Nak Souvenier best?

Showing posts with label bonus duit raya. Show all posts
Showing posts with label bonus duit raya. Show all posts

Beraya Ke Mana?


May all of you find your EID DAY
filled with more happiness and
promise than you ever imagined.
This is a day to remember, a day to
enjoy, a day to wish
EVERYONE OF YOU every happiness.
May al the thoughs and wishes
that are being sent your way.
combine with bright and happy hours to make a
perfect day.
just for EID MUBARAK.
EID Mubarak /

Mari Niat Untuk Sedekah / Duit Raya.

Semalam Nur ada buat entry DUIT RAYA. Saja nak tanya pendapat tahun ni nak bagi duit raya ke tak?. Nak UP duit ke atau nak CUT DOWN duit raya tu? (oh kesiannya)

Namun rata-rata kawan-kawan komen lebih baik beri duit raya tu. Kena la ikhlas bagi. And then niatkan untuk bersedekah.. Lagipun rezeki yang kita dapat ie GAJI tu bukan semua hak kita kan.. Jadi dengan bagi duit raya tu dapatla kita berkongsi rezeki kita tu kan..

Kesimpulannya.. HARINI SIAPA YANG DAPAT BONUS TU SILA BELANJA YE.. 

Perlu ke bagi duit raya?

Sekarang ni kebanyakan orang dah sibuk mencari duit raya. Mencari dalam kata menukar duit raya la kan. Nak nak pula bank dah keluarkan nota duit baru. Pasti ramai yang menyerbu bank-bank untuk dapatkan DUIT RAYA baru. Ye la, nak raya ni mestilah semua nak duit baru. Tak rockla kalau dapat  DUIT RAYA LAMA.. (duit jugak tu.. jangan berkira sangat!)

Rasanya Raya tahun ni berapa nak bagi ye duit raya kat budak-budak yang datang rumah nanti?.. Gaji dah naik kan awal tahun haritu.. siap dapat BONUS HARI RAYA lagi.. so, kena naik la jugak ye duit raya tu. Atau kekal je nilai sama macam tahun lepas sebab GAJI NAIK, HARGA BARANG pun naik juga.. Kesimpulannya duit tu sama aja..

Atau tak payah bagi langsung la duit raya tu.. sebab tahun ni banyak nak belanja sebab nak tunang? nak kawin? nak dapat baby?..

Akhirnya.. bergantung pada diri sendiri ye.. Tepuk dada memasing..

Gaji Bulan Ogos 2012.

~macamana persediaan raya kawan-kawan? Bagi yang dah siap sedia, untungla tak payah nak fikir banyak2 bulan puasa ni. Boleh tumpu pada ramadhan ni. Kalau yang suka prepare last minute tu.. tinggal 10 hari lagi la nak buat persediaan. Seronoknya bagi mereka yang dapat BONUS tu kan. Jomla share-share .. hehe..

Dan juga tinggal 10 hari kita nak melipatgandakan amalan- mencari LailatulQadr. 
Ada yang bagi petua nak cari LailatulQadr juga kan.

Merujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2011, pembayaran gaji bagi bulan Ogos 2012 ditetapkan pada 13 Ogos 2012 (Isnin) bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka pada 19 Ogos 2012.

Selain itu, berikutan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 25 Julai 2012, pembayaran Imbuhan Tahunan & Bayaran Khas Prestasi pula akan dilakukan pada 09 Ogos 2012 (Khamis)
Bagi bulan September, pembayaran gaji adalah seperti yang telah dijadualkan iaitu  pada 25 September 2012 (Selasa).
Harap maklum dan sekian terima kasih.- sumber anm.

Kadar Harga Setem Kad Raya 2012.

Sumber : sinarharian online.

~Ada sesiapa yang dah terima kad raya?
Ada yang nak hantar kad raya pada NUR tak?
Kalau harga setem tak cukup, penerima tu pula yang kena denda kan..


