Nak Souvenier best?

Showing posts with label sakit perut. Show all posts
Showing posts with label sakit perut. Show all posts

Gastroenteritis...


Selain daripada makan benda-benda yang berminyak, pedas dan berlemak, gastroenteritis boleh disebabkan oleh stres emosi atau masalah dalam sistem penghadaman seperti penyakit refluks gastroesophagus (GERD), batu dalam hempedu, keradangan pankreas, ulser atau kanser usus. "Kadangkala, tiada sebab yang boleh diperoleh,” kata beliau.
Lim juga menasihati perubahan gaya hidup dalam menangani masalah sakit perut yang kerap.
“Ambil makanan secara sedikit dan kunyah makanan dengan baik. Hindari tabiat merokok, ambil alkohol dan kafein serta minuman yang bergas,” katanya.
Beliau juga menasihati agar mendapatkan rehat yang secukupnya selain mengurangkan tekanan dalam hidup.
Bagaimana dengan merawat sendiri?
“Walaupun ada kes sakit perut atau gastroenteritis boleh dirawat di rumah, anda perlu jumpa doktor jika berlaku kekerapan muntah, muntah darah atau ada darah dalam najis serta kesukaran dalam menelan makanan.
“Anda perlu dapatkan rawatan jika ada kesakitan antara bahagian dada dan pusat. Jumpalah doktor jika sakitnya berlanjutan selama beberapa hari,” tambah beliau.

TAYANG PERUT?

TAYANG PERUT?
INI RESEPI PERUT LEMBU..
NAK DETAIL.. SILA KE TERMINALHIJRAH.BLOGSPOT YE..


CARA MEMBUATNYA
Potong perut lembu sederhana kecil
Buah peria dibelah tengah, guna sudu dan keluarkan biji dibahagian dalamnya. Hiriskan sederhana nipis dan rendamkan dengan 1 sudu teh garam selama 20 minit,toskan
Panaskan 1 senduk minyak masak dan tumiskan semua bahan kisar, serai & jintan manis sehingga naik aromanya
Masukkan perut lembu dan kacau2kan biar sebati, diikuti peria dan kacau2 lagi
Masukkan santan pekat dan kacau2kan selalu
Apabila peria sudah lembut masukkan cili merah & tomato, diikuti gula dan garam secukupnya
Biarkan ia mendidih perlahan2 sambil dikacau2 selalu
Masukkan daun limau purut dan kacau sebentar saja dan terus ditutup api
Sedia untuk dihidangkan.

Ruhayurazali: Rindu../ Sakit Perut.

Salam Pagi buat kawan-kawan semua. Tulisan pendek pada pagi ini cuma nak kawan-kawan baca info kat blog Citarasa Rinduan ni:http://ruhayurazali.blogspot.com/2011/03/update-tentang-kesihatan-fil.html

Sakit perut ni memang dah biasa dah kan, terutama kalau tersalah makan/ keracunan makanan. Yang paling popular mestilah dikaitkan dengan gastrik.. (Ada antara kawan-kawan yang ada sakit gastrik ni?). Yang paling penting untuk mereka yang ada sakit gastrik ialah tak boleh skip waktu makan.. Nanti, ha.. padahle jawabnya.

Tapi, kalau selalu sangat sakit perut, dah makan ubat gastrik.. mungkinkah penyakit anda sama dengan FIL Citarasa Rinduan ni?.. Silala baca ye..

Dengan ini juga nak mengucapkan semoga FIL yang sedang sakit tu akan lekas sembuh. Sama doakan ye kawan-kawan.

~Siapa yang belum breakfast.. jom..(Awal sangat ke?.. Apa salahnye..)

Argh! Period pain! Senggugut.. 4

Komplikasi

Physical - Infertiliti (Tidak dapat mengandung)

Mental - stres, tidur terganggu

Rawatan

  1. Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
    Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.

  2. Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
    Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.

  3. Pil perancang. Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk:
    1. Mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi.
    2. Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.
    3. Kegunaan lainnya sebagai ubat pencegah kehamilan.

  4. Penggunaan Haba.
    Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.

  5. Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation").
    Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin ini menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit berkurangan.
Apakah rawatan yang boleh digunakan untuk Senggugut Sekunder?
Perubatan yang digunakan adalah bergantung kepada sebab Senggugut Sekunder dialami. Sila berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya

Argh! Period pain! Senggugut.. 3

Tanda-tanda

  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.
    1. Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.
    2. Senggugut sekunder. Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
      • Haid yang tidak tetap
      • Haid yang tidak tetap
      • Kesakitan antara haid
      • Pendarahan yang bertamban banyak
      • Lelihan dari faraj
      • Kesakitan ketika melakukan seks

      Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.

  2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  3. Loya dan muntah, cirit-birit.

Argh! Period pain! Senggugut.. 2

Epidemiologi

Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut1. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.

Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak2. Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.

Argh! Period pain! Senggugut.. 1


Pengenalan

Pendahuluan

Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.

Definisi Apakah itu Senggugut?

Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.

Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil "dysmenorrhoea". Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer

Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula.

Senggugut Sekunder

Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:

  1. Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.
  2. Cyst Ovari dan tumor
  3. Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.
  4. Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)
  5. Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)
  6. Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...