Nak Souvenier best?

TAK BERTANGGUNGJAWAB PUNYA AYAH!!!

Nak berkongsi kisah- bukan original-
-empati-

Seorang ayah, memasuki tren bersama anak-anak kecilnya. Dia terus meluru ketempat duduk. Duduk sambil menutup mata (tidur agaknya- detik hatiku..). Kuperhatikan, anak-anaknya tidak betah dalam tren itu, berlari sepanjang coach sambil menyanyi dan bergelak ketawa(membuat bising). Penumpang lain sama sepertiku.. memandang kanak-kanak itu ,kemudian mengalih pandangan kepada bapa itu..(tak bertanggungjawab punya ayah-biarkan anak-anaknya membuat bising mengganggu ketenangan yang lain.)

Membuak perasaan bercampur baur(marah terutamanya..), kudekati sang ayah..(niat untuk menegur perlakuannya:  membiarkan anaknya membuat bingit!!). Salam berjawab, soalan dikemukakan.. Ujarnya..
"Saya mempunyai seorang isteri dan keluarga yang bahagia. Sehingga minggu lepas isteri dimasukkan ke wad disahkan berpenyakit. Sudah seminggu anak-anak tidak dapat bersemuka ibu mereka. Hari ini saya berjanji untuk membawa anak-anak berjumpa ibunya, dengan gembira mereka telah bangun dan bersiap seawal pagi. Sejurus keluar rumah tadi, saya menerima panggilan yang isteri saya telah kembali ke rahmatullah. Kini saya bingung tidak tahu apa yang harus diperkatakan..."

Sendiri: Gulp!

Catatan: Ahmad.... suatu pagi dalam perjalanan ke ofis.
**************************************************************
“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh ADAM MOHAMAD”



..CAIYOK CAIYOK KUMPULAN J..

KUMPULAN J


  1. JUANITA:
  2. NUR
  3. MOMMY GEE:
  4. FLORAFANA:
  5. HASYIMAH ABDUL WAHID:
  6. UMMI AMNA AMZAR:
  7. BIBIMIE:
  8. ERIN:
  9. LIN AZLINA:
  10. DEEJA:
 (kisah di atas diadaptasi )


12 comments:

SoLy SoLicious said...

eee... ade jugak masyarakat kita macam tu sifatnye....geram jugak ni..haisshh

Rozita Ceritaita said...

Ya Allah.... entry yang berjaya menyentuh kalbuku....

Mama Kembar Tiga said...

Ya Allah sedihnya baca n3 ni, terkedu rasanya :-(

Lissa said...

mesti dia menyesal tak bawak anak nya jumpa awalkan. kesian. :(

amira aihara said...

mula2 bce 2 geram jgak ngan lelaki tu...tpi bila thu situasi dia yg sbenar,tetiba rse terkedu...sedih..

faraherda.razalan said...

Sedih....hari ini emosi sy tak tenteram mengenangkan anak sy yg demam. Dan tiba-tiba entri ini......

=(

Saya perlu belajar sentiase bersyukur.

Fauziah said...

kita boleh berkata tentang sesuatu tapi sebenarnya tak tau apa sebenarnya yang terbuku.

Rosmawani♥ said...

ayah die letih kot :P tapi mmg xptut ler..

>>datang dr gegar blog julai.. dh follow, jom follow sy jgak untuk semangat bblog :)
rizaros.blogspot.com

Nasz said...

salam kenal...

dah follow awak..

jemput join segmen simple saya..

SEGMEN SIMPLE : JOM KOMEN ENTRY SAYA ...

Miecyber said...

Sedihnyer entri nie....

Blog Baru >> http://savebudget.net

Erin - Ibu Qistina + Qaisara + Qamilia said...

Salam, Nur ni entry saya.....

http://erinhakim.blogspot.com/2011/07/cabaran-1-kelahiran.html

Unknown said...

Pengajarannya, "jgn menghukum sesuatu yg tidak pasti kebenarannya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...