Nak Souvenier best?

Showing posts with label buat duit online. Show all posts
Showing posts with label buat duit online. Show all posts

Masih belum BERSIH... inboxku.

Masih belum BERSIH... inboxku.

BERSIH bukan sebarang BERSIH. Jangan silap faham kawan-kawan ye.. Ni bukan BERSIH yang tu.. Ni BERSIH benda lain. Kalau sesiapa perasan sejak malam tadi proses membersihkan inbox yahoo mail bermula dan sehingga kini masih belum selesai.. Itu mark untuk 200 mails sekali tu.. 

Bayangkan dah berpuluh ribu emails tu.(KALAU TUKAR JADI DUIT KAN BEST). Tak ke penat makcik oii.. Makcik memang penat ni. satg nak sambung kerja lain lak.. Kerja yang tertangguh.. Pastu mula la rasa macam banyak kerja lain plak. Sambil menaipn ni pun terasa lambaian kerja memanggil. Bila dah ada banyak2 hal.. Last last habuk pun tarakkk..

~Kalau buat TO DO LIST pun tak terDO pun.. isk..

Reveal Pendapatan Nuffnang!!

Reveal Pendapatan Nuffnang!! Terima Kasih kawan-kawan sudi bertandang!

Tajuk macam gempak aja. Konon - konon nak reveal pendapatan hasil dari berblogging la ni ye. Ok la bajet macam blogger gempak la.. Jangan salah faham ye. Ini untuk rekod persendirian sebagai rujukan di tahun depan kot kot la ada peningkatan selama bersama Nuffnang.

Siapa berusaha maka dia akan berjaya. Jadi pendapatan yang Nur dapat tidaklah seperti yang kawan-kawan semua sangkakan. Bak dikata, yang rajin pasti berjaya la. Followers yang ramai tak semestinya berkadaran dengan pendapatan itu. (Bagi blogger-blogger baru harusla faham perkara ini. )

Jadi apa yang penting adalah tujaun utama kita berblogging. Sambil tu bolehla tempek iklan Nuffnang dengan cara register kat Nuffnang tu. Kalau yang memang betul-betul nak pendapatan lumayan dengan berblog, kenala belajar dengan yang Otai.. Belajar tips tips tertentu.. Yang penting, mesti mau belajar.. Cuba tanya idola -idola bloggers kawan-kawan tu ye.

Oh ye.. kat bawah ni la bukti pendapatan sekarang  ni. Next time kalau ada peningkatan bolehla buat entry lagi. Kawan-kawan camaner?
Nuffnang Earning /Pendapatan 
Nuffnang




Ucapan Raya dari NUFFNANG!!

Terima Kasih untuk NUFFNANG.

Rupanya  NUFFNANG dah berwajah baru. Sejak kurang aktif berblogging awal tahun ini, lama juga tak menjenguk  NUFFNANG  ni. Alih alih tadi bila menggatal tangan nak buka  NUFFNANG punya website, tokojut mak sebabnya sudah berwajah baru!!! Dah lama ke sebenarnye?.. 

Bilakala meng log in, Alhamdulillah adalah sikit rezeki dari  NUFFNANG . Tapi takdela lebat pun.. Cinonet je. Yelah, kalau dah tak aktif dekat setengah tahun,  NUFFNANG  pun tak sudi nak bagi iklan kat sini kan. 

Tak macam blogger lain yang mampu menjana pendapatan hebat dari  NUFFNANG . Untungla kan. Bagi yang baru berjinak jinak dalam blogging ni haruslah memasang niat utama untuk berblogging. Kalau memang betul-betul nak buat duit online haruslah belajar dengan OTAI OTAI sekalian. 

Kalau macam Nur ni, santai-santai aja.. Tak serius.

Sekali lagi, selamat hari raya  NUFFNANG dan  NUFFNANGers dan PEMBACA BLOG ALL IN ONE.

Cerita Tentang INCOME HASIL BLOGGING.

Cerita Tentang INCOME HASIL BLOGGING.

Sejak mengaktifkan diri dengan BLOGWALKING kembali.. terasa bersemangat nak update blog.
Terutamanya bila baca entry entry yang menunjukkan INCOME HASIL dari BLOGGING.
Pada awalnya mereka hanya tulis BLOG secara suka-suka.. dengan tak semena mena, ada pula iklan di blog yang MENJANA PENDAPATAN kepada mereka..
Bersemangat la nak sentiasa UPDATE blog kan?..

Macam macam kategori INCOME yang mereka dapat.
Ada yang setiap bulan memang masyukk..
Ada yang dah duatahun berBLOG masih belum boleh CASH OUT..
Sifu blog ni.. baru je reveal income dia untuk tahun lepas.. dekat 12k tu.. fuh.. seronok rasanya..

Kalau betul betul nak buat INCOME dari blog kena pandai la belajar dari yang terror.

Untuk suka suka..tambah kawan.. meh belajar kat blog ni..

Duduk Goyang Kaki Tunggu Duit Masuk...

Kemain tajuknye ye..
Dah biasa dah baca ayat-ayat macam ni.
Ni bukannya AYAT-AYAT CINTA ye kawan- kawan.
Kalau macam ni ayat cinta, memang itu CINTA MATERIALISTIK.

