Hey, Dah Februari..
Ada apa dengan Februari ini?
Dah sebulan menjengah 2012.
Azam dah tercapai?..
Atau belumpun ada azam lagi?..
Ada yang bercuti ye harini..
untungla kan..
SELAMAT HARI WILAYAH!
Hari terakhir cuti..
Masih belum dapat menikmati cuti sepenuhnya. Sebenarnya tak pernah puas pun..
Biasalah dah diberi betis nak peha. Sentiasa tak pernah cukup.
Nak nak tang bab cuti kan...
Kemalasan melanda..
Tidak mahu kembali...
Cuti Tahun Baru Cina 2012. PLKN..
Pelatih dibenarkan pulang pada petang Jumaat ini dan perlu kembali ke kem PLKN pada petang Rabu depan, demikian menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara dalam satu kenyataan hari ini.
Pelatih dikehendaki mendapatkan surat kebenaran daripada waris atau penjaga untuk menjemput mereka dari kem-kem PLKN. — BERNAMA
~SERONOK DAPAT CUTI PANJANG...
CUTI UMUM HARI RAYA 2011..
Hari Yang Panjang..
bagus bgn awal ni......selain boleh menyihatkan badan kita akan rasa hari itu lebih panjnag dari biasa...dan secara automatiknya byk kerja yg kita boleh buat p/s pasal ckp ngan bantal tu x berapa nak logik tp mugkin betul apa yg bro cakap....permainan minda.
- bilakah sesuatu hari itu menjadi lebih panjang dari biasa? Luar biasa?
Jawapannya adalah bila kita bangun lebih awal dari biasa..
Memang ada perbezaannya..
Hari akan jadi lebih bermakna..
Udara waktu pagi memang udara yang bagus..
Pernah dengar tentang satu pernyataan bahawasanya udara waktu Subuh seumpama udara di Syurga..
Banyak oksigennya.. Nyaman je kan..
Nak nak pula kalau bangun awal semasa sedang bercuti di tempat peranginan yang disukai.. Bayangkan bangun awal.. Udara nyaman.. Jauh dari hiruk pikuk kota.. Sungguh mendamaikan.. Ibarat macam dalam NOVEL pula.. Tak sabarnya nak g bercuti.. Tapi.. Di mana ye?..
Nak G IPOHMALI..
IPOH — Kerajaan negeri Perak mahu menjadikan kawasan Pekan Lama Ipoh yang juga dikenali sebagai “Old Town” sebagai kawasan pelancongan warisan yang dapat menarik pelawat tempatan dan luar negara.
Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelancongan Datuk Hamidah Osman berkata, kawasan pekan lama mempunyai pelbagai bangunan warisan yang telah digazetkan dan setiap bangunan berkenaan mempunyai daya tarikan tersendiri sama ada keunikan bangunan dan juga sejarahnya.
Bandar raya Ipoh dipisahkan oleh Sungai Kinta yang mengalir di tengah bandar dan memisahkan pekan lama dan pekan baru.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Hamidah berkata, antara produk pelancongan yang telah diperkenalkan sebelum ini ialah program “jejak warisan"
yang membolehkan pelawat dibawa melawat bangunan-bangunan warisan di situ oleh jurupandu. - Bernama
CUTI SEM YANG PANJANG NAK BUAT APA?
Aduh.. pusing nak fikirkan nak buat apa la kan masa cuti-cuti semester yang panjang ni. Ada idea tak?.. Jom share kat sini. Kalau dulu-dulu cuti semester takde la panjang dan lama cenggini.. Ini berikutan Kementerian nak selaraskan semester pengajian di Malaysia selaras dengan internasional/ antarabangsa sebagai langkah nak tarik pelajar-pelajar luar sambung pelajaran di negara yang tercinta ni kan.
Jadi, nak buat apa?..
Senang je kalau taknak masa berlalu begitu sahaja.. BUATLA BLOG!! ye.. Salah satu cara nak isi masa lapang. Boleh dapat ramai kawan tau.. Dengan syarat kenala jadi peramah.. Rajin tegur menegur.. Senyum menyenyum..
Atau ada lagi aktiviti lain?.. Boleh juga bekerja di tempat-tempat yang menawarkan kerja kosong tu macam promoter kat pusat beli belah atau pembantu kedai.. Atau.. ada idea lain?..
TERENGGANU CUTI KE?
Daripada malam tadi semua asyik mencari-cari INFO tentang TERENGGANU cuti atau TIDAK. Tengok je la kat blog ni pun ENTRY tentang CUTI UMUM menarik perhatian para pembaca. Mesti ramai ORANG TERENGGANU yang masih mencari sama ada CUTI atau tidak.
