Nak Souvenier best?

Showing posts with label Bazaar Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Bazaar Ramadhan. Show all posts

Buffet Ramadhan Yang Laagi Murah.

Buffet Ramadhan Yang Laagi Murah.

Masa bulan puasa ni la ramai yang survey2 untuk dapatkan harga BUFFET RAMADHAN yang murah-murah kan?.. Kalau biasanya range kurang RM50 sekepala tu dah kira OK. Kalau laagi murah lagila suka.. 

Itu hari nur ada buat entry BUFFET RAMADHAN MURAH ni. Masa tu tengok ada iklan menari-nari. KLik sekali and tengok harganya memang MURAH la daripada standard biasa. Tapi nur tak try pun. Lepas tu pula, ada lagi yang LEBIH MURAH tau..

Kalau ada antara kawan-kawan yang nak mencuba.. silakanlah ye. Lepas tu jangan lupa share pengalaman kawan-kawan kat blog. Nak juga tahu.. Nur?.. Hmm.. nak cuba tak?

Inilah keterangannya.
BUFFET RAMADHAN MURAH.




ada buffet lagi murah di taman batu muda (KL - sentul) only rm17.50 pax utk dewasa dan rm12.00 utk kanak2. menu ada byk termasuk lamb bbq yang paling best.. nak cuba bleh call no 03-6251 4444 atau boss 012 275 5498. zarlith event & catering. mmg kena try.

Dah fikir menu sahur?.. advance lagi


Tadi buat entry fikir pasal menu buka puasa petang nanti.
Ada orang tu dah siap fikir menu sahur pulak..
http://nurhafiz2009.blogspot.com/2012/08/dah-tengahari-fikir-menu.html

Blogger :: Mrs.Eady :: said...
tak pegi baazar la....
August 3, 2012 12:17 PM
 Delete
Blogger blogtilldrop said...
hehehe...kita nak berfikir menu sahur dah ni...
August 3, 2012 12:18 PM
 Delete

Dah tengahari... Fikir Menu?

Dah takde kerja agaknya tengahari ni dah terlintas nak fikir menu apa untuk berbuka nanti.
Semalam makan apa?
Tadi sahur ke terlepas sahur?

Kawan-kawan planning nak masak apa petang ni?
Ada teringin nak makan apa apa tak?

Makanan eksotik ke?
Haih.. Nafsu oh nafsu..

Ada yang nak bagi cadangan untuk ke bazar ramadan kat mana-mana tak?
Apa yang glamer kat bazar ramadan tu? ceciter skit..

~Kambing panggang pun sedaaaap...

Nak Buat Otak-otak sendiri..

Nak buat otak-otak sendiri.
Tapi tak pandai.
Suka makan otak-otak ni..
Sekarang senang aja nak dapat.
Semua orang boleh jual..
Tinggal nak cari mana yang sedap dan enak je.
Kalau tak kena selera sedih juga rasanya kan.

Petang ni kuih apa?
Buat sendiri atau dari Bazar Ramadan?

Bazaar Ramadhan uolls..

Hari ini ke Bazaar Ramadhan yang mana ye?
Juadah apa yang menjadi pilihan hati?

Meriah kan..
Semua asik nak beli..

Tamak lagi ke?

MARI BERSEDERHANA...

Pernah Makan Kurma Goreng?..

HARRODS Cafe sememangnya terkenal dengan masakan Barat dan Asia Barat yang menjadi kegemaran ramai. Suntikan dekorasi yang memukau menambahkan lagi nilai eksklusif restoran yang terletak di tingkat satu, pusat beli-belah Suria KLCC itu.

Sama seperti restoran-restoran lain di seluruh negara, pada bulan puasa yang penuh keberkatan, restoran itu turut menghidangkan hidangan istimewa Ramadan untuk para pelanggan mereka.


TELUR dadar dengan isi ayam dan sayuran.

Kali ini, Chef Tony Cham yang bertanggungjawab menyediakan menu juadah yang berbeza setiap hari.

Daripada puluhan menu yang diketengahkan, apakah menu istimewa yang disediakan di kafe mewah itu? Jawapannya ialah kurma goreng.

