Masih belum BERSIH... inboxku.
Beraya Ke Mana?
Perlu ke bagi duit raya?
Rasanya Raya tahun ni berapa nak bagi ye duit raya kat budak-budak yang datang rumah nanti?.. Gaji dah naik kan awal tahun haritu.. siap dapat BONUS HARI RAYA lagi.. so, kena naik la jugak ye duit raya tu. Atau kekal je nilai sama macam tahun lepas sebab GAJI NAIK, HARGA BARANG pun naik juga.. Kesimpulannya duit tu sama aja..
Atau tak payah bagi langsung la duit raya tu.. sebab tahun ni banyak nak belanja sebab nak tunang? nak kawin? nak dapat baby?..
Akhirnya.. bergantung pada diri sendiri ye.. Tepuk dada memasing..
Harta Milik Kita.
apa yang kita makan itu.
dan
apa apa yang kita sedekahkan..
itula harta milik kita.
Mana yang paling untung?
Investment?
Durian Runtuh!,, $$$$$.
Guru terkejut akaun bank ada RM30.59 bilion
KOLKATA, India - Seorang guru sebuah sekolah tinggi di sini yang mempunyai gaji bulanan sebanyak AS$700 (RM2,170) terkejut apabila dalam pemeriksaan rutin dalam online yang dibuatnya mendapati akaun banknya mempunyai baki hampir AS$10 bilion (RM31 bilion).
Guru itu, Parijat Saha (gambar), 42, dari bandar Balurghat, negeri Bengal Barat berkata, dia memeriksa akaun Bank Negara India menerusi online pada Ahad lalu untuk mengesahkan penerimaan bayaran faedah sebanyak AS$200 (RM620).
"Saya terkejut melihat jumlah yang terlalu banyak," katanya.
Akaun itu menunjukkan baki sebanyak AS$9.87 bilion (RM30.59 bilion).
Nak Pinjam Duit Boleh?
KUALA LUMPUR - Bank-bank perlu mengurangkan kerenah birokrasi semasa meluluskan pinjaman kepada usahawan, kata Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir.
Beliau berharap kerajaan akan melihat kepada masa yang diambil bagi pinjaman perniagaan diluluskan bagi membantu usahawan mengembang atau memulakan perniagaan mereka pada pembentangan bajet akan datang.
"Kami berharap kerajaan akan melihat kepada isu ini bagi membantu semua peringkat perniagaan terutamanya usahawan dan pedagang peringkat pertengahan dalam membangunkan perniagaan mereka.
"Kami juga berharap kerajaan akan memberi penekanan kepada semua institusi kewangan supaya menyediakan bantuan kepada usahawan,” katanya mesyuarat agung tahunan Perdasama di sini hari ini.
Beliau berkata, pada masa ini, bank-bank mengambil masa yang lama untuk meluluskan pinjaman bagi perniagaan dan biasanya, nilai pinjaman diluluskan kurang daripada yang dipohon.
"Sekiranya kita mahu negara kita maju, kita perlu mengiktiraf usahawan. Sekiranya usahawan membuktikan bahawa beliau mempunyai budaya perniagaan, bijak dan pintar, bank seharusnya mencarinya, bukan sebaliknya.
"Kita perlu melahirkan lebih banyak usahawan muda. Jadi saya menyarankan agar bank-bank mengambil lebih banyak risiko untuk membantu mereka,” katanya. - Bernama
Cabaran #2 iPad2: KUMPULAN F FOR FIRST. mysuperkids.
U-Untuk menyaingi kumpulan ABCDE, Cubalah saingi kalau berani.
I-Ini entry khas dari Kumpulan F for FIRST, nak tambat hati juri punye pasal.
T-Terdiri juri bijaksana MOMMY LYNA, yang Arif Neyra Shazeyra juga Lennymoriza.
R-Ramai kagum kekreatifan ABUYA HAYAT, idea asli dan berkualiti.
A-AZLINA nama panjang, LYNN nama pendek.. baikhati , geliga juga friendly.
