Nak Souvenier best?

Showing posts with label MySuperkids blog. Show all posts
Showing posts with label MySuperkids blog. Show all posts

INSPIRASI BUAT DUIT ONLINE...

Melayari HAFIY.COM melalui kategori tertera:




“Entri ini ditulis untuk cabaran #6 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Hafiy Dot Com.

SELAMATKAN DUNIA.. GO GREEN..

TOGETHER we SAVE OUR EARTH.

Change FROM THESE
:
:
\/


TO THESE!!!
:
:
\/

with support FROM:

YOU MAY ALSO SAVE THIS!!!
:
:
\/
“Entri ini ditulis untuk cabaran #3 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Sentuhan Bayu

Alasan Tidak Menyusukan Bayi?.


Penyusuan susu ibu merupakan golden method untuk memberi kebaikan kepada bayi. Kesedaran ini amat perlu dan langkah memberi kesedaran kepada ibu di luar sana akan kepentingan penyusuan susu ibu haruslah disokong sepenuhnya oleh para ibu, bakal ibu termasuk juga golongan bapa.

Sedikit mengenai kebaikan penyusuan susu ibu secara ringkasnya memberi kebaikan kepada ibu dan bayi khususnya.
Buat para ibu, masalah berat badan selepas bersalin adalah ketakutan utama untuk mereka. Tapi, ketahuilah bahawa keadaan tersebut boleh diubah melalui penyusuan susu ibu yang mana akan dapat mengembalikan kelangsingan badan. Dari segi kesihatan wanita pula, ibu yang menyusukan bayi secara terus pasti akan dapat merasa perubahan tatkala hormon yang dirembeskan sewaktu penyusuan dapat membantu mengecutkan rahim. Dan ketahuilah bahawa, dengan penyusuan yang lebih kerap, amaun susu badan yang dihasilkan akan lebih bertambah!

Bayi yang mendapat susu awal atau kolustrum sangat bertuah kerana ia mengandungi imuniti terbaik bagi bayi. Selain itu, nutrien yang cukup dalam susu ibu adalah merupakan makanan terbaik untuk bayi. Ikatan psikologi/ telepati antara bayi dan ibu akan lebih erat melalui penyusuan susu ibu.

Jika dulu, halangan bagi menyusukan bayi diluar rumah termasuk dari segi pemakaian ibu yang tidak sesuai. Namun kini, usaha murni Mommy Lyna dan Kay melalui Bling Boutique” atau http://kurungmenyusu.blogspot.com/ amat memudahkan para ibu. Tiada lagi halangan dalam aspek pemakaian. Si ibu boleh berhias dan si bayi dapat menikmati anugerah terhebat susu ibu.

Gambar ini adalah contoh pemakaian untuk ibu menyusu.

MAKA, APA LAGI ALASAN IBU SEKALIAN UNTUK TIDAK MENYUSUKAN BAYI DENGAN SUSU IBU?..

“Entri ini ditulis untuk cabaran #5 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Bling Boutique

Kuasa GANYANG AEDES terletak di tangan kita.

Tatkala melihat iklan NUFFNANG  tentang KEMPEN GANYANG AEDES ini (seperti gambar di atas), hati terus tertarik untuk menerokai dengan lebih lanjut. Sesuatu yang baru bagi KEMPEN GANYANG AEDES yang dimuatkan pada kolum iklan NUFFNANG. Sesuatu yang lain dari lain.

Usaha KEMPEN GANYANG AEDES ini harus dipuji. Sememangnya kita semua tahu bahawa PENYAKIT DEMAM DENGGI yang disebabkan oleh NYAMUK AEDES adalah musuh utama negara. Penyakit yang boleh membawa MAUT ini sebenarnya boleh diELAKKAN.

Pabila 'klik' pada banner iklan NUFFNANG itu akan membawa pembaca sekalian pada laman web http://www.gayahidupsihat.my/ . Yang mana laman ini banyak memberi PENDIDIKAN KESIHATAN kepada pembaca sekalian tentang DEMAM DENGGI dan NYAMUK AEDES.

