Nak Souvenier best?

Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Kenapa Putus Tunang?

Kenapa Putus Tunang?
Malu la kalau putus tunang..
Ye ke malu?..
Lebih baik putus daripada tak bahagia kemudian hari..

Punca punca nya..
- tidak serasi..
- ada pihak ketiga
- tiada jodoh...

Apa pun.
Bersabarlah..
Ada hikmahnya..
Terruskan hidup.. (tak rasa sendiri bolehla cakap mcm mcm kan..)

Hakikat Belum Kahwin..


Rini Jy said...

salam nur dan kwn2 lain....

hakikatnya bkn kerana selesa dgn kehidupan yg dh stabil atau tiada lelaki yg setaraf. jika beriman kepada qada dan qadar, kita tak kan sewenangnya memperkatakan sbb ini dan sbb itu kenapa golongan ini masih membujang.

percayalah...siapa yg tak nak kawin demi menyempurnakan agama Allah ini. betapa banyak berkat dan pahala yg tersembunyi dalam perkahwinan. cuma blm diizin kan Allah....

SIAPA BAKAL PENGANTIN?.. TUNANGAN?

BAGUS JUGA DIA BERKONGSI PENGALAMAN MAJLIS PERKAHWINANNYA.
PERKARA YANG DIA RASA TAK PERLU MASA WAKTU KAHWIN TU.
SEKARANG NI KAN SEMUA NAK IKUT TREND..
JADI
BAGI SESIAPA YANG BAKAL KAHWIN, DENGAN BACA ENTRY DIA NI BOLEHLA DAPAT SEDIKIT SEBANYAK PANDUAN YE..


Andai dapat ku undur masa..
  • Taknak amik pakej kawin yang banyak sangat baju salinan tu
  • . Saya amik tau pakej tu. Alih2 saya tak pakai pun semua. Yela baju yang kita pakai tu kadang2 bukan sesuai dengan imej bertudung. Lagipun masa tu cam penat la nak make-up then amik gambar. Kenduri semua masak sendiri. So tu yang extra penat tu. Lagipun bukannya  ada profesional photographer. 
  • Nak amik gambar satu family
  • . Yup..saya takde gambar saya pakai baju pengantin dengan family saya yang serba kuning itu. Hal ini telah menyebabkan Sang Padli merajuk dengan saya seminggu. Dah tak boleh nak salahkan sape2. Sebab photographer yang kita tempah tu tak ingat (nampak sangat tak profesional) dan kami pun semua tengah sibuk melayan tetamu. Mak dan Abah terima menantu pertama maka tetamu yang datang pun memang luar biasa. Nak jadi cerita hujan lebat plak time kami bersandingwara tu.. Bila nak amik pun balik, badan saya dah macam tong dram sebab dah mengandung.. Alamatnya tunggu adik2 yang lain le jawabnya
  • Majlis Berinai
  • ... Takyah buat pun takpe. Penat pulak nak bersolek di malam hari dan menunggu semua sanak saudara menepung tawar.

Beza Komen dua entry Kahwin..

Entry INI komennya begini:


Scarlett O'Hara said...

Jujur beritau ni.Saya gelak lepas terkejut tengok baju tak cukup kain tu.Cantik lagi baju rekaan Hatta Dolmat yang keluar kat Utusan semalam.Inilah jadinya kalau orang tak Islam buatkan baju untuk org Islam.yang orang Islam tu pulak cuma mampu senyum je walau pun diperkotak katikkan.Sambung gelak... hahahahahaha.....

Dan lagi satu ENTRY NI "


Mommy Fara said...

Eh, pengantin comel. Nie exit ke kampung sy nie.

atuk said...

Assalamualaikum Nur

bergaya mereka berpakaian Melayu

Wassalam

GAMBAR GAUN RAFLESIA VERA WANG MEMEY-NORMAN.

TERKUJAT DEN NENGOK GAUN PERKAHWINAN MEMEY - NORMAN NI. REKAAN EKSKLUSIF VERA WANG TU.
SIKIT NAK KOMEN:
MACAM X CUKUP SESUATU.
APA PUN SELAMAT LE DAH KAHWIN.
memey norman
KREDIT TO: BEAUTIFULNARA.COMGAMBAR GAUN RAFLESIA VERA WANG.

R&R Pagoh: Patutla Jem..



PENGANTIN Lik Siang (tiga dari kiri) dan Bee Sin lengkap berpakaian Melayu diarak di kawasan Rehat dan Rawat Pagoh Selatan di Muar s

Tahniah Memey & Norman. Hantaran RM24k..

Baca ni jap...


KOTA TINGGI: Actors Norman Hakim, 35, and Memey Suhaiza, 23, both of whom were caught for alleged khalwat (close proximity) in 2008, were married Saturday after a one-year engagement.

The marriage was solemnised at Memey's family house in Felda Tenggaroh Selatan I here and attended by family members of both sides.

Norman presented Memey or Suhaiza Suhaimi with five trays of gifts and a RM24,000 dowry while Memey responded with seven trays of gifts.

Norman said they planned to go for a honeymoon in Paris.

The couple will hold a reception at Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur on Wednesday.

Thestar-

Ada tak Gambar Kahwin Memey dan Norman?

