Nak Souvenier best?

Showing posts with label somalia. Show all posts
Showing posts with label somalia. Show all posts

Sah ke puasa?

Kalau tak makan sahur dan tak mampu berbuka puasa kerana tiada makanan?..

google image: somalia 

Kena ingatkan lagi..

Diri ini perlu sentiasa diingatkan..
Sambil mengingatkan orang lain juga..

Apalah yang mereka nikmati kat sana..
Sedang kita, satu meja makan pun tak muat juadah berbuka.

Marilah bersederhana di bulan puasa.

Somalia Children

Sambil Berbuka.. Ingatlah mereka...

Tangan yang menggapai
Mohon sedikit makanan..

INsaf..
Bersederhana..


Pesanan komuniti..

Gambar : Mogadishu..

Mogadishu.

MOGADISHU – Bandar Mogadishu di Somalia dianggap antara yang paling tidak selamat di dunia kerana kejadian tembakan curi yang dilepaskan oleh beberapa kumpulan militia yang saling bermusuhan kerap berlaku.
Kejadian tembakan curi itu berlaku selepas kumpulan bersenjata yang bersekutu dengan Al-Qaesa, Al-Shebab melarikan diri dari bandar ini.
Kumpulan tersebut melarikan diri pada bulan lalu dari Mogadishu selepas kalah dalam pertempuran dengan tentera kerajaan Somalia yang diiktiraf masyarakat antarabangsa termasuk Kesatuan Afrika (AU).
Namun, kumpulan itu memberi amaran akan melakukan serangan gerila di bandar ini seperti serangan bom kereta dan pembunuhan.
Walaupun kerajaan sementara Somalia kini menguasai sepenuhnya Mogadishu buat kali pertama selepas Perang Saudara berlaku pada 1991, para pemberontak masih mengawal bahagian selatan dan tengah Somalia yang kini dilanda masalah kebuluran.
Di bandar ini, kehidupan berlangsung seperti biasa dengan jalan-jalan raya sibuk dengan bas mini, orang ramai duduk minum teh di deretan rumah manakala penjaja menjual buah-buahan segar.
Pasukan pemantau media, Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) menyenaraikan Somalia sebagai negara paling banyak kematian buat kakitangan media.
Seramai 23 kakitangan media mati sejak 2007. Jumlah itu tidak termasuk mangsa terbaharu iaitu kakitangan Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang mati ditembak manakala jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 27, cedera di Mogadishu kelmarin.
Tembakan itu dilepaskan oleh kumpulan penyerang yang tidak dikenali.
Dalam kejadian itu, seorang pegawai keselamatan dengan tentera kerajaan yang disokong AU, Abdukarim Ali berkata, kakitangan media itu menaiki sebuah kenderaan dalam konvoi yang disertai bersama beberapa lelaki militia swasta yang kerap diupah oleh rakyat asing untuk melindungi ancaman penculikan di bandar ini.
“Lelaki-lelaki itu (kakitangan Bernama TV dan jurukamera TV3) ditembak dengan peluru semasa mereka berada di dalam kereta,” kata Abdukarim. – Agensi

Noramfaizul: Wira Negara.

SUBANG, 4 Sept (Bernama) -- Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, di sini pukul 10 pagi ini.

Suasana hiba menyelubungi perkarangan pangkalan itu sebaik jenazah Allahyarham dibawa keluar daripada pesawat C-130 TUDM yang turut membawa pulang anggota misi bantuan Malaysia itu.

Jenazah Allahyarham yang diiringi Pengerusi Putera Umno merangkap ketua misi bantuan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, disambut anggota keluarga termasuk ayah Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan ibu Naemah Abd Majid, 63.

Selain anggota keluarga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Noramfaizul dan kumpulan misi bantuan kemanusiaan bertujuan membantu mangsa kebuluran di Somalia.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jurugambar dan jurukamera mewakili pelbagai organisasi media kelihatan berkerumun di bahagian belakang pesawat ketika keranda dilitupi "Jalur Gemilang" yang membawa jenazah Allahyarham dibawa keluar untuk dibawa ke Masjid TUDM.

Dalam kejadian pada Jumaat itu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3 Aji Saregar Mazlan, cedera di lengan.

Perdana Menteri memberitahu sidang media kemudian bahawa beliau kagum dengan semangat dan kecekalan Allahyarham dalam membuat liputan beberapa misi bantuan kemanusiaan Malaysia di luar negara.

"Saya anggap Allahyarham Noramfaizul sebagai wira negara yang harus dijadikan model bagi merangsang semangat kita untuk terus membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata Najib.

Beliau juga secara peribadi dan bagi pihak isterinya yang juga penaung misi itu, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham kerana kehilangan orang tersayang.

Turut hadir di Subang ialah Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Datuk Hasnul Hassan, Ketua Pengarang Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Editor BernamaTV Abdul Rahman Ahmad selain warga BernamaTV dan agensi berita itu.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid TUDM sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga arwah di Taman Serdang Raya untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.

-- BERNAMA

AL FATIHAH.

Sainab Yusuf Mohamed.

KESEDIHAN Sainab Yusuf Mohamed tidak mampu dibendung lagi. Hatinya pilu dan luluh mengenangkan nasibnya yang kehilangan dua orang anak kesayangan dalam sekelip mata.
Namun, bagaikan sudah dijangka, naluri keibuannya selama ini sudah kuat berbisik bahawa masalah kebuluran yang melanda tanah airnya akan mengancam nyawa anak-anaknya.
“Kami tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Tubuh anak-anak semakin kurus sehingga menampakkan rangka akibat kekurangan zat. Saya kasihan melihat keadaan mereka tetapi tidak mampu berbuat apa-apa.
“Sungguh sedih apabila dalam perjalanan merentas padang pasir yang kering-kontang bagi mendapatkan bantuan makanan, anak sulung saya meninggal dunia. Lebih perit, sebaik saja mengebumikan jenazahnya, anak kedua saya pula menghembuskan nafas terakhir,” luah Sainab dalam nada bergetar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...