Nak Souvenier best?

Showing posts with label petua hindari peragut. Show all posts
Showing posts with label petua hindari peragut. Show all posts

Langkah Penambahbaikan selepas kes Ragut.


KOTA BHARU – Seramai 157 anggota polis wanita beruniform akan ditugaskan di 15 kawasan pusat tumpuan beli-belah di sini, bagi menasihati orang ramai, terutama wanita agar sentiasa berwaspada dengan kejadian ragut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, anggota polis wanita berkenaan akan ditugaskan selama lapan jam sehari sebagai langkah terbaharu pasukan itu untuk mengekang jenayah ragut di jalanan.
"Kita akan tempatkan anggota polis wanita itu secara berkumpulan, terutama di pusat tumpuan wanita membeli-belah dan anggota tersebut akan menasihati tingkah laku pembeli yang dilihat cuai supaya lebih berhati-hati,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa ragut, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, Rohairani baru saja keluar dari keretanya dan ingin ke kedai pakaian untuk membeli tudung sebelum ditetak seorang pembonceng motosikal selepas gagal meragut beg tangan mangsa.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut melawat Rohairani yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZII selepas pembedahan menyambung urat tangannya yang putus itu selesai kira-kira pukul 7 pagi ini. – BERNAMA

Kisah Ragut .. Berhatilah..


~Mana-mana pun dah tak selamat sekarang ni.
Dah nyaris hilang tangan. Jadi pengajarannya :

-elakkan pakai barang kemas yang banyak.
-berhati-hati setiap masa..
-jika disamun, serahkan sahaja- jangan melawan..
-berdoalah supaya penyamun itu kembali ke pangkal jalan.


ORANG ramai membantu Rohairani yang cedera teruk di tangan kiri akibat ditetak peragut di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu semalam.


Petua Menghindari Peragut : Bermula dari mangsa sendiri..

Ini adalah nasihat polis – wanita jangan hias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta itu kepunyaan wanita. Jangan ada anak patung. Jangan ada stiker yang menyatakan anda wanita. Biar penjenayah sukar membezakan, itu kereta lelaki atau wanita. Memang cara ini bukan seratus peratus dapat mengelak daripada diragut, namun sekurang-kurangnya kita berusaha mengelirukan mereka. Maka, simpan sahaja si Kitty, si Pooh dan segala hiasan di rumah. Jangan dibawa bersiar-siar.

~Petikan tu dari karangan Sri Diah tentang artikel 'Maut menanti Hamster Malang'. Kita diibaratkan sebagai hamster apabila keluar rumah kerana risiko apa sahaja mungkin berlaku di luar sana. Kejadian kes ragut yang melampau sering berlaku dan mangsanya adalah wanita..

Kalau hanya diragut dan duit/ harta yang melayang, tidak mengapalah.. Namun jika nyawa turut melayang, sangat mendukacitakan kerana tidak boleh digantibalik.. Jadi, berkenaan petikan tu menasihatkan wanita supaya tidak terlalu menampakkan sesuatu kenderaan itu milik wanita kerana berupaya mengumpan si peragut.. Sama - sama sampaikan dan beritahu kawan-kawan atau saudara -mara hatta ingatkan diri sendiri juga..

~Boleh ke bawa pisau dalam kenderaan sebagai pelindung diri?.. Kalau kena tangkap dek polis- jadi kesalahan ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...