Berdasarkan pengalaman melayari LAMAN WEB tersebut, terdapat kuiz yang menarik untuk dijawab. Tiada hadiah, tapi ILMU YANG DIDAPATI amat lah bermakna. Sesuai untuk MELENTUR BULUH DARI REBUNG (maksudnya sesuai untuk kanak-kanak juga).  Bahasa pengantara adalah Inggeris -(simple English).

Jom berkongsi PENGETAHUAN tentang AEDES dan DENGGI.

- Soalan tentang longkang tersumbat ini, senang aja jawapannya. Kalau kat rumah ada longkang tersumbat- silakan membersihnya secepat mungkin.

- Kalau risaukan kepupusan binatang, jangan risau terhadap kepupusan nyamuk.

- Air bertakung juga adalah tempat pembiakan NYAMUK AEDES.

- Tiada yang dapat merubah seseorang kecuali dirinya sendiri. Mulakan dengan menjaga kebersihan rumah dan sekitarnya.

- Oke, yang ini kalau salah juga, kat mana pembiakan nyamuk- taktahu nak cakap apa.

-Soalan yang ini agak keliru.. Kalau nak tahu jawapan kenala tengok kat http://www.gayahidupsihat.my/.

- Jangan sesekali 'self-medicate' jika tidak pasti. Kunjungilah pusat kesihatan terdekat untuk memastikan ia bukan DENGGI.

- Soalan yang ini- kacang aja.

- kalau orang dewasa tak dapat jawab dengan betul cara JANGKITAN DENGGI macamana?..

- Cegahah dari akar umbi. Musnahkan TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.

-Ini adalah pengetahuan yang baru. Kawan kawan tahu tak?.. Cuba jawab.

- Nyamuk betina sahaja yang membiak/bertelur ye.


- jangan hidup seperti KERA SUMBANG. Perhatikan dan CAKNA la tentang kawasan kejiranan jua.
Jangan jadi MANGSA KEADAAN!

Bila kawan kawan dah berjaya jawab KUIZ itu.. bolehlah dapat gelaran : AEDES - BUSTER!!
Selain itu, laman web tersebut ada juga berkongsi tentang cerita atau pengalaman DEMAM DENGGI mereka. mereka adalah blogger hebat yang kongsi cerita supaya jadi pengajaran buat kita semua.
MARILAH SAMA SAMA KITA GANYANG AEDES.
Dan.
Amalkan GAYA HIDUP SIHAT.


Jom Ganyang Aedes
Aedes, Our Threats
Adele dan Aedes
Jangan Jadi Penyebab Denggi
My Dengue Story

CABARAN #4

Tema : Kesihatan
“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Vitamin Semulajadi

RAMADHAN & DUIT RAYA.

Apa makna RAMADHAN buat orang biasa biasa?
Bangun awal untuk sahur. Lepas Subuh tidur balik.(Kadang sebelum Subuh dah tertidur- jadi Subuh Dinasour). Walau Syaitan dah DIIKAT, tapi tabiat 11 BULAN itu bagai sebati dalam diri. Jam 8 terpacak untuk kelas/kerja. Topik pagi " Apa menu berbuka nanti" Macam-macam la resepi dikongsi. Yang ada blog sibuk buat entry berbuka semalam sebab tak sempat tulis hari sebelumnya. Dah tengahari, sibuk ke Pasar cari bahan mentah.. Zohor?-- Ke Pasar dulu la.. bila masuk petang barula tunai kewajipan Zohor. Lepak lepak lagi, kerja begitu begini, tak kurang bertukar katalog biskut raya lagi. Belum loceng berbunyi, dah siap berdiri di depan mesin ketik kad walhal belum time lagi.. (sanggup tunggu, kot terlepas seminit- rugi!!). Konon nak masak, tapi tak jadi. Ada DUIT lebih ( sebab dah bajet bonus DATANG nanti), terus lencong ke PARAM kat kiri.
TupTapTupTap belanja tak hati hati- habis semua nak dibeli.. (Takpe DUIT mendatang nanti, boleh simpan sebagai DUIT RAYA nanti.. Dah ibarat " dengar guruh di langit air tempayan dicurah ke perigi".. Sekali tak jadi hujan, ,menyesal gigit gigit gigi). Sampai rumah tidur dulu, Maghrib lambat lagi. Waktu kecemasan, baru terhegeh nak menyuci diri.. Asar pun seperti lipas kudung berlari. Azan Magrib aje dah penuh perut diisi. Sebab kalau kerjakan Maghrib dulu-alasan tak khusyuk perut berbunyi-bunyi.
Kenyang perut senang hati.
Ala kadar aje Maghrib dikerjai.
NAFSU mengantuk menghantui.. Isya' tangguh lagi. Layan mata, beradu dulu ikutkan kata hati.. Lalu terawih tak jadi lagi malam ni(ulang aje yang sama sejak hari satu lagi..).
Nasib baik terjaga lagi sebelum imsak.. Sempatle alas perut asal tak berkeroncong esok pagi.

