanya kawan-kawan macamana nak menghapuskannya?.. Ada sesiapa yang boleh bagi idea/ cadangan?..  Terima kasih kawan..

Mana Jadi Pilihan?

Selamat Kembali Bertugas.. Topik ini hari..

Mari kita memilih: mana yang menarikhati.. Tempat kerja yang jauh dan mendamaikan berbanding tempat kerja yang dekat tapi menyesakkan?..

Sila bahaskan pernyataan tersebut. Ewah. Macam nak masuk pertandingan debat pulak ye.. Tapi inilah yang sering menjadi persoalan...pilihan ada kat depan mata.. Perlu fikir je nak yang mana..

Jadi, pada pendapat kawan kawan sekalian, mana yang lebih baik. Kalau tempat kerja tu dekat.. Tapi kerja berlambak, tensen otak bagai.. Sanggup ke nak menghadapinye?.. Tapi, kalau kerja kurang tensen namun jarak perjalanan makan masa dua jam..sanggup ke tak?..

Tak Kahwin lagi?.. So What...

Kahwin Lewat?

Isu yang memang sensitif. Ye, sensitif bagi yang mengalami sendiri.. Maksudnya bagi yang belum kahwin la di usia lewat. Apakah kategori usia lewat itu? Bergantung pada tafsiran individu. Ada yang kata 30 dan tak kurang juga yang bilang Life bermula pada umur 40.

Bagi lelaki mungkin tidak menjadi masalah. Tapi bagi wanita, pasti sedikit sebanyak menjadi bualan orang.. Diri sendiri mungkin sudah pasrah dengan ketentuanNya. Hanya doa yang mampu dipanjatkan agar ketemu jodoh terbaik. 

Namun apa yang kurang disenangi tatkala dihujani das das soalan cepu gangsa- bila mau kawin. Lalu mulalah memikirkan pelbagai jawapan yang boleh menjawab persoalan yang disoal itu...

Jadi, apa pendapat kawan-kawan tentang isu ini? Jika berada pada situasi yang tersebut, bagaimana agaknya pilihan jawapan yang boleh diamalkan.. Sebabnya nak menjawab tu bukannya boleh jawab sembarangan.. Kalau kalangan kawan- kawan- kawan takpela kan.. Tapi biasanya yang menyoal tu bukan kawan-kawan.. 

Jawapan pilihan:
No komen.. (bajet jawapan artis).
Lain-lain?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...