Nak Souvenier best?

Showing posts with label gambar kahwin. Show all posts
Showing posts with label gambar kahwin. Show all posts

SIAPA BAKAL PENGANTIN?.. TUNANGAN?

BAGUS JUGA DIA BERKONGSI PENGALAMAN MAJLIS PERKAHWINANNYA.
PERKARA YANG DIA RASA TAK PERLU MASA WAKTU KAHWIN TU.
SEKARANG NI KAN SEMUA NAK IKUT TREND..
JADI
BAGI SESIAPA YANG BAKAL KAHWIN, DENGAN BACA ENTRY DIA NI BOLEHLA DAPAT SEDIKIT SEBANYAK PANDUAN YE..


Andai dapat ku undur masa..
  • Taknak amik pakej kawin yang banyak sangat baju salinan tu
  • . Saya amik tau pakej tu. Alih2 saya tak pakai pun semua. Yela baju yang kita pakai tu kadang2 bukan sesuai dengan imej bertudung. Lagipun masa tu cam penat la nak make-up then amik gambar. Kenduri semua masak sendiri. So tu yang extra penat tu. Lagipun bukannya  ada profesional photographer. 
  • Nak amik gambar satu family
  • . Yup..saya takde gambar saya pakai baju pengantin dengan family saya yang serba kuning itu. Hal ini telah menyebabkan Sang Padli merajuk dengan saya seminggu. Dah tak boleh nak salahkan sape2. Sebab photographer yang kita tempah tu tak ingat (nampak sangat tak profesional) dan kami pun semua tengah sibuk melayan tetamu. Mak dan Abah terima menantu pertama maka tetamu yang datang pun memang luar biasa. Nak jadi cerita hujan lebat plak time kami bersandingwara tu.. Bila nak amik pun balik, badan saya dah macam tong dram sebab dah mengandung.. Alamatnya tunggu adik2 yang lain le jawabnya
  • Majlis Berinai
  • ... Takyah buat pun takpe. Penat pulak nak bersolek di malam hari dan menunggu semua sanak saudara menepung tawar.

Beza Komen dua entry Kahwin..

Entry INI komennya begini:


Scarlett O'Hara said...

Jujur beritau ni.Saya gelak lepas terkejut tengok baju tak cukup kain tu.Cantik lagi baju rekaan Hatta Dolmat yang keluar kat Utusan semalam.Inilah jadinya kalau orang tak Islam buatkan baju untuk org Islam.yang orang Islam tu pulak cuma mampu senyum je walau pun diperkotak katikkan.Sambung gelak... hahahahahaha.....

Dan lagi satu ENTRY NI "


Mommy Fara said...

Eh, pengantin comel. Nie exit ke kampung sy nie.

atuk said...

Assalamualaikum Nur

bergaya mereka berpakaian Melayu

Wassalam

GAMBAR GAUN RAFLESIA VERA WANG MEMEY-NORMAN.

TERKUJAT DEN NENGOK GAUN PERKAHWINAN MEMEY - NORMAN NI. REKAAN EKSKLUSIF VERA WANG TU.
SIKIT NAK KOMEN:
MACAM X CUKUP SESUATU.
APA PUN SELAMAT LE DAH KAHWIN.
memey norman
KREDIT TO: BEAUTIFULNARA.COMGAMBAR GAUN RAFLESIA VERA WANG.

Gambar Kahwin Memey & Norman..

DAH TENGOK GAMBAR KAHWIN MEMEY & NORMAN?..
KALAU NAK TENGOK ADA KAT OH BULAN.
DALAM KOSMO PUN ADA JUGA..
LARIS LE AKHBAR HARI INI YE?..


KOTA TINGGI - Pasangan pelakon, Mohammad Norhakim Zaidon, 35, yang lebih dikenali sebagai Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi, 23, atau Memey masing-masing sebak dan menangis pada majlis akad nikah mereka yang berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Felda Tenggaroh Selatan 1 di sini semalam.

Pasangan pengantin itu mulai sebak sebaik Jurunikah Mukim Kamdau, Zulkipli Tarmizi membacakan khutbah nikah.

Sebelum itu, dengan sekali lafaz, Norman sah menjadi suami Memey yang menerima mas kahwin RM22.50 berserta wang hantaran RM24,000.

Pasangan itu mengenakan pakaian berwarna coklat hasil sentuhan dan sumbangan Ezuan Ismail.

Dua anak Norman ketika bersama bekas isterinya, Abby Abadi, iaitu Mohamed Danish Hakim, 8, dan Marissa Dania Hakim, 6, turut berada di sebelah Norman ketika majlis akad nikah yang bermula kira-kira pukul 5 petang manakala anak bongsunya, Maria Danisha Hakim, 3, tidak hadir.

Rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dengan dibalas tujuh dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Dalam sidang akhbar selepas selesai diijabkabulkan, Norman berkata, perasaan sebak tersebut datang selepas dia terasa kehidupan masa lalunya yang tidak sempurna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...