NAK JADI BEGINI KE?.. ORANG LAIN DAH JAUH KEHADAPAN DIK OIII.. BERLUMBA KEJAR AMALAN DI BULAN RAMADHAN BARAKAH INI...

TAK SEDAR LAGI?...

~Semoga kita semua mendapat sedikit sebanyak pengajaran..

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Cabaran #2 iPad2: KUMPULAN F FOR FIRST. mysuperkids.

D-Dikisahkan kali ini kumpulan Kami.. Bermula F sebagai FIRST.
U-Untuk menyaingi kumpulan ABCDE, Cubalah saingi kalau berani.
I-Ini entry khas dari Kumpulan F for FIRST, nak tambat hati juri punye pasal.
T-Terdiri juri bijaksana MOMMY LYNA, yang Arif Neyra Shazeyra juga Lennymoriza.


R-Ramai kagum kekreatifan ABUYA HAYAT, idea asli dan berkualiti.
A-AZLINA nama panjang, LYNN nama pendek.. baikhati , geliga juga friendly.
M-MONA juga tak kurang hebatnya, bisa MENYENGAT macam Ajib #KLGANGSTER.
A-Ahli group F juga for FAISYA, sedap nama sebijak tuannya.
D-Dari ELISS pula, penguat kumpulan.. idea BERNAS juga segar dari ladang.
H-Harumnya kumpulan ibarat seharum FLORA FANA.
A-Adanya MOMMY GEE pemangkin semangat group ini.
N-NUR pula ahli terakhir grup ini, yang memang suke bagi link dan entry sebanyak-banyaknya kan..



“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyra & Lennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Cabaran #2:LINK JURI. contest iPad2 MySuperkids

KAWAN-KAWAN PESERTA YANG SAMA INGIN BERJAYA,
MEREBUT iPAD2 NAN SATU MENJADI CITA SEMUA,
DI SINI DENGAN RENDAH DIRINYA DI SENARAIKAN LINK JURI BIJAKSANA,
MENJADI PEMUDAH KALIAN DALAM MEREALISAINYA....

"takde DUIT,ramadhan PASTI suram,
tapi kalau TAKDE syukur,
RAMADAN akan datang tidak sempat dijengah.. macammana?"


SENARAI JURI:

Kumpulan A – alyrds a.k.a Ally Ardee Simin: & wan fatihanum
http://www.alyrds.com
 

Kumpulan B – Nor Haryati Yahaya

Kumpulan C – fazya nisa’ & Adam Mohamad.
 http://fazya.blogspot.com

Kumpulan D – amyz

Kumpulan E – Almiraz: dan Halen.
www.almiraz.blogspot.com


Kumpulan F – neyra shazeyra &  Lennymoriza,
 

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Adik... DUIT adik..

Tergesa- gesa aku menuruni kereta setelah kawanku bersetuju untuk menunggu seketika di tepi jalan besar di sebuah pekan sewaktu kami sama-sama dalam perjalanan pulang ke Kampung Halaman sempena LEBARAN suatu ketika dahulu. Pekan itu bukanlah pekan koboi sangat pun, cukup terkenal juga cuma belum dinaiktaraf menjadi bandar. 

