Nak Souvenier best?

Showing posts with label hariraya. Show all posts
Showing posts with label hariraya. Show all posts

Apa lagi Nikmat yang tak cukup bagi kita?

BERSYUKURLAH KITA DENGAN NIKMATNYA..


JITRA - Sayu hati seorang penoreh getah di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus di sini yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tanpa sebelah kaki apabila terpaksa dipotong akibat penyakit kencing manis yang ditanggungnya selama 15 tahun.
Suaid Mat Kasa, 54, hilang kaki kanan dari paras betis akibat jangkitan kuman dan terpaksa menjalani pembedahan pada 28 Jun lalu.
Menurutnya, dia menitiskan air mata apabila dimaklumkan oleh doktor Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bahawa jangkitan kuman itu semakin merebak dan bagi mengelak ia bertambah serius kaki itu perlu dipotong.
"Saya berasa sedih, namun terpaksa menerima takdir Tuhan. Pada mulanya amat terasa kehilangan kaki kerana sebelum ini mampu bergerak dengan bebas tetapi kali ini pergerakan terbatas.
"Tidak banyak kerja yang boleh saya lakukan termasuk menyara keluarga dengan menoreh getah," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya semalam.

Nak Beli Baju Raya Kat Mana?

Dah shopping baju raya?
Kat mana nak beli?
Ada orang tu dah sesiap beli 3 bulan yang lepas..

Ada yang tengah rancak mencari baju raya.
Nak belek=belek sendiri baju raya?
Atau tak kisah beli online?

Kat mana yang affordable nak beli ek?
Oh ya warna tema apa untuk hari raya tahun ni?
Fesyen apa yang up to date?

Banyak pula persoalan..
Susah susah,,
Recycle aja tahuntahun lepas punye..
KECUALI
badan dah naik.. Size bertambah..
:)
~Ada lagi ke tailor yang terima tempahan?

Setin biskut buat ibu ayah

~memang x mengenal budi macam ni kan.. bayangkan penatlelah ibubapa jaga dari kecil.. kalau kita berbuat baik kepada ibubapa kita akan datang anak2 kita akan berbuat baik pada kita.. begitu juga sebaliknya..

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
2010/08/31

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tidak mengenang budi apabila sanggup mengumpan ibu bapanya yang tinggal di sebuah rumah jagaan di sini, dengan setin biskut untuk memujuk mereka supaya jangan pulang ke rumah sempena Aidilfitri nanti, sebaliknya mahu mereka menyambut 1 Syawal di pusat jagaan itu.

SEDIH...pasangan warga emas terbabit  di Pusat Jagaan Warga Tua  Nur Ehsan.
SEDIH...pasangan warga emas terbabit di Pusat Jagaan Warga Tua Nur Ehsan.
Pada mulanya, kehadiran anak lelaki berusia 40-an itu disambut gembira pasangan warga emas berkenaan kerana menyangka mahu membawa mereka pulang menyambut hari raya bersama di rumahnya, tetapi lain pula berlaku.

Lelaki tidak mengenal budi itu sebaliknya memujuk ibu bapanya supaya beraya di pusat jagaan itu, malah enggan mendengar rintihan orang tuanya supaya tidak diperlakukan sedemikian.


Pengasas Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor, Norijah Bidin, berkata kisah sedih pasangan penghuni pusat jagaan warga emas itu mengakibatkan kakitangan di situ terkilan dengan perangai lelaki terbabit.


Menurutnya, anak pasangan berkenaan yang tinggal di luar bandar raya ini mendakwa dia sibuk pada Aidilfitri nanti sebagai alasan tidak dapat membawa pulang orang tuanya beraya di rumah.


“Hanya Tuhan mengetahui kegembiraan pasangan itu apabila melihat kelibat anak yang disangka mahu menjemput mereka pulang meraikan Aidilfitri bersama keluarganya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...