Nak Souvenier best?

Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Dapat RM1 juta?

~Kalau dapat dengan cara merompak memang tak boleh nak senang hati le perompak perompak tu.. Sat sat lagi kena la tangkap ye..

gambar van dibakar.

SEORANG anggota bomba memadamkan sebuah van keselamatan yang dibakar perompak di Taman Eng Ann, Klang semalam.

Tips Keselamatan Rumah (good article).

Tips Keselamatan Rumah (good article).

Rumahku syurgaku.
Siapa yang tak nak selamat berada di rumah sendiri. Rasanya buat masa ni rumah pun dah dikira tak selamat sebab ramai sangat perompak dan pencuri. Masa buat entry tentang alat penggera, Nur ada la membaca satu artikel tentang Tips Keselamatan Rumah.

Artikel yang bagus.
Boleh baca kat sini ye.

Polis sekarang makin cekap!

Polis sekarang makin cekap!


 Semenjak dua menjak ni ketangkasan pihak polis PDRM memang tak dapat nak disangkal lagi. Asal ada je kejadian jenayah yang mendapat liputan tu, pasti dua tiga haro lepas tu ada la berita yang penjenayah penjenayah ni berjaya ditangkap. Memang tabik spring la kat diorang..

Terbaru tentang penjenayah yang tembak polis tu kan.. Akhirnya tewas juga penjenayah tu ditembak polis pula. Rasanya kejadian tembak menembak ni ala-ala macam dalam filem dah.. Hari-hari ada je berita orang kena tembak.. Tak rasa macam hidup kat Malaysia lak..

Kes Pemberita tv9

~Kes Pemberita tv9

Akan disebut semula 25 Oktober ini

Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31,
Eksekutif Bahagian Teknologi Maklumat syarikat gas dan minyak Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya.

Facebook pun kena tipu..

Facebook pun kena tipu..

~Perlu lebih berhati-hati sekarang ni.. Camne boleh kena hack ye?.. Nur terror tau hack akaun facebook.. bagile emel kat sini.. jangan lupe passwordnye sekali..


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar mendakwa akaun laman sosial Facebook miliknya digodam selepas menyertai peraduan menerusi satu pautan laman web dari sebuah syarikat pengurusan acara pada 4 September lalu.
Akibatnya, penggodam berkenaan telah menggunakan Facebook miliknya untuk meminta rakan-rakan pelajar terbabit membeli kad prabayar bernilai RM10 untuk diisikan kepada satu nombor telefon dipercayai milik penjenayah siber itu.
Menurut mangsa, Koh Hui Fhen, 19, beberapa orang rakannya telah terjerat dengan penipuan yang dilakukan penggodam yang menggunakan Facebook peribadinya.
“Kejadian ini berpunca daripada tindakan saya yang menekan butang ‘kongsi’ apabila diminta mengundi untuk sebuah syarikat, D-sire Se7en Sdn. Bhd. pada 4 September lalu untuk memenangi tawaran hadiah berupa kad prabayar bernilai RM30.
“Akibatnya, tindakan itu telah memberi peluang kepada penggodam untuk mencuri kata laluan saya sebelum menipu wang daripada rakan saya melalui Facebook,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.


Ordinan Darurat?


Malangnya, jenayah adalah satu perkara yang bukan sahaja rumit tetapi memerlukan pendekatan yang berbeza untuk ditangani. Hanya polis yang mampu membuat keputusan yang tepat apabila berhadapan dengan penjenayah, bukannya kita orang awam yang tidak tahu apa-apa tentang aktiviti jenayah.
Ini kerana tidak semua orang sanggup dan bersedia tampil ke hadapan untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes-kes jenayah kerana khuatir akan menjadi mangsa sasaran kumpulan kongsi gelap kerana mendedahkan aktiviti mereka.
Itulah mengapa akta-akta kediaman terhad dan buang negeri diwujudkan agar para penjenayah yang diketahui oleh polis terlibat dalam kes-kes jenayah tetapi tidak dapat dibuktikan menerusi proses undang-undang, dibendung kegiatan mereka menggunakan akta-akta ini.
Kini selepas akta-akta ini dimansuhkan, barulah orang ramai sedar betapa mereka telah melakukan kesilapan dengan mendesak agar akta ini dimasuhkan.
Perasaan dan rasa gelisah ini juga kini wujud di kalangan masyarakat Cina dan India yang rata-rata kononnya dahulu menentang kuat kewujudan akta ini.
Mereka juga sedar kini bahawa pemansuhan akta-akta berkenaan adalah satu kesilapan yang besar. Mereka tidak lagi berasa selamat selepas ia dimansuhkan.
CHAN KIM HOE
SS2 Petaling Jaya
Selangor-mstar online-

Langkah Penambahbaikan selepas kes Ragut.