Kusegera mempercepatkan langkah menyertai barisan manusia yang sedang sabar menunggu giliran untuk mengeluarkan DUIT dari mesin ATM itu. Disebabkan giliran yang agak terkebelakang, kumula memerhatikan keadaan waktu itu. 

Yang menarik perhatianku, ada seorang pemuda dalam lingkungan 20an, berpakaian kemeja T berseluar slack, juga sedang menunggu giliran di mesin ATM yang sama untuk mengeluarkan DUIT. Anehnya, tiapkali tiba gilirannya,sang pemuda segera memberi laluan kepada mereka yang beratur di belakangnya. 

Begitu juga bila tiba giliranku, perkara yang sama terjadi. Aku yang penuh tanda tanya segera melontarkan persoalan setelah urusan mengeluarkan DUIT ku selesai. Melihatkan riak wajahku yang peramah, tanpa segan silu sang pemuda meminta pertolonganku untuk mengeluarkan DUITnya. Sedikit terkejut, rupanya dia tidak tahu menggunakan mesin ATM ini.. Setelah memberi maklumatnya, dia meminta ku mengeluarkan sejumlah RM10. Benar! Sepuluh Ringgit sahaja!!!

Setelah melihat bakinya kunyatakan:" Adik-DUIT adik cuma ada empat ringgit sahaja. Tidak cukup untuk dikeluarkan.." "Oh begitu ye kak, terima kasih".. Terus sang pemuda berlalu dengan sedikit hampa tergambar di wajahnya setelah kadnya kupulangkan... Kuterkedu...

“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyraLennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah

Aku terus nekad memakai tudung..

ntah kenapa menjelang tahun baru 2000, aku terus nekad memakai tudung sepenuhnya, dan sepanjang masa. bukan sebab mak abah aku bising. bukan sebab ikut member. bukan sebab undang-undang kolej. tiba-tiba terbukak hati. itu aku kira merupakan kelahiran baru aku sebagai insan bernama muslimah. doakan aku terus diberi hidayah. kisah tudung korang macamana pulak?

sumber: http://syigimsharif.blogspot.com/2011/07/kelahiran-cabaran-1-contest-ipad.html

~Ada kawan-kawan yang nak kongsi kisah juga ke?..
contest MySuperkids.net.

MYSUPERKIDS.NET.

Pernah dengar atau baca atau perasan tak tentang sebuah blog dengan url MYSUPERKIDS.NET ni?.. Mungkin bagi golongan ibu ibu dan jarang jarang untuk bapak bapak pernah atau kenal dengan pemilik My Super kids ni. Dengan tajuk laman iaitu BLOG TO THE NEXT LEVEL, memang diakui blogger ini mempunyai fakt0r X. Bukan hendak memuji apalagi mempengaruhi tetapi entry ini hanya untuk disimpan sebagai ingatan di kemudian hari serta rujukan jika berkaitan.

Pemilik MYSUPERKIDS.NET ini juga bukanlah calang calang individu. Sepanjang mengenal beliau di Alam Maya, sangat teringin untuk berkenalan denganya lebih rapat namun ... Mempunyai gaya penulisan hebat- mungkin sebab kerap buat assigments ye masa blajo dulu.. Peribadi ini amat menyenangi setiap bait tulisannya.

Setiap entry beliau bermanfaat. Tidsk boleh dibandingkan dengan blog ALL IN ONE ini.. Ibaratnya panggang dari api..segala yang tulis pasti ada sesuatu untuk dibawa pulang. Santapan minda, motivasi serta pelbagai tips digarap dengan baik menjadikan tidak jemu membacanya. Jika berkesempatan, ingin sekali menerima ilmu direct dari beliau. Dan beliau MOMMY LYNA .. Seorang ibu, wanita hebat!! Yang baru baru ini menerima kehadiran anak ke3..

Envy?

KELAHIRAN PILIHAN HATI..

Misi untuk melayari entry kawan-kawan yang sama berebut iPad2 yang satu.. (satu je ke?.. Mommy Lyna bagi le extra- lebih peluang nanti.. hehe). Apapun.. usai membaca entry-entry tersebut, bak kata MommyLyna.. macam-macam gaya penulisan yang ada..