KUALA LUMPUR - Sempena musim perayaan, Pos Malaysia hanya mengenakan kadar 50 sen bagi mengepos semua kad ucapan perayaan yang tidak melebihi 50 gram ke semua destinasi dalam negara.
Tawaran tersebut akan bermula esok sehingga 16 Feb tahun depan yang meliputi perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina, menurut Ketua Pengawai Eksekutif  Kumpulan Pos Malaysia Berhad Datuk Khalid Abdul Rahman dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata tawaran istimewa ini akan membolehkan rakyat Malaysia menghantar lebih banyak kad ucapan kepada sahabat handai dan sanak saudara pada kadar lebih rendah berbanding pos  biasa.
"Kadar rata pada musim perayaan itu adalah 16 hingga 28 peratus lebih murah berbanding pos biasa yang beratnya tidak melebihi 50 gram," katanya.
Beliau berkata orang ramai digalakkan mengepos kad-kad ucapan Hari Raya Aidilfitri sebelum 13 Ogos ini bagi memastikan kad ucapan yang dihantar tiba ke destinasi sebelum sambutan Syawal.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi Pos Malaysia di talian 1-300-300-300 atau di www.pos.com.my atau mendapatkan maklumat lanjut dengan berkunjung ke pejabat pos berdekatan.- Bernama

Penjawat Awam Tersenyum Lebar?

~BEST LA EK..
NAK TUMPANG GEMBIRA JUGE LA..

SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri bergantung kemampuan kerajaan.


"Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu RM500 sebelum dan selepas perayaan itu.

"Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji," katanya.


Menurutnya, pemberian bonus itu bukan sahaja meringankan beban mereka, tetapi penjawat awam dan pesara juga dapat menikmati kemeriahan Aidilfitri nanti.

“Kami berharap bonus raya dapat menceriakan sambutan hari raya dengan lebih bermakna memandangkan perbelanjaan mereka akan meningkat untuk persediaan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Cuepacs mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan

Dah survey baju Raya?.. atau dah siap pun?

Baru hari pertama Ramadhan, dah kecoh tentang baju raya ye?
Bukan apa.. persediaan awal.
Tapi DUIT BONUS belum dapat.



























NATASHA HUDSON dan Sharifah Sofia teruja menyambut Ramadan pada tahun ini.


TARIKH / LOKASI LIHAT ANAK BULAN SYAWAL2011. 29 OGOS.

TARIKH / LOKASI LIHAT ANAK BULAN SYAWAL2011. 29 OGOS.

KUALA LUMPUR - Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.
Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.
Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.
Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah.

Cabaran #2 iPad2: KUMPULAN F FOR FIRST. mysuperkids.

D-Dikisahkan kali ini kumpulan Kami.. Bermula F sebagai FIRST.
U-Untuk menyaingi kumpulan ABCDE, Cubalah saingi kalau berani.
I-Ini entry khas dari Kumpulan F for FIRST, nak tambat hati juri punye pasal.
T-Terdiri juri bijaksana MOMMY LYNA, yang Arif Neyra Shazeyra juga Lennymoriza.


R-Ramai kagum kekreatifan ABUYA HAYAT, idea asli dan berkualiti.
A-AZLINA nama panjang, LYNN nama pendek.. baikhati , geliga juga friendly.
M-MONA juga tak kurang hebatnya, bisa MENYENGAT macam Ajib #KLGANGSTER.
A-Ahli group F juga for FAISYA, sedap nama sebijak tuannya.
D-Dari ELISS pula, penguat kumpulan.. idea BERNAS juga segar dari ladang.
H-Harumnya kumpulan ibarat seharum FLORA FANA.
A-Adanya MOMMY GEE pemangkin semangat group ini.
N-NUR pula ahli terakhir grup ini, yang memang suke bagi link dan entry sebanyak-banyaknya kan..



“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyra & Lennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Bonus Kakitangan Awam Sempena Raya 2011. Sah..

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM SEMPENA RAYA 2011.
dari bhonline.

