Nak Souvenier best?

Showing posts with label nasi kandar. Show all posts
Showing posts with label nasi kandar. Show all posts

Kayu Nasi Kandar SS2- bagi makan FREE .

~jom serbu..
TAHNIAH DLCW.


PETALING JAYA: Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar tetap menyediakan makanan percuma walaupun pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya meraih pingat perak dalam perlawanan akhir perseorangan di Sukan Olimpik 2012 di London.
Pengusahanya, Burhan Mohamaed berkata, beliau masih lagi menyediakan hidangan percuma pada Isnin dari pukul 7 petang sehingga 10 malam di cawangannya di SS2 di sini kerana Chong Wei telah membanggakan Malaysia.
“Dia (Chong Wei) masih lagi hero kita. Dia masih lagi jaguh kita,” kata Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar pada Ahad.
“Bukan sesuatu yang malu meraih pingat perak Olimpik. Dia telah berusaha dengan sehabis baik. Saya akan teruskan dengan rancangan untuk memberi makanan percuma kepada para pelanggan saya sebagai tanda penghargaan dan inspirasi untuk Lee Chong Wei.”
Para pelanggan akan diberikan set hidangan berserta minuman kordial.
Terdahulu, restoran tersebut berhasrat untuk memberikan makanan malam secara percuma di salah satu cawangan restorannya sekiranya Chong Wei memenangi pingat emas.
Burhan menambah, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia perlu merasai seperti mana yang dirasainya.

Ganja Pun Orang Buat Nasi Ye?/ Lunch Nasi Ganja.

Tajuk terbelit belit lidah.. Memang terkejut dan terkujat la bila dapat tahu ni.. Atau ada ke kawan - kawan yang dah tahu.. Maka bolehla dikongsi disini.. Baru je baca kat salah satu blog tentang Nasi Ganja. Wah.. Ganja pun ada nama nasi..

Entry yang berkenaan adalah DISINI.

Yang ni jumpa kat wikipedia..
In Perlis, the rice is coloured yellow with herbs and the dish is referred to as "nasi ganja", though in fact no "ganja" (cannabis) is actually used in its preparation

Rupa-rupanya asal usulnya Nasi Kandar juga sebenarnya. Yang paling terkenal Nasi Ganja ni kat Ipoh lah ye.. Nama diberi sebegitu rupa sebab orang akan sentiasa datang untuk makan kat situ..

~Agaknya kalau makan Nasi Ganja ni.. kena tangkap dengan polis bahagian narkotik tak?..

Ciri-ciri Utama Nasi Kandar Adalah....

~Baca kat mstar ruangan rencana.. Tentang nasi Kandar.. Kisahnye ada restoren Nasi Kandar yang terkenal di Pulau Pinang tu.. Restoran Laiyakatali (baca Laiyakat Ali).. Khabarnya kena beratur panjang untuk dapatkan Nasi Kandar Original tu.. Berikut nak petik sikit tips untuk rujukan di kemudian hari.. Ada sesiapa nak tambah?..

"Malangnya orang Kuala Lumpur selalu ingat kari kepala ikan itu adalah sebahagian daripada hidangan nasi kandar. Di Pulau Pinang, nasi kandar original tidak sepatutnya ada kepala ikan merah yang besar macam gergasi tu. Kalau kepala ikan bawal tak apa.

Jadi jika ke Pulau Pinang dan hendak makan nasi kandar original, ingat pesanan penulis. Jangan main balun saja. Ciri-ciri utama nasi kandar adalah seperti berikut;

(i) nasi sekadar cukup-cukup pinggan sahaja tidak banyak dan tidak sedikit;

(ii) kuah mesti dicampur atau diadun di antara kari ikan, daging, udang dan sotong;

(iii) sebaik-baik adunan lauk pauk nasi kandar ialah ikan kari atau goreng (bawal) bersama dua keping daging kari, telur rebus atau;

(iv) pilihan antara sotong atau telur rebus bersama daging kari atau ikan bawal kari dan dua batang bendi rebus.

Dan rahsia memakan nasi kandar yang paling penting ialah makan jangan tambah dan makan dengan tangan bukan dengan sudu dan garpu.

Nasihat jangan tambah kerana jika ditambah kemungkinan untuk berasa mual adalah besar dan seandainya itu terjadi maka akan hilanglah nikmat memakan nasi kandar dan nasihat jangan guna garpu serta sudu supaya aroma unik campuran kari nasi kandar akan terus lekat berkekalan di tapak tangan sehingga ke senja. Alahai nikmatnya....

"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...