Maka kesimpulannya tidak ada pengumuman khusus. Oleh itu TIDAK CUTI la kan. Kerja macam biasa sahaja. Mungkin akan ada GANNJARAN lebih baik untuk PASUKAN BOLA SEPAK TERENGGANU. Selain RM1000 setiap pemain, apa lagi yang bakal diperolehi?. Yang penting GELARAN JUARA yang dimenangi tu memang takboleh ditukarbeli…
Kalau cuti pun, rasanya lagi banyak kerja yang akan tergendala. Kalau Mesyuarat yang sudah dijadualkan hari ini, tiba-tiba diisytihar cuti.. Tak ke naya kat pihak penganjur?.. Tapi, kalau secara realiti, SIAPA YANG TAK SUKA CUTI. Budak sekolah pun suka cuti.. Saat habiskan masa bersama keluarga.. (tapi kalau cuti, makbpaknya tetap kerja: sedih juga kat budak itu..)
KOMEN Yusri TENTANG DAUDSU..
Komen ni diambil dari entry INI: CUTI UMUM TERENGGANU sempena PIALA FA.
Bukan Yusry KRU yang couple dengan Lisa Surihani tu ye… Rata-rata penonton komen game yang menarik. Yang ditemuramah kat Telvisyen pun komen benda yang lebih kurang sama.
Bagi Pemain Kelantan itu, pasti terbayang kesilapannya. Tapi, kata YUSRI, bukan silap dia..
bukan tersilap...cuma dia memang tak dapat nak buat apa dah...posisi tak selesa nak keluarkan...lagipun bola laju...tapi aku puas hati...sebab terengganu dah balas kan dendam Selangor....hehehe
Sempat lagi nak membalas dendam bagi pihak ye.. Sekejap je kan aura kemenangan ni.. Bak kata Zainal tadi.. gergasi Pantai Timur.. Macam hidup manusia juga kan.. kejap kat atas kejap kat bawah.. La ni boleh gambarkan la sapa kat bawah ye?..
Oke.. selingan ucapan terima kasih buat..
Cik Ecah..
Cuti Terengganu Piala FA.
Tahniah buat PASUKAN BOLASEPAK TERENGGANU yang berjaya menggondol PIALA FA 2011. Merupakan PIALA terakhir dari 2005 dan akan datang TROFI baru pula akan digunakan.
Bukan nak cerita tentang TROFI. Tapi nak berkongsi kemeriahan KEMENANGAN PERLAWANAN akhir ini. Saat ini masih berlangsung penganugerahan hadiah untuk para pemenang.
Nampaknya dah ramai yang tertanya-tanya tentang CUTI UMUM TERENGGANU sempena PIALA FA ni kan. Sebab kalau KELANTAN, MB nya dah CONFIRM CUTI esok.. (katanya SHAZMIRA). Rasanya, warga TERENGGANU masih tertunggu-tunggu sama ada besok cuti atau tak.
Jadi, mana nak dapat pengesahannya ye?.. Sama-sama la cari.. Yang ada INFO boleh berkongsi.. Tahniah sekali lagi buat pasukan TERENGGANU.
~Kesian pulak pada PEMAIN KELANTAN tu yang tersilap masukkan gol. Mesti rasa bersalah yang amat ye..
CUTI UMUM ESOK.Sempena PIALA FA?
~BETULKE KELANTAN DIBERI CUTI UMUM ESOK WALAUPUN TAK MENANG? TERENGGANU CAMNE PULA?
LAYAN KISAH NORSHAHRUL NI DULU YE..
BUKIT JALIL mungkin sudah terlalu biasa bagi Norshahrul Id- lan Talaha.
Perlawanan melibatkannya di sana acap kali berakhir dengan kegembiraan seperti apa yang berlaku pada final Piala Malaysia dan Piala AFF Suzuki lalu.
Sebagai pemain berpengalaman, pentas perlawanan akhir seharusnya tidak mengundang kebimbangan malah, dia tentunya lebih arif bagaimana untuk memecah gawang Terengganu yang dikemudi Mohamad Sharbinee Allawee yang juga rakan sepela- tihnya bersama skuad kebangsaan.
Dua musim bersama Kelantan, nama Norshahrul tiba-tiba melonjak dan hampir setiap hari meniti di bibir, bukan sahaja penykong Kelantan tetapi pemerhati dan pencinta bola sepak tempatan walaupun dia sebelum itu sudah bersama pasukan kebangsaan ketika mewakili UPB-MyTeam.
Kemahiran dan ketajaman yang dimiliki sebagai seorang penggempur dilihat begitu sempurna, terutamanya ketika menggelecek lawan melalui garisan belakang padang sehingga ada yang menggelarkan Norshahrul sebagai The Linesman dan peluang di- miliki di dalam kotak penalti jarang disia-siakan.
Kelibatnya di padang memberi azimat dan tonik yang cukup berharga buat para peminat sehinggakan tatkala dia terbaring di padang kerana mengalami kecederaan, pasti ramai peminat yang resah dan tidak senang duduk.
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Hari Keputeraan.
Kak Ayu.. tak dapatle nak bantu.
Tapi dapat le juga maklumat lain..
Tentang Yang DiPertuan Agong: