Nak Souvenier best?

Showing posts with label lee chong wei. Show all posts
Showing posts with label lee chong wei. Show all posts

Kes Manoharan & Dato' Lee Chong Wei..


KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan akhirnya memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya atas kata-kata menyinggung perasaan menerusi Twitter, mempersenda pencapaian pingat perak Olimpik pemain badminton negara itu yang mencetuskan kemarahan orang ramai.
"Saya amat menyesal dengan komen-komen yang saya buat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.
"Saya benar-benar berharap permohonan maaf saya diterima," katanya dalam akaun Twitter @mmanoADUN. Mesej Twitter ADUN DAP itu mengenai perlawanan akhir badminton perseorangan di Olimpik London, Ahad lepas, menerima kritikan hebat orang ramai tanpa mengira sempadan politik dengan menyifatkan beliau sebagai biadap dan bersikap perkauman.
Antara lain Manoharan dipetik sebagai berkata: Lin Dan menang. Dia bermain lebih baik daripada Lee Chong AWAY dan menyarankan kepada (Datuk Seri) Najib (Tun Razak), apa pun ganjaran kewangan yang dijanjikan untuk Chong Wei, baiklah diberikan kepada Lin Dan.
Sementara itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, mesej Twitter Manoharan itu tidak dapat dimaafkan dan tidak sepatutnya dilakukan.

YouTube #TwtupChongWei.

YouTube #TwtupChongWei.

Ha, kawan-kawan dah tonton atau belum YouTube #TwtupChongWei. tu?. Bagi yang belum boleh la google kat youtube tu ek. Memang best bila tengok YouTube #TwtupChongWei. Boleh nampak kesatuan di KLIA tu. Ramai-ramai menyambut kepulangan WIRA NEGARA. 

Kalaule Nur (berangan) berada di tempat Dato' Lee Chong Wei tu, pasti dah menitik airmata. Terharu dengan sambutan yang diberikan. Walaupun hanya Perak, tetap dialah Hero di hati rakyat Malaysia. 

Semalam pun kita ada Azizulhasni yang menaikkan nama Malaysia di Olimpik. Dan juga Ken Nee turut menempatkan Malaysia antara top10 dalam sukannya. Bangga tak? Kita? Ada ke bagi sumbangan kat negara?

Selain YouTube #TwtupChongWei tu, banyak juga video penghargaan untuk Dato' Lee Chong Wei yang boleh kita tonton kat Youtube. Silakan Google..

~Dah tengok iklan STRANGERS oleh PETRONAS tu? 

Wira Yang Pulang..


Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei disambut ribuan penyokong sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi Selasa. Chong Wei sekadar menghadiahkan pingat perak kepada negara selepas tewas kepada pemain No.1 dunia, Lin Dan.

Pesan Dato' Lee Chong Wei..


"BAM (Persatuan Badminton Malaysia) perlu tukar sistem dan program pembangunan harus diperhebatkan."
Cukup pedas mesej yang disampaikan oleh jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei kepada BAM sejurus se- lepas meraih pingat perak dalam acara perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 di Arena Wembley, London kelmarin.
Menurut Chong Wei, selepas ini, BAM perlu fokus terhadap pemain junior dan berikan lebih banyak pendedahan kepada mereka di pentas antarabangsa.
Sebab itu katanya, program pembangunan sangat penting dan perlu diperhebatkan lagi jika mahu melihat pemain negara terus mengukir kejayaan pada kejohanan peringkat antarabangsa khususnya Sukan Olimpik.
"Saya sudah veteran dan mungkin boleh bermain dalam masa dua atau tiga tahun lagi. Sepatutnya sekarang kita sudah ada pelapis yang berdaya saing seperti China yang mempunyai ramai pemain hebat serta boleh menggegar dunia pada bila-bila masa sahaja.

A Bit Arrogant.


ESPN commentator had this to say of him: "Lee Chong Wei is such a great guy, but Lin Dan is a bit arrogant. Skills win you medals, but attitude wins hearts.

Kayu Nasi Kandar SS2- bagi makan FREE .

~jom serbu..
TAHNIAH DLCW.


PETALING JAYA: Restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar tetap menyediakan makanan percuma walaupun pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya meraih pingat perak dalam perlawanan akhir perseorangan di Sukan Olimpik 2012 di London.
Pengusahanya, Burhan Mohamaed berkata, beliau masih lagi menyediakan hidangan percuma pada Isnin dari pukul 7 petang sehingga 10 malam di cawangannya di SS2 di sini kerana Chong Wei telah membanggakan Malaysia.
“Dia (Chong Wei) masih lagi hero kita. Dia masih lagi jaguh kita,” kata Pengarah Urusan Original Penang Kayu Nasi Kandar pada Ahad.
“Bukan sesuatu yang malu meraih pingat perak Olimpik. Dia telah berusaha dengan sehabis baik. Saya akan teruskan dengan rancangan untuk memberi makanan percuma kepada para pelanggan saya sebagai tanda penghargaan dan inspirasi untuk Lee Chong Wei.”
Para pelanggan akan diberikan set hidangan berserta minuman kordial.
Terdahulu, restoran tersebut berhasrat untuk memberikan makanan malam secara percuma di salah satu cawangan restorannya sekiranya Chong Wei memenangi pingat emas.
Burhan menambah, beliau berharap agar semua rakyat Malaysia perlu merasai seperti mana yang dirasainya.

Lee Chong Wei.. u rocks.

Senyum Sikit.


ChurpChurp
Good Morning Churpers. We know its a gloomy day so here's some great news. Lee Chong Wei defeated Indonesia's Simon Santoso 21-12, 21-8 in only 36 minutes!!! Next stop, the quarter-finals!

menang lagi!!


~tahniah buat datuk LCW.. mengekang china dari meyapu bersih di Japan open 2010

(Reuters) - World number one Lee Chong Wei of Malaysia beat bitter rival Lin Dan of China 22-20 16-21 21-17 in the final of the Japan Open Super Series on Sunday.

The victory foiled another Chinese clean-sweep of the five titles on offer following total domination at the China Masters last week and the world championships in Paris in August.

But China still ended 4-1 with triumphs in the women's singles, the men's and women's doubles and the mixed doubles.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...