Nak Souvenier best?

Showing posts with label Malaysia boleh. Show all posts
Showing posts with label Malaysia boleh. Show all posts

Lirik Lagu : Anak Kecil Main Api.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Nak G IPOHMALI..

IPOH — Kerajaan negeri Perak mahu menjadikan kawasan Pekan Lama Ipoh yang juga dikenali sebagai “Old Town” sebagai kawasan pelancongan warisan yang dapat menarik pelawat tempatan dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelancongan Datuk Hamidah Osman berkata, kawasan pekan lama mempunyai pelbagai bangunan warisan yang telah digazetkan dan setiap bangunan berkenaan mempunyai daya tarikan tersendiri sama ada keunikan bangunan dan juga sejarahnya.

Bandar raya Ipoh dipisahkan oleh Sungai Kinta yang mengalir di tengah bandar dan memisahkan pekan lama dan pekan baru.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Hamidah berkata, antara produk pelancongan yang telah diperkenalkan sebelum ini ialah program “jejak warisan"

yang membolehkan pelawat dibawa melawat bangunan-bangunan warisan di situ oleh jurupandu. - Bernama

KOLONY.



Terbongkar sudah persoalan selama ini. Sebenarnya, harini baru tergatal tangan nak klik pada ikon tersebut. Simbol yang menarik..

Mungkin ada antara kawan-kawan yang dah tahu atau maklum mengenai KOLONY ni, berkomunikasi melalui sms. Ala- ala TWITTER gitu ye.. atau FACEBOOK. Tapi yang ni MALAYSIA BOLEH punye la kan.

Baiklah, berikut sedikit tentang KOLONY: (fahaman peribadi, jika ada yang nak tambah sangat dialu-alukan)
  • KOLONY ni adalah laman sosial terbaru yang dipunyai CELCOM. (jadi yang berdaftar atau ada akaun atau prepaid CELCOM ni boleh la join.)- untuk Hotlink atau Digi tak boleh ke?
  • Perlu daftar dulu dengan hantar KOLONY ke 25333 dan log masuk untuk kemaskini profile anda. (masa pendaftaran ni akan diberi 500 koinz secara percuma)
  • Perlu diingat, segala sms akan di tolak menggunakan koinz itu dan koinz tidak boleh ditukar ke bentuk wang atau airtime.
  • Setiap 10koinz berharga rm0.30.

Itu jer kowt yang dapat dishare setelah habis baca sikit sebanyak tentang KOLONY tu.
(Pesanan khidmat masyarakat ini TIDAK DITAJA oleh CELCOM: sekadar perasaan ingin tahu dan nak kongsi untuk mereka yang masih belum ketahuan!)

Selamat Hari Polis./ Pengalaman.

Rata-rata ramai yang buat entry tentang hari polis. Nak la juga mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua pekerja kepolisian di 1MALAYSIA ni. Ada antara kawan-kawan blog ni yang ada kaitan dengan Polis?.. (Bangga lah kerana menjadi sebahagian benteng keamanan negara- fuhh patriotik abis.)

Pengalaman dengan Polis?..
  • Pernah termasuk dalam senarai cita-cita masa sekolah.
  • Kagum dengan Polis wanita sebab sangat smart tengok cara pemakaian seragam terutama bila ada yang bertudung.
  • Kalau drama-drama kat TV tu, mesti la tonton olahan dari DYH.. Dia kan pelopor.. (Miss nak tengok rancangan Astana yang siarkan tentang rumah besar beliau tu..)
  • Bila nampak kelibat polis, mesti rasa berdebar walaupun tak buat salah.. (kenapa ye.. adakah sebab dari kecil lagi ditanam sifat supaya takutkan polis)
  • Pernah dahulu kala (masa berfikiran sempit)- melabel anak2 polis ni.. tak masuk geng dengan mereka..(sebab bapak diorang polis kot..takut).. Sekarang.. belasah aja.
  • Dah la. banyak tu.. Apa kata kawan-kawan pula.

Selamat Bertugas kepada semua Polis.
Selamat Hari Polis.

Nama Baru Toilet?. Water Closet..

Dari blog http://mamababiesstory.blogspot.com ni belajar nama baru yang diberinya untuk toilet. Katanya Malaysians ni mengabaikan sikit tentang toilet ni. Beliau adalah seorang ID.. Betul juga katanya.. Agaknya kalau tukar nama toilet kepada Water Closet ni, mungkin rasa kerajinan memelihara toilet akan meningkat. Betul tak?..

