Nak Souvenier best?

Showing posts with label solat jumaat. Show all posts
Showing posts with label solat jumaat. Show all posts

Kejap Lagi Nak Solat Jumaat. Jom Cegah Jenayah Sebelum Solat Jumaat.

SUNGAI PETANI - Polis Kedah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan sesi penerangan memerangi jenayah sebelum solat Jumaat di masjid-masjid terpilih di seluruh negeri pada setiap minggu.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, antara topik yang diberi penekanan semasa sesi penerangan berkenaan adalah yang berkenaan masalah sosial, jenayah komersial serta pentingnya mewujudkan persekitaran selamat dan aman.
"Pegawai kita juga akan menjelaskan kepada jemaah tentang taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah memperdayakan mangsa, contohnya, penipuan menggunakan Facebook,” katanya kepada pemberita selepas menutup perkhemahan dan sambutan Hari Kor Kadet Polis peringkat negeri di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am (PGA), Tupah, Merbok, dekat sini hari ini.. - Bernama
~Jenayah yang paling popular saat Solat Jumaat adalah.. ce teka..
Nah, jawapannya = sindiket Curi Selipar: Setuju tak?

Tak Pergi Solat Jumaat Ke Pakcik?..

~Bila baca berita ni, maksudnya lepas ni harapnya tak ada la lagi pemandangan lelaki di pusat membeli-belah masa waktu solat Jumaat ye..

KUALA LUMPUR – Semua kompleks beli-belah dan terminal pengangkutan awam di ibu negara dibenarkan memohon untuk mengadakan solat Jumaat di surau bagi menambah kemudahan kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan bersedia melonggarkan syarat tauliah menunaikan solat Jumaat bersesuaian dengan pertambahan kepadatan penduduk di ibu negara.

“Kita membayangkan bahawa apabila Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020, banyak kawasan akan dibangunkan yang menghimpunkan ramai pekerja di sesuatu tempat.

“Masjid As-Syakirin di Kuala Lumpur City Centre (KLCC), contohnya, menerima puluhan ribu jemaah melebihi kapasiti meskipun telah dinaik taraf kepada 12,000 orang,” katanya.

Waktu Rehat Ni Nak Buat Apa?

Masa Lunch Hour biasanya selain makan lunch la kan, kawan-kawan buat apa ye?.. Berehat?.. Berehat macam mana ye?.. Tidur ke?.. Atau keluar makan dengan kawan-kawan mencuba pelbagai menu baru?.. Ala ala Jalan Jalan Cari Makan tu.. JJCM. Atau, stay saja kat tempat kerja, makan nasi bungkus atau ke masjid tunaikan solat Zuhur (Kecuali hari ni kan.. mestila para jejaka akan ke Masjid untuk solat Jumaat..- Ke ada gak yang jenis tuang solat Jumaat ni?..

Takpun sambil makan sambil ni la masa nak update blog ye.. Ala ala blogger tegar ni kan.. Setiap masa dengan laptop. Kalau tak facebook buka blog.. Takpun faceblog.. Erk.. apa itu faceblog.. dah join ke?.. Siapa yang dah join.. Boleh bagitau pengalaman tak?..

Rasa macam komplikated je nak join.. Iye ke?.. Harap tanggapan ini salahlah ye..

Baikla.. Selamat Lunch ye nanti.. Makan Apa? Makan Di Mana?..


Dah Selesai Solat Jumaat? Apa yang Kamu Dapat Tadi?..

  1. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
  2. Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
  3. Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.
  4. “Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.
~Alhamdulillah.. Syukur padaNYA.. Kalau Kat Negara Luar Wanita ada gak yang g solat Jumaat kan?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...