Nak Souvenier best?

Showing posts with label khasiat susu. Show all posts
Showing posts with label khasiat susu. Show all posts

Nak Tidur Lepas Subuh?.. SUSU ...

RUGI MA TIDUR LEPAS SUBUH.. JOM BACA PAPER YG BELUM DIBACA..


Derma susu

“Laman sosial Facebook dijadikan medium perhubungan kerana ia praktikal dalam menyebarkan maklumat dengan pantas.

“Ia seperti papan notis yang memberitahu ada ibu yang ingin menderma dan ibu yang memerlukan susu untuk bayinya,” ujar Nadine Ghows, 34, ketika ditemui Jurnal di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Komuniti maya ini turut menjadi tempat para ibu, bapa, penderma dan penerima berkongsi pengalaman, menyokong dan membantu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan susu ibu.

“Selain menjadi jambatan perkongsian susu ibu yang menemukan penderma dan penerima, HM4HB juga secara tidak langsung melindungi hak bayi dalam mendapatkan sumber makanan yang sihat.

“Susu ibu, rezeki biologi normal kepada manusia. Ia adalah sumber terbaik yang mengalir bebas dan perlu dikongsi supaya tradisi penyusuan susu ibu dapat diteruskan.

“Ia juga memberi harapan baru kepada para ibu yang memerlukan stok susu tambahan.

“Sokongan seperti ini dapat mengelak si ibu tertekan kerana stok susu mereka tidak cukup atau mereka rasa gagal memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka,” jelas salah seorang penyokong aktif HM4HB, Ayuni Zainuddin, 27.
WHAT SAY YOU?- kosmO-

Ibu kambing susukan anak kambing,


Saya paling tidak boleh lupa kata-kata daripada Pn Jasmin masa saya hadiri antenatal class kat DEMC...

" baliklah pada fitrah..ibu kambing susukan anak kambing, ibu lembu susukan anak lembu.Jadinya MANUSIA KENALAH SUSUKAN ANAK MANUSIA..takkan IBU LEMBU SUSUKAN ANAK MANUSIA"

Internet pun dah ade skang..tak susah untuk kita cari ilmu breastfeed ni..kalo dapat Ipad nanti lagi la senang sy nak surf blog sarakids.com..touch sana sini sahja..skang sakit mata tgk tru iphone..hehehe


~Suka juga la dengan ayat oleh Puan Jasmin tu.
Nice entry.. penulisan yang simple dan jelas.
Semoga tuan penulis berjaya dengan azam beliau.

Breakfast Minum Susu?.. Tak Suka!! / Khasiat Susu.

Siapa tak suka minum susu sila angkat tangan!! Ada juga ya individu yang kurang menggemari susu.. Cuba bagitau kenapa ye kawan kawan.. Tak suka sebab rasabnya yang kurang enak?.. Atau memang tak boeh minum susu sebab allergic?..

Biasanya kalau bab bab alleric ni melibatkan baby-baby la.. Sebab sesetengah baby tak boleh minum susu lembu. Maka terpaksa la bagi susu berasaskan soya la kan.. Tapi apa pun jenis susu, yang paling terbaik untuk bayi adalah susu ibu!!

Kawan-kawan breakfast apa ye pagi ni?.. Ada yang minum susu?..- Susu merupakan sumber kalsium penting untuk tubuh ye.. Dan mengikut kajian :kebanyakan wanita Malaysia hanya mendapat 50 peratus daripada keperluan kalsium harian mereka.

Jisim tulang memuncak pada umur 30 tahun dan mula merosot. Oleh itu, pengambilan kalsium yang mencukupi daripada makanan harian adalah amat penting. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dan jika berterusan boleh menyebabkan osteoporosis terutama di kalangan wanita yang usianya telah meningkat.

~Pesanan untuk kawan-kawan, maksimumkan pengambilan kalsium sebelum umur 30 untuk mendapat jisim tulang maksimum sebelum ianya merosot... Kalau tak boleh minum susu.. Cuba alternatif kalsium yang lain ye kawan-kawan.. Jom Breakfast semua..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...