M-MONA juga tak kurang hebatnya, bisa MENYENGAT macam Ajib #KLGANGSTER.
A-Ahli group F juga for FAISYA, sedap nama sebijak tuannya.
D-Dari ELISS pula, penguat kumpulan.. idea BERNAS juga segar dari ladang.
H-Harumnya kumpulan ibarat seharum FLORA FANA.
A-Adanya MOMMY GEE pemangkin semangat group ini.
N-NUR pula ahli terakhir grup ini, yang memang suke bagi link dan entry sebanyak-banyaknya kan..
“Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh neyra shazeyra & Lennymoriza dan ditaja oleh Adorable Muslimah“
Adik... DUIT adik..
Duduk Goyang Kaki Tunggu Duit Masuk...
Dah biasa dah baca ayat-ayat macam ni.
Ni bukannya AYAT-AYAT CINTA ye kawan- kawan.
Kalau macam ni ayat cinta, memang itu CINTA MATERIALISTIK.
Penyelesaian untuk tajuk kat atas?
Betulke ada cara untuk dapat duit tanpa buat apa-apa kerja?..
Betul.. Betul.. Betul..
Betul la dah kena tipu camtu.
Memang tak ada nye duduk goyang kaki dapat duit..
Kecuali pengemis jalanan- untuk kategori duduk..
Kalau kategori peminta bantuan sedekah tu , dia ada juga jalan dari meja makan ke meja makan yang lain.. Penat juga tu..
Kita ni kan, asal ada je DUIT FREE pasti terbuka luas mara tu kan. Ye la , siapa taknak kalau murah rezeki...
Pernah terdengar yang rezeki yang kita dapat tu sebahagiannya adalah hak orang lain. Maka sebab itu kena kongsi- kongsikan ye.. Betul tak?
Kalau salah minta diajarkan...
Apa pun, kenapa pun.. Pepandaila kita nak hidup.. Jangan terjebak sudah.. Setiap perkara tu kena fikir dan selidik dulu..
( menulis berdasar pengalaman.. Kadang berfikir tu mengambil masa agak panjang.. Tetapi lebih baik terlewat daripada tak sedar langsung yang kena tipu sudah.. Nasib baik... )
“Money not a big thing. Apa yang penting,
Harga gula naik lagi..
Sebelum masuk beradu, nak juga bercerita lagi.
Tadi kat twitter the star Ada kisah gula naik harga lagi.
Mula - mula start dengan minyak..
Sekarang ni gula pula kan?
Lepas ni pasti harga minuman Akan bertambah.
Gaji pekerja tetap takat tu juga.
Tak kira awam/ swasta.. Pekerja p&p atau sokongan..
Semuanya pasti terkesan dengan kebaikannya harga barangan ni.
Pernah terbaca tentang kos tambahan purata meningkat sebanyak rm500.
Nak komen banyak- banyak pun tak larat..
Harga barang tetap Akan naik.
Pembeli tetap Akan beli juga..
Sama je kaesahnya...
TAK PERNAH BERHUTANG?
tq mstar..
Nak jadi kaya, nak jadi jutawan, banyak cara dia...
Sifu Ainon saya cakap, kalau rasa tengah ‘sempit’, cuba hulur sedeqah pada orang. Sifu Prof Kamil pula cakap, kalau rasa tengah tak berduit, cuba hulurkan sikit pada mak ayah kita. Insya-Allah lepas tu rezeki datang mencurah. Saya pernah cuba, ternyata berkesan.
Jana Bisnes Online Dari Rumah.
Bila baca tajuk je, terus rasa nak klik. Maklumla mata duitan. Betul ke kata orang mata duitan ni jenis tak pernah puas.
Dah kaya nak kaya lagi?.. Jadi bersederhana la kan?..
Sebenarnya, hasil dari bacaan kat berbagai jenis tempat serta pengalaman.. Duit sentiasa cukup untuk seseorang itu.
