Nak Souvenier best?

Showing posts with label email yahoo. Show all posts
Showing posts with label email yahoo. Show all posts

Masih belum BERSIH... inboxku.

Masih belum BERSIH... inboxku.

BERSIH bukan sebarang BERSIH. Jangan silap faham kawan-kawan ye.. Ni bukan BERSIH yang tu.. Ni BERSIH benda lain. Kalau sesiapa perasan sejak malam tadi proses membersihkan inbox yahoo mail bermula dan sehingga kini masih belum selesai.. Itu mark untuk 200 mails sekali tu.. 

Bayangkan dah berpuluh ribu emails tu.(KALAU TUKAR JADI DUIT KAN BEST). Tak ke penat makcik oii.. Makcik memang penat ni. satg nak sambung kerja lain lak.. Kerja yang tertangguh.. Pastu mula la rasa macam banyak kerja lain plak. Sambil menaipn ni pun terasa lambaian kerja memanggil. Bila dah ada banyak2 hal.. Last last habuk pun tarakkk..

~Kalau buat TO DO LIST pun tak terDO pun.. isk..

Berjaga membersih emails.

Serius ni berazam nak berjaga sebab nak membersih emails yang melambak tu. Banyak ke? Cuba kawan-kawan bayangkan kalau dah berbulan tak buka email. Lepas tu pulak semua notifications dari FACEBOOK semua tu nak masuk inbox. 

Cer bayang cer bayang.
Ok tuanbelog nak fokus.. fokus..

~terima kasih kepada kawan yang telah memberi tunjuk ajar setting kat Facebook tu.. terasa ketinggalan keretapi pulak okey..

Bukan Followers yang 80k ni...

Agak kawan-kawanle, berapa lama Nur kena ambil masa untuk kasi CUCI ini emel ya?.. Kebanyakannya adalah notifikasi dari mereka yang bagi link/post entry kat Facebook. Ada tips tak dari kawan-kawan yang boleh dikongsi supaya notofikasi tu dapat dikurangkan eh?

YAHOO!Malaysia.. dan Ramadhan..

~jom visit.. ada apa?


YAHOO!Malaysia melancarkan laman web Ramadan Mubarak, iaitu pusat sehenti yang direka untuk menyediakan maklumat berkaitan yang diperlukan umat Islam sepanjang bulan ini.

Pengarah jualannya, Jon-Tjin berkata, laman web itu akan menyediakan mesej-mesej berunsur kerohanian dan sosial.

"Kandungan yang telah dibangunkan secara menyeluruh mengimbangi kepentingan umat Islam dalam mematuhi nilai-nilai Islam dan memenuhi keperluan gaya hidup pengguna.

"Antara yang dipaparkan di dalam laman web itu adalah resipi, artikel kerohanian, ulasan bazar Ramadan dan foto yang boleh dimuat naik pengguna dan berkongsi untuk menjadi daripada sebahagian komuniti dalam talian sempena perayaan ini," katanya.

Penatnye Men'delete' e -Mails. Yahoo

Sememangnya kepenatan jari jemari ini menekan butang 'delete' di keyboard. Sudah lama rasanya tidak menyelenggara sepenuhnya mailbox itu.. Selepas tertangguh dari sehari ke hari.. Makanya, sempena Azam baru ni walaupun dah berpuluh hari lepas.. Tetap diteruskan jua..

Banyak ke dapat emails?.. banyak tu.. Ratus ratus tu.. Kalau duit, lama dah boleh makan sedap2.. Setelah bertungkus lumus sambil mengupdate apa yang patut, akhirnya berjaya juga membersihkan email Yahoo dari email email yang spam.. Macam macam yang di 'spam;kan.. Kadang tu, terlepas juge ke Inbox..

Kalau notification dari Facebook tu.. Banyak juge la.. Tapi oke juga sebab kalau kurang kerajinan nak buka akaun Facebook, bolehla baca from e-mail sahaja.. Dah siap ni, nak buat apa lagi?.. nak tukar wajah blog tak?.. Hmm.. Yang ni belum yakin lagi.. Sikit sikit dulula.. Step by step.. Maklunla.. Kalu terlalu bijak ni.. susah juge kan.. Layan blogwalking?.. Bukan AutoBlogwalking ye.. Atau sambung lainkali saja la..

Tutorial Buat Blog / Nak Ada Blog Sendiri?

Bukan pandai sangat pun. Tapi nak share la perkara asas dalam nak buat blog.. Mana la tahu kot kot blog ALL IN ONE ni ada pembaca bukan blogger.Tapi teringin nak buat blog. Namun tak tahu macamana nak cari.. Ini cuma perkara asas.. Bila dah Ada blog nanti, boleh la perlahan lahan belajar sendiri ye.. Kalau nak tanya pun boleh.. Apa yang boleh dijawab akan cuba..

Oke la.. Jom teruskan dengan Tutorial Buat Blog

- Mula mula buka website http://www.blogger.com/
Klik pada Get Started.



- Bila dah masuk page seperti gambar dibawah ni, isikan tempat kosong. Ini semua basic. Tak perlu ada gmail. Dengan email yahoo pun boleh guna kat sini.. oke..



gambar seterusnya ni cuma nak menunjukkan full page yang tadi. Oke, dah siap isi?.. Klik pada continue..


- Next akan keluar page seperti kat bawah ni..Sesi menamakan blog. Now time untuk isi tajuk blog dan alamat blog tu.. Tajuk blog? Nak tulis apa? Ini ikut suke la.. Nak tulis nama sendiri ke.. contoh.. Blog title: sipolan dan blog Address: http://sipolan.blogspot.com.
Bergantung pada kesesuaian.. kalau nak buat blog untuk kedai, bolehla letak nama kedai tu dan sebagainya.. *Tip: Pilih nama yang simple, senang dieja supaya mudah diingati.. orang kata
'keci.'.



- Dah siap, sekarang pilih la template atau design yang disukai. Dikemudian hari pun boleh tukar tukar lagi..



- Bila dah tekan continue.. seterusnya akan keluar page seperti berikut.. Yeay.. dah berjaya ada blog sendiri kan!! Tahniah..



- Next dah boleh start blogging!! Bolehla tulis entry pertama.. Nak tulis apa?.. Sukatila.. Selamat Datang ke.. Tujuan buat blog ke.. Takpun: Terima Kasih kepada Tutorial Buat Blog dari ALL IN ONE:

-Dah siap mengarang?.. Macamana nak post kan entry yang ditulis tu.. Klik aje pada Publish Post. Kemudian akan keluar view blog.. Nah.. sekarang dah ada blog sendiri.. Macamana?.. Happy tak?..


-Oh Ya, Jangan lupa untuk setting masa, sebab kalau biasa standard masa gmt 0, nanti kalau kita post tu, tak keluar masa tu.. akan keluar lambat.. sebabnya masa tak sama dengan masa kita.. Jadi tengok gambar untuk setting masa ikut Zon Masa / Time Zone..



Ada apa apa soalan.. Selamat berblogging...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...