Inilah KELAHIRAN pelbagai idea dari segenap lapisan masyarakat. Ikatan persahabatan ALAM MAYA yang terjalin adalah 'amazing!'.. Walau GENRE blog berbeza sama sekali. Macam blog ALL IN ONE ini yang tidak se GAH blog mereka yang lain. Penulisan biasa-biasa sahaja.. Dan tidak mampu meruntun jiwa pembaca.. TETAPI sangat suka update entry.. Kadang berisi, kadang berinformasi dan lebih banyak idea basi..


Apapun, entry ini untuk MOMMYLYNA aka HAKIM BESAR cabaran iPad2 MySuperkIds.net.. Berikut adalah entry-entry yang dirasakan yunik!!

Dan sudah pastinya:

TAK BERTANGGUNGJAWAB PUNYA AYAH!!!

Nak berkongsi kisah- bukan original-
-empati-

Seorang ayah, memasuki tren bersama anak-anak kecilnya. Dia terus meluru ketempat duduk. Duduk sambil menutup mata (tidur agaknya- detik hatiku..). Kuperhatikan, anak-anaknya tidak betah dalam tren itu, berlari sepanjang coach sambil menyanyi dan bergelak ketawa(membuat bising). Penumpang lain sama sepertiku.. memandang kanak-kanak itu ,kemudian mengalih pandangan kepada bapa itu..(tak bertanggungjawab punya ayah-biarkan anak-anaknya membuat bising mengganggu ketenangan yang lain.)

Membuak perasaan bercampur baur(marah terutamanya..), kudekati sang ayah..(niat untuk menegur perlakuannya:  membiarkan anaknya membuat bingit!!). Salam berjawab, soalan dikemukakan.. Ujarnya..
"Saya mempunyai seorang isteri dan keluarga yang bahagia. Sehingga minggu lepas isteri dimasukkan ke wad disahkan berpenyakit. Sudah seminggu anak-anak tidak dapat bersemuka ibu mereka. Hari ini saya berjanji untuk membawa anak-anak berjumpa ibunya, dengan gembira mereka telah bangun dan bersiap seawal pagi. Sejurus keluar rumah tadi, saya menerima panggilan yang isteri saya telah kembali ke rahmatullah. Kini saya bingung tidak tahu apa yang harus diperkatakan..."

Sendiri: Gulp!

Catatan: Ahmad.... suatu pagi dalam perjalanan ke ofis.
**************************************************************
“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh ADAM MOHAMAD”



..CAIYOK CAIYOK KUMPULAN J..

KUMPULAN J


  1. JUANITA:
  2. NUR
  3. MOMMY GEE:
  4. FLORAFANA:
  5. HASYIMAH ABDUL WAHID:
  6. UMMI AMNA AMZAR:
  7. BIBIMIE:
  8. ERIN:
  9. LIN AZLINA:
  10. DEEJA:
 (kisah di atas diadaptasi )


PERINGATAN!!!


PERINGATAN!!!
jadi sekiranya anak anda bukanlah seorang yang dikategorikan sebagai cemerlang dalam akademik apa yang perlu anda lakukan adalah tetapkan dalam diri mereka dengan usaha dan tawakal insya allah mereka juga mampu berjaya


~Betul apa yang dituliskan kat atas tu. Dah pernah lihat di mana seorang yang tidaklah cemerlang pada zaman persekolahannya.. Tapi berkat doa ayah ibunya serta kesungguhan beliau, kini mampu hidup senang menyara keluarga.. Dapat juga masuk U walau keputusan hanya cukup makan.

Kata kunci nya adalah rajin rajin dan rajin serta tabah berusaha. Pasti ada ganjaran walau sedikit pun. Marilah sama-sama merajinkan diri.. (ingatan terutama yang baru lepas dapat result SPM dua hari lepas ye..)

Busines kecil-kecilan..


Ya, saya dah mulakan busines kecil-kecilan saya..... jual brooch, handmade and readymade accesories. Setakat ni saya jual offline. Jualan online belum bermula kerana saya belum puas hati dengan kualiti gambar dan layout pada website. Customer satisfaction penting dalam nak bisnes ni kan....

