Jangan Berdendam..
Putus Harapan???
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Petua Murah Rezeki.
7 BACAAN PEMBUKA PINTU REZEKI
①. Memperbanyak Membaca "Lahawla Wala Quwwata Illa billah" Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan "La hawla Wala Quwwata Illa billah." (HR. At-Tabrani)
②. Membaca "La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin" Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
③. Melazimkan Beristighfar "Barang siapa melazimkan beristighfar nescaya Allah SWT akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezki dari arah yang tidak diduga²." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
④. Membaca Surat Al-Ikhlas "Barangsiapa mmbaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)
⑤. Membaca Surat Al-Waqiah "Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al Iman)
⑥. Memperbanyak Selawat Atas Nabi "Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan, bila telah berlalu sepertiga malam, Rasulullah Salallahu’alaih iwassalam berdiri seraya bersabda: "Wahai Manusia Berzikirlah Mengingat Allah, berzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang kematian dan segala kesulitan didalamnya."
⑦. "Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
Siapa kita untuk berdendam?
Sihir Melalui Facebook?
NILAI - Disihir menggunakan gambar yang terdapat dalam laman sosial Facebook (FB).
Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir.
Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka.
"Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur.
"Kami tidak mengenali antara satu sama lain.
"Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya," dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu.
Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya.
Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja.
"Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,'' ceritanya.
Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya.
FANPAGE FACEBOOK: berapa ‘like’ yang dapat?
Di Malaysia laman sosial Facebook, YouTube dan Twitter juga dijadikan salah satu medium untuk seseorang pemimpin atau selebriti itu mendekatkan diri kepada masyarakat dan peminat.
Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi maklumat dengan memiliki Fanpage.
Fanpage Najib di laman Facebook kini telah mencapai angka lebih 600,000 orang dan beliau telah menggunakan laman tersebut sebagai salah satu cara beliau mendekati generasi muda Malaysia.
Sahih
Walaupun pada peringkat awal, ia menjadi medium bagi tokoh-tokoh terkenal dan personaliti hiburan berkongsi kehidupan mereka tetapi, kini ia telah menambah satu lagi fungsi.
Angka-angka tepat yang tertera di sudut kiri Fanpage tersebut telah menjadi kayu pengukur kepada tahap kepopularan pemilik laman tersebut.
Pengiraan yang bersifat objektif dan nilai ketepatan yang tinggi sehingga ke susunan angka menjadikan ia lebih dipercayai dan boleh diharapkan.
SAH FRIENDSTER AKAN DI DELETE.
KOLONY.

- KOLONY ni adalah laman sosial terbaru yang dipunyai CELCOM. (jadi yang berdaftar atau ada akaun atau prepaid CELCOM ni boleh la join.)- untuk Hotlink atau Digi tak boleh ke?
- Perlu daftar dulu dengan hantar KOLONY
ke 25333 dan log masuk untuk kemaskini profile anda. (masa pendaftaran ni akan diberi 500 koinz secara percuma) - Perlu diingat, segala sms akan di tolak menggunakan koinz itu dan koinz tidak boleh ditukar ke bentuk wang atau airtime.
- Setiap 10koinz berharga rm0.30.
Sesi Bersihkan Email!
Bagi emails tidak dikenali, biasanya masuk spam. Tapi kadang-kadang sesat masuk inbox juge kan?.. Dan begitulah sebaliknya..
Sekarang ni nak clearkan apa yang patut dikala ada sikit masa terluang.. Kalau tunggu lama-lama nanti makin menggunung. Dan sakitle jemari ni menekan keyboard delete.
Biasanya kawan-kawan pembaca budiman ni 'bersihkan' email pada waktu bila ye? Adakah setiap kali buka email, terus 'kasi bersih'. Atau tunggu ala-ala jadi cam bukit Broga baru nak bersihkan?.Kadang-kadang tu boleh cecah ribu-ribu emails kan.. Ye la.. dari Facebook pun dah beratus-ratus kan?
Atau ada ke setting dari Facebook tu yang boleh tapis siap-siap emails yang masuk ye?.. Ajarkan..
Oh ye.. sesiapa nak add Facebook .. dipersilakan: Nur Allinone: nurhafiz2009@yahoo.com.
Waktu Rehat Ni Nak Buat Apa?
Takpun sambil makan sambil ni la masa nak update blog ye.. Ala ala blogger tegar ni kan.. Setiap masa dengan laptop. Kalau tak facebook buka blog.. Takpun faceblog.. Erk.. apa itu faceblog.. dah join ke?.. Siapa yang dah join.. Boleh bagitau pengalaman tak?..
Rasa macam komplikated je nak join.. Iye ke?.. Harap tanggapan ini salahlah ye..
Baikla.. Selamat Lunch ye nanti.. Makan Apa? Makan Di Mana?..
![Get lots of Great Posts at : @[219902294780764:274:Shut Up I'm Still Talking]](https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/225530_359555997482059_227512509_n.jpg)



