Nak Souvenier best?

Showing posts with label CUTI UMUM HARI RAYA 2011. Show all posts
Showing posts with label CUTI UMUM HARI RAYA 2011. Show all posts

Ucapan Hari Raya dari Blogger untuk Bloggers..

TERBAIK UCAPAN YANG DITERIMA.
SESUAI DENGAN STATUS KITA SEMUA SEBAGAI BLOGGERS,
WALAU JAUH DILUAR.. DI ALAM MAYA ERAT SEKALI...

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA RAKAN BLOGGERS DAN PEMBACA.
ANDAI SILAP DAN SALAH MOHON DIMAAFI..

-DARI SEGI KOMEN,
BLOG ENTRIES SERTA PART BLOGWALKING..

UCAPAN  HARI RAYA DARI SIAPA?..
NANTIKAN KEMUNCULANNYA SELEPAS INI!!!

~SUDI SUDI DATANGLAH KAGI YEK..

Ke Klinik..

KLINIK KERETA UTK CEK KERETA SEBELUM HO HO HO BALIK KAMPUNG!!!

Aminar Rashid berkata, Perodua turut bekerjasama dengan Petronas Dagangan Berhad melalui program Petronas Coffee Break yang dilancarkan baru-baru ini.

Program kali kedua itu dianjurkan itu membolehkan pelanggan-pelanggan Perodua dan kenderaan lain menikmati pemeriksaan percuma 15 komponen utama di dua stesen servis di lebuh raya PLUS dan LPT bermula dari 26 hingga 29 Ogos ini.

Katanya, perkhidmatan yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang itu disediakan di stesen servis Petronas kawasan R&R Tapah, Perak dan Bentong, Pahang.

"Ia meliputi pemeriksaan enjin, transmisi, sistem penyejuk dan sistem elektrik yang akan dilakukan tiga mekanik di setiap stesen servis berkenaan.

"Pemilik kenderaan Perodua akan dinasihatkan pergi ke cawangan servis terdekat mekanik ini sekiranya kenderaan mereka didapati perlu dibaiki," jelasnya.

Pemilik kenderaan persendirian juga mempunyai pilihan untuk menghantar kenderaan mereka menjalani pemeriksaan percuma yang ditawarkan oleh Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) di seluruh negara bermula dari 22 Ogos hingga 26 Ogos ini.

Pemeriksaan itu merupakan salah satu daripada komitmen dan tanggungjawab sosial Puspakom dalam usaha untuk memastikan kenderaan berada di tahap selamat untuk dipandu semasa musim perayaan.

Mentang Mentang Diorang Dapat Bonus...

DAN DAN AJE G SHOPPING.. SESAK MENYESAKKAN KAT JALAN TAR!


KUALA LUMPUR – Beberapa tempat membeli-belah utama di ibu negara semakin sesak dikunjungi umat Islam yang mahu membuat persiapan terakhir bagi menyambut Aidilfitri yang bakal disambut kira-kira seminggu lagi.

Tinjauan Kosmo! di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India mendapati orang ramai mula membanjiri kawasan tersebut sejak pagi lagi.

Seorang peniaga baju kurung dan tudung, Puji Rahayu Sujadi, 40, berkata, orang ramai mula membanjiri gerainya seawal pukul 9 pagi untuk mendapatkan koleksi pakaian dari kilangnya di Sentul yang berdasarkan fesyen selebriti.

“Saya dapati jumlah pengunjung yang membeli-belah di Jalan TAR dan Jalan Masjid India lebih ramai berbanding pada tahun lalu,” katanya.

DAH APPLY CUTI HARI RAYA PUASA 2011?

DAH APPLY CUTI HARI RAYA 2011? AWALNYE!!!

SEDIKIT PETIKAN DARI ENTRY INI:

Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu, 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan


http://cemomoi.blogspot.com/

CUTI UMUM HARI RAYA 2011..

CUTI UMUM HARI RAYA 2011. 

SAJA NAK REFRESH BERITA NI..

SUMBER SINI:


KUALA LUMPUR: Kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan cuti umum tambahan menjelang hari raya puasa tahun ini kerana ia dijangka jatuh bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan ketika mengumumkan demikian berkata, bagaimanapun, tarikh sebenar cuti umum tambahan itu akan bergantung kepada pengumuman tarikh hari raya yang akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu sebagaimana lazimnya. Sekiranya hari raya pertama jatuh pada Selasa 30 Ogos yang juga bermakna hari raya kedua akan bersamaan dengan sambutan hari kemerdekaan negara pada Rabu, 31 Ogos, maka hari Khamis, 1 September akan diisytiharkan sebagai hari cuti umum tambahan, kata Sidek dalam satu kenyataan, Selasa.
Bagaimanapun, sekiranya hari raya pertama jatuh pada Rabu, 31 Ogos yang juga bersamaan dengan cuti umum sambutan ulang tahun kemerdekaan negara, maka hari raya kedua akan jatuh pada 1 September dan ini bermakna 2 September akan diumumkan sebagai hari cuti umum tambahan.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...