~Berniaga online.. banyak mendatangkan keuntungan ke?.. Mestilah.. kalau pandai menjual.. Hatta offline sekalipun.. banyak perkara yang perlu diteliti untuk meniaga kan..

Kalau tak pernah meniaga, agak-agaknya boleh tak berjaya?.. Kena belajarla kan untuk berjaya. Lagi satu kena pandai dan rajin promosi perniagaan. kalau bagi servis yang baik.. pasti ada yang datang cari kan?..

Kalau tuan blog ALL IN ONE ni nk meniaga.. Agaknya ada sambutan tak?.. (meniaga apa tah..)

Orang yg wat "crush diet" la..


1. Orang Malaysia ni suka sangat wat "crush diet"
Bila dah terasa badan berat, kite pun mula la excited nak turunkan badan TAPi yg jadi masalahnye, tekad tu takde..takat cakap kat mulut je nak kurus la tp usaha tak mau..Lepas tu berharap untuk turunkan 10kg dalam sekelip mata sedangkan masa sendiri menternak badan sampai naik berpikul2 kilo beras tu takde lak kisah..So, hentikan wat "crush diet"..kalo anda amik masa mungkin more than 5 years to gain current weight, why not you try to lose ur weight in 1 years not in 1 day or 1 week or 1 month..Percaya lah..orang yg wat "crush diet" la akan naik berat 2 kali ganda dari berat yg berjaya diturunkan...

~Artikel yang bagus bagi mereka yang nak memahami cara sebenar untuk diet. Betul kata tuan penulis, kebanyakan nak cepat.. jadi ambil jalan pintas dengan terus tak makan. Hasilnya memang cepat juga tapi memudaratkan. Tersilap langkah boleh jadi terbalik pula.. Terus naik berat badan berkaliganda dari yang asal.

Sama-sama fikirkan dan amalkan yang sebetulnya.. Nak baca lagi.. Ni dia:

Best tak ada photobook?


The Scope

Varies ikut keadaan semasa. Ai boleh .....

1) Customise photobook utk korang (wedding boleh, kisah anak2 boleh, plain koleksi yearly book boleh.. up to you babeh.. )
2) Designkan logo utk company korang (korang cakap aje korang nak cemana, nnt ai pk, kalau ai rase boleh buat ai cuba .)
3) Web Design pun ai boleh la sikit2 (but this one mmg kena sit down or email la ai panjang lebar requirement korang tuh.. )
4) Banner ? Pamplet ? dan dot dot dot..

* sebenarnya dah lama pun buat keje2 kat atas tapi semuanya suke-suke & bantu membantu rakan-rakan. Hehehhe.. Kalau nak wat portfolio boleh dah nih.. ((nanti bila rajin kena gak buat satu page portfolio). Tapi since ai bukanlah gila hebat & kreatif bangattt.. so kalau ada kekurangan bagitau la dekat ai utk diperbaiki.

Entry promosi ni..

- Best tak ada photobook?.. Beza tak dengan album?.. Sudah tentula kan.. Azam baru untuk hari ini.. nak memiliki photobook sendiri.. Kalau free lagi best kan?.. Kalau bayar.. erk.. liat sikit.

Terfkir: barang free biasanya kurang dihargai berbanding barang yang didapatkan dengan usaha/ bayar sendiri.. Anda setuju atau tak?.. silakan..

Tak tido menyiapkan kerja rumah


Pernah dalam Season 1 Desperate Housewives (woh! Season 7 Episode 15 dah ada ye!), Lynatte Scavo addicted dengan ADD Medication semata-mata untuk tak tido menyiapkan kerja rumah n menjahit baju anak dia utk role-play sekolah. Mula-mula, cam best je ADDkan? hehe. acahje. bila buat research sikit, ada yang lebih bagus dari ADD. Apa dia? sikit je lagi kita bagi tau apa dia.
dari:

~Simple dan nice entry...
~Kalau sebut Desperate Housewife ni, pasti ramai yang tengok adalah golongan surirumah. eh ye ke?.. Mungkin juga la kan.. Takkan la kaum bapa layan juga tengok cerita ni.. Apa cerita yang kaum bapa tengok ye?.. Imam Muda? Saluran Sukan la kan..

- Pernah tak tido tak?.. Kalau pengalaman sendiri, pernah juga la.. Hari pertama selepas tu rasa bertenaga je.. tapi hari kedua tu akan pening banyak.. Pastu dah menyesal... Lain kali tidur mau kasi cukup ye..

Ibu kambing susukan anak kambing,


Saya paling tidak boleh lupa kata-kata daripada Pn Jasmin masa saya hadiri antenatal class kat DEMC...

" baliklah pada fitrah..ibu kambing susukan anak kambing, ibu lembu susukan anak lembu.Jadinya MANUSIA KENALAH SUSUKAN ANAK MANUSIA..takkan IBU LEMBU SUSUKAN ANAK MANUSIA"

Internet pun dah ade skang..tak susah untuk kita cari ilmu breastfeed ni..kalo dapat Ipad nanti lagi la senang sy nak surf blog sarakids.com..touch sana sini sahja..skang sakit mata tgk tru iphone..hehehe


~Suka juga la dengan ayat oleh Puan Jasmin tu.
Nice entry.. penulisan yang simple dan jelas.
Semoga tuan penulis berjaya dengan azam beliau.

Jangan kedekut!


Kalau dapat iPad ni memang cun lah sangat. Semakin rajin aku study. Orang kata, semua jadi mudah dengan teknologi. Memang mudah sangat-sangat, orang lain datang kelas bawak nota dan buku banyak-banyak, aku pulak bawa sekeping iPad.hihi. Lagi satu, masalah aku yang selalu lupa bawa nota yang betul mungkin dapat dielakkan sebab semua dalam iPad. Lepas tu nanti aku jadi pangkalan data nota kelas pulak tapi takpe dengan teknologi dan kemudahan yang aku ada, aku tak kedekut nak kongsi sama. Feel free to see me for the notes guys. Haha.. Sharing is caring. Am i right? =)


~Up to date kalau ada gadjet-gadjet ni?.. Mestila kan.. Asal ada je yang baru kat pasaran mesti nak grab satu.. Itu kalaulah duit macam air.. bagi yang tak berkelayakan ni.. tengok je la.. baca je kat blog orang-orang yang dah guna tu.. Tumpang hepi..

Kalau nak ikutkan.. gadjet terbaru pasti takkan habis punye.. mesti tiap hari ada je idea yang mendatang.. tak mustahil kan..

Oh ye.. jangan kedekut ILMU ye.. ilmu BAIK yang disebarkan akan dapat pahala..

Korang tak bangga ke...


Wahai blogger sekalian..
Kita tatau sejauh mana artikel kita dapat mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu.
Kita juga takkan sangka sejauh mana artikel kita dapat mengubah paradigma sesesorang.
Kita juga takkan sangka melalui artikel kita, kita dapat menjana inspirasi seseorang.

Korang tak bangga ke kalau sebab artikel korang, korang berjaya mengubah seorang stay-at-home-mother jadi working-at-home-mother.
Korang tak bangga ke sebab artikel korang, korang berjaya ubah seorang pompuan/laki yang tangan kayu jadi kreatif.
Korang tak bangga ker sebab artikel korang, si isteri yang nak masak megi pon tak reti tiba-tiba reti masak rendang tok. Laki pon sayang berganda-ganda sebab bini dah pandai masak rendang tok.

~Satu entry yang cukup panjang. Berinformasi dan siap buat perbandingan yang baik, Memang asyik bila membacanya. Menulis dengan baik amat baik sekali.. Mesejnya sampai..

Kawan-kawan nak baca juga artike itu?.. Bagi yang ada masa boleh jenguk: http://show-me-the-love.blogspot.com/2011/03/mombloggersplanet-mbp-vs-mysuperkids.html
Bagi yang belum ada masa, bookmark dulu.. Nanti baca la.. Tak rugi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...