KOTA BHARU – Seramai 157 anggota polis wanita beruniform akan ditugaskan di 15 kawasan pusat tumpuan beli-belah di sini, bagi menasihati orang ramai, terutama wanita agar sentiasa berwaspada dengan kejadian ragut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, anggota polis wanita berkenaan akan ditugaskan selama lapan jam sehari sebagai langkah terbaharu pasukan itu untuk mengekang jenayah ragut di jalanan.
"Kita akan tempatkan anggota polis wanita itu secara berkumpulan, terutama di pusat tumpuan wanita membeli-belah dan anggota tersebut akan menasihati tingkah laku pembeli yang dilihat cuai supaya lebih berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ragut, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, Rohairani baru saja keluar dari keretanya dan ingin ke kedai pakaian untuk membeli tudung sebelum ditetak seorang pembonceng motosikal selepas gagal meragut beg tangan mangsa.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut melawat Rohairani yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZII selepas pembedahan menyambung urat tangannya yang putus itu selesai kira-kira pukul 7 pagi ini. – BERNAMA

Kena Tembak..

makin lama makin tak aman negara kita kan.. isk..



Anggota polis memeriksa mayat Archuthan yang mati ditembak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan di Selayang Baru semalam.


KUALA LUMPUR - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang baru beberapa bulan dibebaskan mati ditembak dua lelaki ketika menunggu untuk menjemput anaknya di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan di Selayang Baru dekat sini semalam.-kosmo-

Kisah Ragut .. Berhatilah..


~Mana-mana pun dah tak selamat sekarang ni.
Dah nyaris hilang tangan. Jadi pengajarannya :

-elakkan pakai barang kemas yang banyak.
-berhati-hati setiap masa..
-jika disamun, serahkan sahaja- jangan melawan..
-berdoalah supaya penyamun itu kembali ke pangkal jalan.


ORANG ramai membantu Rohairani yang cedera teruk di tangan kiri akibat ditetak peragut di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu semalam.


Dah tak aman?

Baca kat Kosmo.
susahla kalau tahap keselamatan terjejas.
Takkan kita nak hidup dengan keadaan macam ni?

Dalam berita tu meyatakan pemilik kedai runcit atau peniaga terpaksa menjual dari celah jeriji besi kerana khuatir disamun..


seorang peniaga menghulurkan barangan yang dibeli pelanggan dari celah jeriji kedainya di Taman City, Segambut semalam

Jawapan..

BANYAK kepincangan berlaku dalam masalah ini termasuk jenayah rogol, kahwin paksa, suami tidak bertanggungjawab dalam memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.

Hubungan terlarang hingga berlaku zina, kehamilan anak zina, tiada sokongan atau pengabaian keluarga sendiri terhadap nasib anak perempuan yang terumbang-ambing akibat sikap keluarga yang gagal menjalankan tanggungjawab sebenar.

Jenayah rogol umpamanya perlu dilaporkan kepada pihak polis. Mangsa perlu dibela sebaik mungkin. Kahwin paksa sepatutnya tidak berlaku kerana ia membawa mudarat kepada pasangan.

Sementara suami pula perlu menjalankan tanggungjawab seperti ditetapkan Islam termasuk memberi nafkah zahir dan batin.

Apabila suami gagal menunaikan tanggungjawabnya, isteri boleh melaporkan kepada mahkamah syariah bagi menyelesaikan masalah supaya suami kembali bertanggungjawab atau perceraian secara baik dapat diusahakan.

Islam melarang hubungan antara lelaki dan perempuan hingga berlaku zina dan kehamilan. Larangan itu adalah muktamad dan tiada pengecualian termasuk alasan ‘suami lemah.’

Setiap orang Islam mesti menjaga maruah diri supaya tidak terjerumus dengan dosa zina. Keluarga pula perlu menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin termasuk penentuan jodoh anak dan membantu mereka apabila ditimpa musibah.

Sewajarnya keluarga sama ada lelaki atau perempuan bekerjasama membantu untuk menjadikan perkahwinan anak bahagia. Mereka sepatutnya tidak lepas tangan apabila anak sudah berkahwin.

Mengenai tindakan menuntut cerai daripada suami sahabat anda itu, ia dibenarkan Islam apabila ada alasan yang dibenarkan syarak. Dia mempunyai alasan yang wajar mengikut syarak dan boleh diteruskan.

Anak dalam kandungan perlu diteruskan hingga melahirkan. Tindakan menggugurkan kandungan adalah haram tanpa sebab yang sah mengikut syarak.

Sahabat anda itu boleh terus memelihara anak berkenaan atau menyerahkan kepada keluarga angkat jika tidak mampu menjaganya. Sebagai kawan baik, anda seharusnya berusaha menasihati dia sebaik mungkin.