"Kurma yang disalut tepung, kemudian digoreng sehingga garing merupakan hidangan eksklusif kami di sini. Santapan akan lebih sempurna sekiranya pelanggan memesan teh tarik Harrods. Rasanya sangat berbeza kerana daun teh di kafe ini diimport khas dari Harrods, London," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

BOLEHLA CUBA NANTI YE...

RESEPI MAKARONI BAKAR.

BOLEH TAK JUADAH BERBUKA PUASA NANTI UBAH SELERA.
TAK MAKAN NASI MACAM BIASA.
CUBA TRY RESEPI MAKARONI BAKAR INI.
DICOPY DARI LITTLEWORLD DOT COM.(TQ).

ATAU ADA YANG SPESIES TAK BOLEH KALAU TAK MAKAN NASI?..
SELAMAT BERBUKA SEMUA..

Makaroni Sos Bolognese

Bahan2:
3/4 paket makaroni- 400gm
Sos Daging (resepi dibawah)
Sos Putih (resepi dibawah)
60 gm mozarella/cheddar cheese - boleh tambah kalau suka; gantikan 1-2 kpg slice cheese

Bahan2 Sos Daging
2 s/b marjerin/minyak
2 biji Bawang Putih, cincang halus
1 biji Bawang Bombay, cincang halus-guna bawang besar biasa
500 gm Daging cincang
250 gm Tomato, kupas, parut (saya guna sos bolognese instant 500gm)
1 tin cendawan butang (saya tambah)
1 cawan mixed vegetable (saya tambah)
½ s/k Garam,
½ s/b Gula pasir

Cara Masak Sos Daging
1. Panaskan marjerin, tumis bawang putih dan bawang bombay hingga harum dan layu. Masukkan daging cincang, kacau rata hingga daging berubah warna & masak.
2. Tambahkan tomato parut (tomato blend) dan sos tomato dan air or (just sos bolognese instant). Bubuh garam dan gula pasir. Masak hingga mendidih & sos agak kering.

Bahan2 Sos Putih
50 gm marjerin -3 sb
50 gm Tepung gandum - 3 sb
400 cc Susu Cair Evaporated } guna fresh milk
100 cc Air }
125 gm Keju Cheddar parut - guna 4 slice cheese
1 blok kiub pati ayam
¼ s/k serbuk lada putih

Cara Masak Sos Putih
1. Panaskan marjerin, masukkan pes tepong gandum & kacau rata. Tuang susu cair dan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Tambahkan keju parut, kiub pati ayam, serbok lada putih.
2. Masak hingga mendidih dan mengental.

Cara
1.Rebus makaroni dgn sedikit garam.bila empuk sejatkan.
2. Sediakan sos daging dan sos putih
3.Panaskan oven...suhu oven 180°C
4.Sediakan loyang atau caserole, isikan makaroni diikuti dgn sos daging dan sos putih.
5.Akhir sekali taburkan cheese. bakar selama 20 min atau hingga sedikit kuning..

Bayangkan Sendiri......

TAKNAK SHARE GAMBAR.. NANTI TERGODA PULA.. BACA JE LA.. BAYANGKAN SENDIRI..


CUACA yang panas ketika menjalani ibadah puasa membuatkan anda terbayangkan aiskrim yang sejuk dan enak.
Namun bagi mereka yang mahu menjamah sesuatu yang ringan, aiskrim pasti menjadi pilihan untuk berbuka puasa atau dijadikan hidangan pencuci mulut selepas menjamu selera.
Bagi mereka yang mahu menikmati aiskrim bersama rakan dan keluarga, New Zealand Natural menawarkan dua set istimewa Ramadan sehingga 4 September ini.
Set pertama sesuai dinikmati untuk dua orang iaitu banana split yang dihidangkan bersama dua cawan kopi pada harga RM27.90 berbanding harga biasa RM34.70.
Mereka yang datang lebih daripada tiga orang pula boleh memesan set kedua iaitu Mount Cook yang dihidangkan bersama tiga cawan kopi pada harga RM44.90 berbanding harga biasa RM55.60.
"Promosi ini ditawarkan di semua cawangan New Zealand Natural kecuali di Ikano Power Centre, Mutiara Damansara dan Queensbay Mall, Pulau Pinang.
"Untuk set kedua iaitu Mount Cook, pengunjung boleh memilih lima daripada 25 perasa yang ditawarkan," kata Pengarah Operasi NZ Natural Sdn. Bhd., Paul Y. N. Khong.
Lebih menarik, penggemar durian boleh menikmati aiskrim berperisa durian yang diadun bersama aiskrim vanila klasik menepati cita rasa tempatan.