Tahniah buat Memey & Norman.
Ada yang dah tengok Gambar pre wedding nya?
Cantik tak?
Lepas ni baru nak menggoogle GAMBAR PRE WEDDING MEMEY & NORMAN HAKIM.

Terbaca dalam berita akhbar itu hari, katanya
MAJLIS PERKAHWINAN JUTAAN RINGGIT ni adalah Wedding of the year la kan.
Lepas tu pula, khabarnya Memey terpaksa menolak 15 tajaan lain.
Wah, untungla majlis kahwin ni ditaja begitu banyak.
Kata orang- tuah ayam nampak di kaki.

Tertanya juga, ada tv yang buat siaran langsung tak?
Paling tidak liputan kat MELODI TV3 sure ada la kan.. Nak le juge menyekodeng MAJLIS PERKAHWINAN MEMEY & N0RMAN HAKIM ni..

Ye la, gaun perkahwinan yang ditaja tu bakal dipamer di muzium kan.
Nak la tengok juga bagaimana rupa gaun yang begitu tinggi harganya.
Kawan kawan ada update tentang MAJLIS KAHWIN MEMEY & NORMAN?

Selamat Hari Sabtu ye semua..

Perkahwinan Nurul Syuhada Nurul Ain/ Pengacara Majalah 3.

Semenjak dua tiga harini asyik tengok orang buat entry tentang PERKAHWINAN NURUL SYUHADA NURUL AIN /PENGACARA MAJALAH 3 tu.
~GAMBAR INI TELAH DI DELETE~
Ha inilah gambar pra perkahwinan Nurul Syuhada tu. Ingat dah kahwin, rupanya belum lagi. Tarikh perkahwinan Nurul Syuhada ni adalah dijangka pada 23JULAI nanti. Wah, sekarang ni dah trend ada gambar pra perkahwinan ye. Ada yang suka dan tidak kurang juga ada yang tak menggemarinya.

Mengenali Nurul Syuhada ni adalah setelah dia mengambil tampuk pengacaraan rancangan terkenal MAJALAH 3 tu. Siapa tak kenal dengan rancangan yang berjaya menaikkan nama nama pengacara hebat terutamanya Norzi dan sebagainya.

Nurul Syuhada ni juga pernah digossipkan dengan angkasawan kedua negara iaitu Dr Faiz. Namun itu sudah menjadi sejarah. Maka , mari sama mengucapkan Selamat BAKAL pengantin Baru kepada Nurul Syuhada ni ye..KREDIT GAMBAR WWW.MEOW.COM.MY

Siapa Patut Hadiri Majlis Pertunangan?

Siapa Patut Hadiri Majlis Pertunangan?

Sempena hari minggu yang santai-santai ni, timbul pula satu persoalan tentang isu tersebut. Apa pendapat kawan-kawan ye? Siapa sepatutnya yang perlu dijemput untuk menghadiri sesuatu Majlis Pertunangan itu?.. Mungkin kalau pertunangan dirahsiakan.. pernikahan takkan nak rahsiakan juga?.. Kalau dirahsiakan perkahwinan, pasti ada tanggapan negatif terhadap sesuatu perkahwinan itu.

Rasanya kalau pernikahan tu sepatutnya dihebahkan ye?..

Kalau bertunang.. tak bagitahu pun tak apa ye? Tapi kalau tunang tu dirampas orang.. nasib badan.. hehe.. Tapi , kalau sama-sama pandai menjaga diri, Insya Allah tak akan berlaku perkara sebegitu.

~Kalau bagi kawan-kawan, orang yang rapat dengan kita, bertunang tanpa diberitahu.. alih-alih kita dapat tahu dari orang lain.. Apa perasaan anda?

Dari sudut negatif:?
Dari sudut positif:?

Setiap Orang Mempunyai Jodoh.

Setiap orang sebenarnya mempunyai jodohnya cuma masanya saja belum sampai.

Justeru, banyakkan berdoa kepada Allah supaya dipertemukan jodoh yang baik dan seterusnya dapat berumah tangga dengan aman dan bahagia.

Bersedialah terlebih dulu untuk mendalami ilmu rumah tangga, tanggungjawab seorang isteri serta menjadi ibu yang baik. Apabila bertemu jodoh nanti anda benar-benar sudah bersedia.

Jangan persiakan usia yang ada. Gunakanlah masa yang ada ini untuk mencari dan membina kecemerlangan diri dengan mempelajari ilmu agama dan mempraktikkan akhlak yang mulia.

*Petik dari metro. Kalau yag belum kahwin dan ada orang tanya kenapa tak kawin lagi, apa yang kawan kawan jawab ye?

Hiasilah diri dengan agama sebagaimana yang diingini Islam. Nabi pernah bersabda supaya lelaki Muslim memilih wanita yang beragama sebagai calon isteri berbanding dengan kriteria lain.

Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud: “Seorang perempuan biasanya dinikahi kerana empat perkara: harta, nasab, kecantikan dan agamanya. Maka utamakan memilih wanita yang beragama, kamu akan rugi (apabila tidak memilihnya).” (Hadis riwayat Bukhari).

'mendirikan masjid"

tahniah buat bekas isteri akhil khay..
jodoh tak ke mana..

(sumber-utusan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...