Pernah terbaca tentang tip untuk menjaga toilet, iaitu menjadikan toilet ala- ala toilet hotel. Buat sesiapa yang pernah bermalam di hotel, pasti suka keadaan toilet yang dihias cantik. Jadi, apakata kat rumah pun buat macam tu juga.

Kalau kat tempat awam, sangat la kurang gemar untuk ke toilet. Kenapa?.. Faham – faham saja la.. Macamana nak tanamkan sifat suka menjaga kebersihan di kalangan masyarakat ye?.. Kadang- kadang boleh terencat tujuan asal ke toilet..Kan Kawan-kawan..


KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Final Piala Suzuki AFF2010: Malaysia bertemu Indonesia

Pertandingan akhir itu akan dilaksanakan dua kali masing-masing di gelanggang tuan rumah iaitu di Kuala Lumpur pada 26 Dis dan di Jakarta 29 Dis.

"Pertandingan akhir ini nanti agak sulit. Meskipun pada babak penyisihan, kami pernah mengalahkan Malaysia 5-1 tetapi sekarang keadaannya agak seimbang sehingga peluang Indonesia menjadi 50 peratus dalam kejuaraan ini.

"Pasukan Malaysia pada masa ini bermain lebih baik sedikit dan lebih yakin diri," katanya.

Pasukan Indonesia akan berangkat ke Kuala Lumpur pada 24 Disember ini.-BERNAMA

~ Pastinya satu perlawanan yang dinantikan bagi kedua dua buah negara berjiran ni kan.. Selamat berjaya pasukan negara!!! Semoga membawa pulang Piala AFF Suzuki2010

Siaran TV Islamik Di Malaysia

KUALA LUMPUR, Dec 7, 2010 (AFP) – Malaysia on Tuesday will officially launch a free-to-air Islamic television channel to propagate the religion and provide family education based on religious teachings.

The TV Al Hijrah television channel will also open up more opportunities for those in the creative industry, according to Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, head of the country's Islamic Development Department (JAKIM), which will operate the channel.

The channel, which has been broadcasting since early last month, features programmes on religious discourses on family life, a wellness talk show as well as children's cartoons based on Islamic teachings, according to its website.

"JAKIM hopes that through cooperation from missionaries and arts activists, the station will emerge as the top Islamic propagation station in the region," Wan Mohamad told state media late Monday.

The channel will be formally launched by Prime Minister Najib Razak at a ceremony later Tuesday, the first day of the Muslim calendar.

"Station operators and producers cannot assume that only Western shows are of quality and should be the benchmark for production of programmes,"he added.

Minister in charge of Islamic affairs Jamil Khir Baharom has said Islamic programmes make up just 10 to 18 percent of local television programming and that the new channel would appeal to Muslims and non-Muslims.

About 60 percent of Malaysia's 28 million people are ethnic Malay Muslims while the country's minority Chinese and Indians are mostly Buddhists, Hindus or Christians.

~Dah ada ke? Tak perasan eh.. Kurang nonton ni.. Ada sesiapa boleh bagitau?.. Channel yang mana satu ye?...

snow / salji di malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif i-Berhad, Eu Hong Chew(kiri) dan Lee Ki-Choon (kanan) melihat pengukir ais dari Harbin, China, melakukan kerja-kerja mengukir sebelum Snow Walk di i-City, Shah Alam dibuka kepada orang ramai awal tahun depan

~wah, tahun depan nak buka snow city/ salji walk pula ye.. best la nanti.. takyah susah2 panjat banjaran titiwangsa untuk main snow(takpernah pun).. bolehla merasa main snow nanti..takperlu g UK ke.. tapi sama ke snow real dgn tiruan?..
~pernah tengok amazing race yang buat kat dubai yang ada snow centre tu..

Perdana Menteri stabil

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada dalam keadaan baik selepas menjalani pemeriksaan lanjut ulser dan gastritis ringan di Wad Orang Kenamaan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini.

"Penyakit yang dihadapi Perdana Menteri mungkin berpunca daripada penyakit cacar yang dihidapinya sejak beberapa hari lalu," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita di HKL, Jumaat.

"Saya tidak tahu sehingga bila beliau akan ditahan di wad memandangkan penyakit cacar mengambil masa yang agak lama untuk sembuh iaitu sehingga tujuh atau lapan hari," tambahnya.(kosmo)

~get well soon

CPR tu apa?


Oct. 18, 2010 -- New guidelines released today by the American Heart Association recommend that the three steps of cardiopulmonary resuscitation (CPR) be rearranged.