Dekatkan dirinya dengan agama dan nasihat supaya tidak mengulangi kesalahan lalu dengan bertaubat sesungguhnya kepada Allah.

Berzina walau dah bersuami.

-dari metro-
SAHABAT saya dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga tanpa kerelaannya. Lelaki berkenaan jugalah yang merogol dia satu ketika dulu tetapi enggan bertanggungjawab dan meninggalkan sahabat saya itu begitu saja untuk mencari perempuan lain.

Apabila lelaki berkenaan ditinggalkan kekasihnya, dia kembali kepada sahabat saya kononnya mengaku bertanggungjawab. Keluarga sahabat saya seperti terharu dengan tindakan lelaki terbabit yang mahu bertanggungjawab dan segera memaafkan perbuatan lamanya.
Malangnya, lelaki itu sangatlah lemah apabila di atas ranjang dan tidak pernah memberi nafkah sejak setahun perkahwinan dilangsungkan.

Sahabat saya mengalami tekanan perasaan yang amat sangat apabila bersama dengan lelaki itu.
Dalam keadaan itu, sahabat saya kembali kepada kekasihnya yang disayangi.

Mereka bersama sehingga sahabat saya mengandung lima bulan.

Rahsia itu kemudian terbongkar dan ibunya enggan mengaku itu adalah anaknya yang sebenar memandangkan ibu sendiri seorang ustazah.

Keluarganya melarang sahabat saya daripada keluar rumah dan segala tindak-tanduknya diperhatikan setiap hari. Gaji bulanan diambil dan dia diperlakukan seperti sampah setiap hari oleh ahli keluarganya hingga sahabat saya bimbang keselamatan bayi di dalam kandungannya.

Bolehkah sahabat saya mengambil tindakan menuntut cerai daripada suaminya yang nyata sekali dayus seperti itu? Bolehkah dia meneruskan kandungannya walaupun benih itu bukan daripada suaminya yang sah?

INSAN JAHIL,
Melaka

Kisah Percaya dan Diperkosa!

KUALA LUMPUR: Terpengaruh dengan dakwaan dirinya disihir dan perlu dirawat, seorang wanita berusia 42 tahun dirogol seorang lelaki di sebuah hotel di Kepong, di sini, ketika mahu melakukan rawatan bagi membuang sial, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yang dipengaruhi lelaki berusia 38 tahun yang mendakwa mempunyai kebolehan membuang sial, bersetuju mengekorinya ke premis berkenaan sebelum dirogol kononnya kaedah berkenaan mampu merawat mangsa.


Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa yang menyedari ditipu, membuat laporan di Balai Polis Kepong, di sini.

Menurut sumber, mangsa mengenali suspek kerana dia menyewa bilik di rumah mangsa sejak April lalu.


“Suspek menyewa di bilik berkenaan dengan isterinya dan sejak tinggal di rumah mangsa, lelaki terbabit sering mendakwa mangsa terkena sihir individu yang berdendam dengannya.


“Pada mulanya mangsa tidak percaya namun akibat sering mendengar dakwaan itu, mangsa menjadi takut,” katanya.
- KENAPA MUDAH PERCAYA PADA ORANG ITU?
KAN DAH TERJERAT DIRI SENDIRI.
SEPATUTNYA KITA SELIDIKI DAHULU SESEORANG..
BARU JE LIMA BULAN KENAL.. BOLEH KE KITA MENGENALI HATI BUDI SESEORANG ITU?
SEDANGKAN DAH BERTAHUN TAHUN KENAL PUN BOLEH DIKHIANATI.
BERHATI HATI LAH SEMUA!

Jenayah cyber.

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bercadang untuk membentuk satu akta yang mampu melindungi pengguna dalam urusan perniagaan secara atas talian seperti e-dagang tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, cadangan itu akan dibentang ke Parlimen pada April depan untuk diputuskan berikutan peningkatan 130 peratus jenayah siber kepada 11,930 kes dicatatkan dari Januari hingga September tahun ini berbanding 8,090 kes dilaporkan pada 2010 oleh Cyber999 Help Centre. “Pecahan statistik itu menunjukkan jenayah penipuan menjadi kes majoriti dilaporkan kepada 4,175 kes, penyebaran kod berniat jahat sebanyak 3,452 kes dan pencerobohan berada di tempat ketiga iaitu 2,345 kes.


“Melihat kepada laporan ini, kementerian khuatir ia akan terus meningkat pada masa depan kerana kini sistem urusan kewangan lebih banyak dilaksanakan secara atas talian dan lebih membimbangkan ia membabitkan proses transaksi tunai di kalangan pengguna dan peniaga,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, akta itu akan turut meliputi perlindungan hak peribadi pengguna termasuk pendedahan identiti pelanggan yang sering dikongsi di kalangan peniaga bagi mengelakkan kerahsiaan data peribadi orang ramai tidak dicerobohi dengan mudah.


Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan 2012, beliau berkata, peniaga diharap tidak menaikkan kadar harga barangan selepas kerajaan menawarkan RM500 kepada orang ramai yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan.


“Kerajaan mengadakan perbincangan bersama pihak berkepentingan dalam perniagaan seperti peruncit, pemilik restoran, pengeluar dan pemborong bagi mengelakkan peningkatan harga barang kepada pengguna,” katanya.

Kejap Lagi Nak Solat Jumaat. Jom Cegah Jenayah Sebelum Solat Jumaat.

SUNGAI PETANI - Polis Kedah mengambil inisiatif baru dengan mengadakan sesi penerangan memerangi jenayah sebelum solat Jumaat di masjid-masjid terpilih di seluruh negeri pada setiap minggu.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, antara topik yang diberi penekanan semasa sesi penerangan berkenaan adalah yang berkenaan masalah sosial, jenayah komersial serta pentingnya mewujudkan persekitaran selamat dan aman.
"Pegawai kita juga akan menjelaskan kepada jemaah tentang taktik-taktik baru yang digunakan penjenayah memperdayakan mangsa, contohnya, penipuan menggunakan Facebook,” katanya kepada pemberita selepas menutup perkhemahan dan sambutan Hari Kor Kadet Polis peringkat negeri di Markas Latihan Luar Pasukan Gerakan Am (PGA), Tupah, Merbok, dekat sini hari ini.. - Bernama
~Jenayah yang paling popular saat Solat Jumaat adalah.. ce teka..
Nah, jawapannya = sindiket Curi Selipar: Setuju tak?

Nyawa Melayang... (Angkara Cucu)

JEMPOL – Sepasang suami isteri tidak menyangka kepulangan mereka ke rumah di Felda Palong Dua di sini selepas menghadiri majlis tahlil disambut dengan tragedi apabila si suami mati ditikam oleh salah seorang daripada empat pencuri yang memecah masuk teratak itu kelmarin.

Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Mohtar Yusoh, 71, mati di lokasi kejadian selepas cedera parah ditikam di belakang badan dengan sebilah pisau oleh suspek.

Lebih mengejutkan apabila salah seorang daripada empat suspek tersebut merupakan cucu lelaki Mohtar berusia 17 tahun yang datang ke situ dari Melaka tanpa pengetahuan pasangan tersebut.

~Malang sungguh nasib si atuk itu.. Kalau dah terdesak pencuri ni dan terlalu menurut nafsu, semua pun lupa sehingga sanggup membunuh... Adakah ni pengaruh jenayah yang makin membimbangkan di negara kita?.. Minta dijauhkan...

Seorang doktor di sebuah klinik...

~kat mana mana pun berlaku kes samun menyamun, ragut meragut ni.. seram kan.. tempat yang rasa selamat pun boleh jadi bahaya.. baca kat kosmo

KUALA LUMPUR – Seorang doktor di sebuah klinik di Danau Kota, Setapak di sini menjadi hero apabila dia berjaya mematahkan cubaan merompak oleh dua lelaki di klinik tempatnya bertugas.

Malah dalam kejadian pada pukul 8.45 malam kelmarin itu, Dr. Mohd. Harriszamani Abu Bakar, 32, juga berjaya merampas beg galas salah seorang penjenayah itu.

Semasa kejadian mencemaskan kira-kira 10 minit itu, kedua-dua suspek tersebut bersenjatakan pisau rambo dan sebilah parang.

Di dalam beg galas tersebut mengandungi kad pengenalan salah seorang suspek itu dan wang tunai sebanyak RM5.

Ismail dilantik Ketua Polis Negara

~diharapkan agar kadar jenayah di negara ini akan dapat dikurangkan. antara cita2 yang popular masa budak budak dulu selain cikgu dan bomba.


Ismail Omar


PUTRAJAYA 1 Sept. – Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, 57, hari ini dicadangkan dilantik sebagai Ketua Polis Negara baru menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang akan tamat kontrak pada 12 September ini.

Mengumumkan demikian di sini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Datuk Hussin Ismail, 57, pula dicadangkan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Sehubungan itu, beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Musa yang telah berkhidmat selama 41 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

‘‘Jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara merupakan jawatan khas di bawah Perkara 140 (4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan dengan cadangan lantikan ke jawatan ini tertakluk kepada perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

‘‘Pelantikan (secara rasmi) akan diumumkan oleh Perdana Menteri,” kata beliau pada sidang akhbar di Kementerian Dalam Negeri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...