Juadah Apa Petang ni?

Dah selesai berhempas pulas di dapur?
Wah..
Pantasnya..
Maklumla.. SUPERMAK ala NASHA AZIZ kan???
Mestila nak kena cepat..
Kalau idak.. Melopongle nanti.. Orang tengah azan, kita terhegeh hegeh nak masak..

Jadi apa juadahnye petang ni?
Sementara nak tunggu masa berbuka tiba ni nak buat apa?..
Adakah fikir nak buka dengan apa lak besok ( advance!)..

Atau.. Harini pun tak sempat nak masak macam semalam?.. Atau masak kat dapur tepi stadium? Tepi jalan atau kat tepi padang tu?(bazar ramadan atau param)?

Tarikh Lihat Anak Bulan Puasa 2011. 31/7.

Tarikh Lihat Anak Bulan Puasa 2011. 31/7.

Lagi seminggu RAMADHAN bakal menjengah.
Apa persediaan kawan kawan.
Semoga kita semua bakal menemui ramadhan barakah nanti.

Hari Ahad ni 31.7.2011, adalah hari lihat anak bulan Puasa.
Ada 30 lokasi tempat untuk tengok anak bulan puasa ni.
Ada tak antara kawan kawan yang pernah berpengalaman menyaksikan sendiri anak bulan puasa.
Diri sendiri pernah je tengok.. Tapi masa tu dah 5-6 hari bulan puasa la ..

Bila buat entry ni, hati teringat ingat akan entry Mommy Fara tentang Ramadhan.
Apa yang bestnya.yang tu kena g visit blog POK AMAI AMAI nya itu..
Siapa siapa yang baca entry beliau tapi xde perasaan.. Tu kena tgk balik diri sendiri..

Oke.. Jum tengok Anak Bulan Ramadhan 2011. 31/7/2011.

TARIKH LIHAT ANAK BULAN RAMADHAN 2011.

TERIMA KASIH:
http://akudansesuatuz.blogspot.com/2011/07/tarikh-melihat-anak-bulan-ramadhan.html

TARIKH CERAPAN ANAK BULAN RAMADHAN.
31 JULAI 2011.

DIJANGKA PUASA: 1 0GOS 2011.

RAYA BILA PULA?..


Puasa (bahasa Arab: صوم) secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

~PUASA UNTUK MENAHAN LAPAR MUNGKIN SENANG.. NAMUN UNTUK MENAHAN YG LAIN2 TU MEMANG MENGUJI.. MARI SAMA BRUSAHA!! LAGI 28 HARI YE..

Kedelai Tu Soya Kah?

Masa meng google pagi ni, terjumpa satu perkataan yang menarik hati.. Kedelai.. susu Kedelai.. Sangat asing bunyinye ye?.. Bagi yang tak tahu macam penulis blog ni memang tak tahu la kan.. Setelah puas mencari, akhirnya jumpa la imej Susu Keledai..

Rupa-rupanya Soya.. Ye.. Keledai adalah Soybean.. Jauh sangat beza bunyinya.. Manalah asal perkataan Keledai tu ye?..

Pernah minum susu soya?.. Ada yang tak pernah?.. Sebab?.. Tak suka susu!.. Tapi ada yang tak suka susu lembu, tetapi boleh pula minum susu soya kan.. Rasa?. Mungkin berbeza sedikit.. Susu soya ni paing popular mestila pada Bulan Ramadhan.. Kalau ke Bazaar Ramadhan, pasti tak sah kalau takde gerai yang menjual Air Soya kan.. Paling paling pun adala dua tiga gerai..

Pernah buat air soya sendiri?.. Kalau buat sendiri pasti lemak berkrim disukai ramai kan.. Kadang kadang kalau beli kat luar, mesti ada je yang tak puas hati.. Terlalul cair atau terlalu manis atau kadang tak cukup rasa kemanisan itu...

~Jom cari kacang soya buat air..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...