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

BOLEHLE MENUMPANG YE..

Adik... DUIT adik..

Tergesa- gesa aku menuruni kereta setelah kawanku bersetuju untuk menunggu seketika di tepi jalan besar di sebuah pekan sewaktu kami sama-sama dalam perjalanan pulang ke Kampung Halaman sempena LEBARAN suatu ketika dahulu. Pekan itu bukanlah pekan koboi sangat pun, cukup terkenal juga cuma belum dinaiktaraf menjadi bandar. 

Kusegera mempercepatkan langkah menyertai barisan manusia yang sedang sabar menunggu giliran untuk mengeluarkan DUIT dari mesin ATM itu. Disebabkan giliran yang agak terkebelakang, kumula memerhatikan keadaan waktu itu. 

Yang menarik perhatianku, ada seorang pemuda dalam lingkungan 20an, berpakaian kemeja T berseluar slack, juga sedang menunggu giliran di mesin ATM yang sama untuk mengeluarkan DUIT. Anehnya, tiapkali tiba gilirannya,sang pemuda segera memberi laluan kepada mereka yang beratur di belakangnya. 

Begitu juga bila tiba giliranku, perkara yang sama terjadi. Aku yang penuh tanda tanya segera melontarkan persoalan setelah urusan mengeluarkan DUIT ku selesai. Melihatkan riak wajahku yang peramah, tanpa segan silu sang pemuda meminta pertolonganku untuk mengeluarkan DUITnya. Sedikit terkejut, rupanya dia tidak tahu menggunakan mesin ATM ini.. Setelah memberi maklumatnya, dia meminta ku mengeluarkan sejumlah RM10. Benar! Sepuluh Ringgit sahaja!!!

Setelah melihat bakinya kunyatakan:" Adik-DUIT adik cuma ada empat ringgit sahaja. Tidak cukup untuk dikeluarkan.." "Oh begitu ye kak, terima kasih".. Terus sang pemuda berlalu dengan sedikit hampa tergambar di wajahnya setelah kadnya kupulangkan... Kuterkedu...

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah

JOM MAIN MERCUN..

JOM MAIN MERCUN.

Komander Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kelantan, Mazlan Che Hamid (dua,kiri) menunjukkan berbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM30,000 yang berjaya dirampas selepas menyerbu Pengkalan Haram Kubur, Kampung Tok Deh pada Jumaat lepas ketika sidang akhbar di sini. Dalam serbuan itu juga sebuah kenderaan jenis Naza Ria turut dirampas. - foto BERNAMA 

rm300,000? banyak tu...

~kagum dengan sikap datuk LCW ni.. harap- harap kalau kita jadi jutawan nanti dapatla contohi dia kan..


Chong Wei Derma Lebih RM300,000 Kepada Yakeb Sejak Dua Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei memberi sumbangan lebih RM300,000 kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) sejak dua tahun lepas dalam usahanya membantu kebajikan bekas atlet-atlet negara.

Chong Wei berkata sebanyak 50 peratus daripada pendapatannya yang diperoleh melalui sumbangan kerajaan dan badan korporat diasingkan untuk disalur kepada Tabung Kebajikan Atlet Yakeb.

"Tahun lepas saya telah memenangi tujuh kejohanan besar. Ini ditambah lagi dengan lapan kemenangan termasuk di temasya Sukan Komanwel di New Delhi dan saya tidak lupa untuk menyalurkannya kepada Tabung Kebajikan Atlet Yakeb.

"Jika kita berkemampuan, kita jangan lupa jasa atlet terdahulu kerana jika kita bersara daripada bidang sukan nanti, mungkin akan ada orang lain bantu kita bila dalam kesusahan," katanya kepada pemberita, di sini.

Najib umum duit raya untuk petugas awam dan pesara

~wah boleh beraya sakan la ye para penjawat awam kita.. dapat bonus lagi PM bagi.. bantuan khas kewangan namanya..

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.


"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.


Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...