The new first step is doing chest compressions instead of first establishing the airway and then doing mouth to mouth. The new guidelines apply to adults, children, and infants but exclude newborns.

The old way was A-B-C -- for airway, breathing and compressions.

The new way is C-A-B -- for compressions, airway, and breathing.

"By starting with chest compressions, that's easy to remember, and for many victims that alone will be lifesaving," says Michael R. Sayre, MD, chair of the emergency cardiovascular care committee for the American Heart Association and co-author of the executive summary of the 2010 AHA guidelines for CPR and emergency cardiovascular care.

lagi di sini

~kalau tengok cerita omputeh kat tv rasanya diorang semua tahu macamana nak buat ni.. kat Malaysia terhad pada mereka yang kerja dalam bidang tu saja kan.. sepatutnya kita kena tahu jugak sikit2.. contohnya kalau budak-budak yang tertelan coklat.. at least kita tahu langkah awal macamana.. terutama yang terlibat dengan penjagaan kanak-kanak..apa kata anda?

hari tanpa beg plastik

GEORGE TOWN: Mulai 1 Januari 2011, semua pasar raya besar (hypermarket), pasar raya, farmasi, restoran makanan segera, rangkaian nasi kandar dan kedai serbaneka (termasuk kiosk stesen minyak) diminta melaksanakan 'hari tanpa beg plastik' setiap hari.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata 'hari tanpa beg plastik' itu merupakan langkah negeri ini untuk menjadi negeri hijau yang pertama di Malaysia.

"Maklumbalas dari 73 pengusaha yang menandatangani deklarasi pengurangan penggunaan beg plastik menunjukkan bahawa mulai 1 Julai 2009 hingga 26 Okt 2010, Pulau Pinang berjaya menjimatkan 32,508,418 beg plastik," katanya ketika pembentangan Bajet 2011 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

~langkah bijak negeri pulau pinang.. kalau semua orang sedar kepentingan ni tentunya bumi ni tak tercemar lagi dah dengan beg plastik.. save earth for future generation.. anda pula bagaimana?

ADUN dan Facebook.

GUA MUSANG: Walaupun sibuk memenuhi jadual padat sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, calon Barisan Nasional (BN), Ab Aziz Yusoff masih sempat berhubung dengan pengundi muda menggunakan laman sosial, Facebook.

Ab Aziz berkata, beliau akan meluangkan masa berinteraksi dengan rakan Facebook-nya jika ada masa terluang di antara tempoh berkempen selagi ada jaringan Internet.

"Saya akan bawa komputer riba dan broadband ke mana sahaja. Bagi saya adalah sangat penting untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan dalam talian khusunya generasi muda," katanya ketika ditemui semasa berkempen di sekitar Bandar Lama, di sini, Selasa.

Menurut Ab Aziz, hingga kini beliau mempunyai seramai 551 rakan dan menjangkakan jumlah itu akan bertambah dua kali ganda dalam masa terdekat.

Katanya lagi, kebanyakkan masa terluangnya ketika berkempen akan digunakan untuk melayari laman sosial berkenaan bagi mendapatkan maklum balas yang dibangkitkan khususnya yang berkaitan dengan kepentingan dan keperluan masyarakat di Galas.

"Ada juga sesetengah rakan saya menyatakan bahawa mereka terkejut apabila saya diumumkan sebagai calon.-mstar

Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan agar berehat di kediaman dan mengelakkan daripada menghadiri semua majlis rasmi berikutan rawatan perubatan selepas terdapat simptom penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataannya menyatakan bahawa Perdana Menteri mula merasa kurang sihat dan kemudian didapati ada ruam panas, sakit otot dan sendi pada hari terakhir Sidang Kemuncak Asean ke-17 dan berkaitan di Hanoi, Vietnam selama tiga hari.

"Setibanya di Subang (Selangor) hari ini, beliau menunjukkan ada tanda-tanda awal menghidapi penyakit cacar dan dengan segera mendapat rawatan. Oleh kerana ubat diberikan awal, Perdana Menteri menunjukkan respon yang baik," katanya sambil menambah doktor peribadi Najib menasihatkan Perdana Menteri berehat di kediaman dan mengelak daripada menghadiri semua majlis awam dan rasmi.

"Perdana Menteri memohon maaf atas segala kesulitan," kata Jalaludin.-BERNAMA

~get well soon.. mesti sulit nanti kalau orang-orang penting macam beliau ni cuti.. semua program kene reschedule..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...