Nak Souvenier best?

Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Puasa ? Tapi boleh makan..

Nur tahu kakak pernah dah siap hirup sayur bening habis semangkuk kecik masa balik kerja. Licin - bila nak masak baru ingat eh... puasa. Tapi masa tu puasa sunat. Apa pun kalau tak sengaja tak apa.. on Batal Puasa Ke?.. Tak sengaja takpe..

BETUL TU KAKZAKIE..
KALAU TAK SENGAJA TAKPE..
ITU DAH KIRA REZEKI PUASA..
HEHE..

BURGER BAKAR KAW KAW. Moreh jom.

Moreh dengan bulan puasa ni memang sinonim la kan. Ada yang taktau ke apa itu moreh?.. Moreh ni kira makan selepas solat sunat tarawih. Ada syarat ke kena makan apa? Wajib ke nak kena moreh ni? Sebenarnya terpulangla pada individu tu nak makan apa waktu moreh tu kan. Kalau kat masjid-masjid atau surau memang ada disediakan. Biasanya moreh ni adalah sumbangan/ pemberian penduduk setempat.

Kalau makan BURGER BAKAR lepas solat sunat tarawih tu kira moreh jugakla kan. Bestnya kalau dapat MAKAN BURGER BAKAR time time cenggini. Dah bakar kalori masa solat tadi.. sekarang kalau boleh nak ganti balik kalori tu.. 

Glamer betul BURGER BAKAR sekarang ni. Ada yang belum cuba lagi ke? Seakan satu fenomena lak kan BURGER BAKAR ni. Apa yang istimewanya? Kawan-kawan boleh cuba sendiri ataupun layari website BURGERBAKAR.COM untuk dapatkan gambaran tentang KESEDAPAN BURGER BAKAR ini.. Apalagi.. Jom belanja BURGER BAKAR KAW KAW.



Kayu Nasi Kandar SS2- bagi makan FREE .

~jom serbu..
TAHNIAH DLCW.


PETALING JAYA: Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar tetap menyediakan makanan percuma walaupun pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya meraih pingat perak dalam perlawanan akhir perseorangan di Sukan Olimpik 2012 di London.
Pengusahanya, Burhan Mohamaed berkata, beliau masih lagi menyediakan hidangan percuma pada Isnin dari pukul 7 petang sehingga 10 malam di cawangannya di SS2 di sini kerana Chong Wei telah membanggakan Malaysia.
“Dia (Chong Wei) masih lagi hero kita. Dia masih lagi jaguh kita,” kata Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar pada Ahad.
“Bukan sesuatu yang malu meraih pingat perak Olimpik. Dia telah berusaha dengan sehabis baik. Saya akan teruskan dengan rancangan untuk memberi makanan percuma kepada para pelanggan saya sebagai tanda penghargaan dan inspirasi untuk Lee Chong Wei.”
Para pelanggan akan diberikan set hidangan berserta minuman kordial.
Terdahulu, restoran tersebut berhasrat untuk memberikan makanan malam secara percuma di salah satu cawangan restorannya sekiranya Chong Wei memenangi pingat emas.
Burhan menambah, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia perlu merasai seperti mana yang dirasainya.

Tak Nikmat Kalau Tak Sedut,

Tak Nikmat Kalau Tak Sedut,

Tadi petang ada nonton channel rancangan travel travel dan makan makan tu,
Yang Anth0ny apatah yang h0stkan tu,
Kisahnya dia ada g travel kat satu tempat ni,
Tiba time makan makan tu adalah hidangan siput,


Biasa la,bila dah tengok orang makan, sure tergoda juge gak,
Nak nak pula yang dia makan tu siput sedut!!!


Malangnya dia guna pengcungkil gigi untuk menikmatinya,
Duhh, rasa macam tak best la pula kan,
Kalau sedut terus baru le namanya siput sedut,
Kalau camni letak nama siput cungkil je la,

Nak Elak Obesiti?




Ada tak antara kawan-kawan yang dah guna ni.? Kemajuan teknologi masakan yang menjadikan masakan lebih sihat. Alat ini digunakan untuk menggoreng tanpa minyak. 

Ada testimoni tak?.. Sedap tak kalau guna ni?.. (Berangan nak beli kononnye..)

Yang penting, pilihan untuk makan secara sihat memang berlambak di depan mata.. Antara nak dengan tak nak aje.. Apa kata anda.

Waktu Rehat Ni Nak Buat Apa?

Masa Lunch Hour biasanya selain makan lunch la kan, kawan-kawan buat apa ye?.. Berehat?.. Berehat macam mana ye?.. Tidur ke?.. Atau keluar makan dengan kawan-kawan mencuba pelbagai menu baru?.. Ala ala Jalan Jalan Cari Makan tu.. JJCM. Atau, stay saja kat tempat kerja, makan nasi bungkus atau ke masjid tunaikan solat Zuhur (Kecuali hari ni kan.. mestila para jejaka akan ke Masjid untuk solat Jumaat..- Ke ada gak yang jenis tuang solat Jumaat ni?..

Takpun sambil makan sambil ni la masa nak update blog ye.. Ala ala blogger tegar ni kan.. Setiap masa dengan laptop. Kalau tak facebook buka blog.. Takpun faceblog.. Erk.. apa itu faceblog.. dah join ke?.. Siapa yang dah join.. Boleh bagitau pengalaman tak?..

Rasa macam komplikated je nak join.. Iye ke?.. Harap tanggapan ini salahlah ye..

Baikla.. Selamat Lunch ye nanti.. Makan Apa? Makan Di Mana?..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...