Nak Souvenier best?

Showing posts with label halal. Show all posts
Showing posts with label halal. Show all posts

Subway Sandwich


Ape cerita dengan SANDWICH SUBWAY ni ye
pernah makan tak
Mesti rasanya adalah sama saja dengan lain lain jenis SANDWICH
telahan sahaja
tiba tiba terasa nak mencuba
harganya macamana
kalau terlalu berharga
kita bikin SANDWICH SUBWAY sendiri aja la kat rumah
handmade punye
siapa sokong 

Info: Mentega Haram (Jakim).

SILA SEBARKAN YE.. KOT ADA YANG TAK BACA SURATKHABAR!


Jakim sahkan mentega haram

MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha (gambar kecil) berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berlainan.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu.

"Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sehubungan itu, Othman meminta pemegang dan permohonan baharu Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada bahan yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baharu.

Menurut beliau, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. - Bernama

KOPITIAM.

Apakah maksud sebenar KOPITIAM ni ye?..Kalau dulu dulu ingat kedai tu hanya jual air kopi sahajs. Rupa rupa nya lebih dari itu. Bukan sahaja air KOPI, namun banyaaaak lagi. Apakata astro? Macham Macham Ada!

Pernah ke KOPITIAM? atau taktahu KOPITIAM tu apa( mungkin belum terdedah ye).. Ramai je yang tak pernah ke KOPITIAM ye, dan ramai juga yang SELALU MENGUNJINGI KOPITIAM ni. Apa yang best nya kopitiam ni.. ? Mungkin sebab nama yang dikomersilkan. Kalau dulu susah amat nak jumpa kedai sebegini- walhal kat kampong tu berlambak ada- kedai kopi.. Yang mana pakcik pakcik yang usai menoreh getah biasanya akan beli kopi panas secawan dan lepak sambil bertukar tukar isu negara- berita terkini.

Kini dah makin bak cendawan tumbuh outlet sebegini. Dan ramai yang nak pergi sebab nanti bolehla masuk golongan trendy atau uptodate..
Atau sebab kat kawasan tu hanya kedai tu je yang ada = tiada pilihan lain maka terpaksa pergi juge sebab dah lapau sangat , ta sempat nk masak...

Pastu TETIBA KELUAR ISU KOPITIAM DAN SIJIL HALAL SWASTA..
MACAMANA?

Penting Ke Kombinasi Lauk Pauk?

Persoalan yang sering bermain diminda tatkala nak menghadapi waktu-waktu makan. Bukan sahaja di rumah, malah di kedai-kedai makan juga. Penting ke kombinasi lauk-pauk untuk menjadikan sesuatu hidangan tu menyelerakan?

Mestila penting kan?.. Yelah, kalau tak, pasti dah tak ada klasifikasi jenis masakan. Contohnya, masakan Kampung Style, Masakan Barat dan sebagainya... Kalau nak makan sesuatu jenis masakan, mesti dah tercongak kat minda ni nak g makan kat mana.. Bagi contoh.. nak makan Lunch Ala Kampung.. mestila pergi Gerai Pak Samad. Teringin nak cuba Halal Chinese Dinner, pilihla kedai Pak JACKIE CHAN Abdullah.. begitulah seterusnya. (nama hanya rekaan ye).

Kalau kombinasi lauk-pauk, ada ke yang jenis masak/ makan pakai campur je.. Makan nasi putih, ulam- ulaman.. Tetiba kuah Mushroom Soup.. Erk, tak sesuai lak kat tekak ni ye..

Apa pilihan hidangan kawan-kawan yang biasa ye?.. Peribadinya, kebiasaan lauk pilihan, kalau nasi putih: daging masak merah, kailan ikan masin dan telur dadar.. Air sejuk: Nikmatnya.. Lapar la pulak. Jom lunch sama-sama.

jalan jalan cari makan

SHAH ALAM - Bagi peminat makanan Jepun yang mahukan menunya disediakan oleh usahawan beragama Islam dengan keyakinan bahawa bahan-bahan mentahnya diperoleh daripada sumber yang halal, maka Restoran O-Shima adalah pilihan terbaik.

Restoran itu yang telah membuka sebuah cawangan barunya di medan selera pusat beli-belah Oasis 9 di Seksyen 9 di sini menawarkan 11 menu hidangan istimewa yang pasti membangkitkan selera pengunjung.

Pemilik bersama restoran itu, Asnidar Hanim Yusuf berkata, premis tersebut yang dibuka sejak awal bulan ini dan dinamakan O-Shima Ramen memiliki keunikan tersendiri kerana terdapat 10 menu berasaskan mi Jepun atau ramen yang ditawarkan kepada para pelanggan..lagi..

~jom g try makan kat sini.. or dah ada sapa2 yang dah try makan kat restoren tu.. apa pendapat anda?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...