Jadi, bagaimana pula timbulnya isu 'tak cukup duit'?. Ini adalah gara-gara diri itu sendiri yang tak pandai mnguruskan duit yang ada.
Sebagai contoh, pernah dikongsi dalam entry sebelum ini tentang kisah kakak kepada akak nora. Seorang surirumah yang tak kerja, hanya suami yang kerja, namun cukup aja duitnya untuk sara keluarga. Maksudnya di sini.. kita nilai juga diri kita sejak mula, kalau tak mampu, tak payah gatal-gatal nak ambil. Akhirnya guna kad kredit.. Akhhirnya muflis.. Macamana?
Biar papa asal BERGAYA! (sesuai tak?)..
Teruk sangat ke hospital kerajaan Malaysia..
Tangan Kanan.. Gatal!
Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Bajet nak dapat duitla tu kan.. Dah.. dah g cek heartbeat tadi.. Uhuks.. Baru berapa sen aja.. Tak cukup promosi la kan.. Nasib baik dah capai singgit.. Oke la tu..
Ada lagi ke antara kawan kawan yang belum : Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!.. Silakan.. Jangan malu malu untuk tekan: Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!..
Takpun kawan kawan klik kat banner yang kat sebelah kanan ni ha kalau tak nak klik sini: Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!.. Mana tau, kalau kena caranya.. Bolehla gatal tangan kanan untuk dapat duit extra.
Ada yang tanya, best ke kalau: Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!.. Cuba dulu..Lepas tu tengokle hasilnya.. Kalau rajin, cukup RM 50 dah boleh cash out. Selain tu kalau: Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!.. Ada bussiness sampingn yang ditawarkan.. Siapa yang terror design design ni bolehla mencuba nasib dengan Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!.
Tetiba dapat idea pulak.. Boleh masukkan misi Heartbeat ni iaitu dengan kik Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! sebagai misi tahun baru disamping mempromot site ini:Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! Sama sama join disini dan Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift! dapatkan macam macam ada di sini..
Sila klik
How to Calculate ASB Dividend / Cara Mengira Dividen ASB
Lepas tu mengikut kata Rozuan Ismail kat sini kalau RM50 akan jadila 58.00. Betul tak... Kalau lagi banyak lagi masyuk la ye.. Bolehla jadi jutawan (angan angan betul)..
Ada sesiapa lagi yang boleh suggestkan web/ link tentang ni.. thanks..
Oh ye.. link yang dimaksudkan tu ada kat sini
ASB? Banyak nya Dapat..
KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.
Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.20 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2009: 7.30 sen seunit)
Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 22% berbanding dengan RM4.86 bilion yang dibayar pada tahun 2009.
Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM603.34 juta oleh PNB.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat kepada 7.04 juta pemegang unit yang kini melanggan lebih daripada 82.72 bilion unit ASB.
~Macamana ye nak kira.. Kalau ada RM50.00(bila la nuffnang nak bagi ni).. so kalau agihan pendapatan 7.50 dengan bonus 1.25 tu akan jadi berapa?.. Siapa pandai kira?..diskaun saman traffik
mulai harini akan ada diskaun untuk saman traffik.. kadar kompaun munasabah katanya pdrm. kalau saman sebelum 30/11/2010 dapat diskaun munasabah(tapi tak dinyatakan berapa %). kalau kena saman selepas tu, kadar bayaran akan dapat diskaun50% kalau bayar dlm masa 15 hari. kalau 16-30 hari- akan dapat diskaun 30% dan selepas itu.. kena blacklist? senaraihitam?..
hmm.. ada saudara yang baru je kena saman traffik bulan lepas;kesalahan tak pakai topi keledar.. rm200 tu.. banyak duit tu.. agak-agak boleh dapat diskaun berapa % ye cik polis/ abang polis?.. ada sesiapa boleh bagi diskaun tak?..
~lebih-lebih pula minta diskaun ye.. kesalahan sendiri, sendiri tanggung la.. nasib tak eksiden ke.. lagi parah kalau eksiden dan tak pakai topi keledar