Penyelesaian untuk tajuk kat atas?
Betulke ada cara untuk dapat duit tanpa buat apa-apa kerja?..
Betul.. Betul.. Betul..
Betul la dah kena tipu camtu.

Memang tak ada nye duduk goyang kaki dapat duit..
Kecuali pengemis jalanan- untuk kategori duduk..
Kalau kategori peminta bantuan sedekah tu , dia ada juga jalan dari meja makan ke meja makan yang lain.. Penat juga tu..

Kita ni kan, asal ada je DUIT FREE pasti terbuka luas mara tu kan. Ye la , siapa taknak kalau murah rezeki...
Pernah terdengar yang rezeki yang kita dapat tu sebahagiannya adalah hak orang lain. Maka sebab itu kena kongsi- kongsikan ye.. Betul tak?
Kalau salah minta diajarkan...
Apa pun, kenapa pun.. Pepandaila kita nak hidup.. Jangan terjebak sudah.. Setiap perkara tu kena fikir dan selidik dulu..
( menulis berdasar pengalaman.. Kadang berfikir tu mengambil masa agak panjang.. Tetapi lebih baik terlewat daripada tak sedar langsung yang kena tipu sudah.. Nasib baik... )

Barangan yang dibeli akan tiba di depan pintu rumah.

~Ada tak antara kawan-kawan yang dah menggunakan perkhidmatan tersebut?


Sambil duduk di rumah melayan anak-anak atau menonton TV, dengan satu klik di internet sahaja selepas beberapa jam barangan yang dibeli akan tiba di depan pintu rumah.
Itulah antara perubahan gaya hidup dan budaya beli-belah yang dibawakan Doorstep Retails Sdn. Bhd.
Syarikat itu telah membangunkan laman web www.doorstep.com.my dalam menawarkan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan keperluan harian rumah sehingga ke pintu pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ragavan P. Nair berkata, laman web berkenaan dibangunkan untuk memberi platform alternatif kepada pengguna bagi mendapatkan barangan keperluan harian rumah mereka.
“Kebanyakan masyarakat hari ini mempunyai gaya hidup yang agak sibuk dan tidak mempunyai masa berkualiti untuk membeli barangan keperluan harian rumah mereka.
“Justeru itu, laman web ini akan dapat membantu memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu lagi keluar rumah mendapatkan produk sebaliknya hanya melayari alam maya dan produk akan dihantar ke rumah atau pun pejabat,” katanya kepada Kosmo!.
Pada mulanya, Ragavan menambah, laman web tersebut hanya menawarkan produk barangan korporat terutamanya dalam industri hotel, institusi kewangan, hospital, syarikat telekomunikasi dan televisyen.
Bagaimanapun, melihat sambutan yang diberikan segmen tersebut amat positif, ia telah dikembangkan kepada pasaran pengguna pada tahun lalu.

“Money not a big thing. Apa yang penting,

~BETUL KE MONEY NOT BIG THING?..

Ditanya tentang kriteria lelaki idaman, Tasha memberitahu, duit bukan menjadi kriteria utama untuk dia memilih lelaki.
“Money not a big thing. Apa yang penting, dia hormat perempuan. Tasha akan tengok bagaimana dia layan mak dia. Dari situ, Tasha akan tahu lelaki itu orangnya bagaimana.
“Saya juga suka pada lelaki yang berdikari, kerja keras, ada agama dan bertanggungjawab,” katanya mengenai kriteria bakal suaminya itu nanti.
Sentiasa tidak betah duduk diam. Pelakon kacukan Australia-Melayu ini masih mahu menggali bakatnya dalam bidang penulisan puisi yang memang sudah sebati dengan dirinya.
Menurut Tasha, dia sememangnya minat menulis sejak di bangku sekolah lagi. Hanya kini, dia memberanikan diri menghasilkan dua buah buku yang turut mengandungi puisi serta cerita pendek mengenai kanak-kanak.
“Saya telah menghasilkan dua buah buku iaitu My Heart My Soul My Passion dan Puisi Indah Si Pari-Pari. Menerusi buku My Heart My Soul My Passion, saya telah mengumpul puisi-puisi yang saya hasilkan sejak umur 12 tahun lagi.
“Bagi Puisi Indah Si Pari-Pari pula, ia memuatkan puisi serta cerita pendek kanak-kanak,“ katanya yang meminati hasil penulisan Tim Burton, Dewi Lestari dan Pablo Ne ruda.

ONLINE SHOP HANYA $5.

~Wah.. idea yang menarik.. mana nak dapat kan?.. Macam kedai DUA RINGGIT je ni..


LOS ANGELES - Satu laman web terkenal, Fiverr.com membenarkan para penggunanya untuk membeli dan menjual pelbagai produk atau perkhidmatan selagi ia tidak menyalahi undang-undang serta moral pada harga hanya AS$5 (RM14.80), lapor sebuah akhbar semalam.
Dilancarkan sejak tahun lalu, laman web itu telah menawarkan lebih 150,000 perkhidmatan seperti pemasaran, sokongan teknologi, mengedit resume, nasihat fesyen, selain menulis dan membuat persembahan lagu selamat hari jadi dalam klip video.
Seorang ahli psikologi dari Brooklyn, Suzanne menggunakan bakatnya dalam muzik untuk menulis dan mempersembahkan lagu kepada para kliennya.
Sudah menggunakan laman web tersebut selama enam bulan, dia telah menjana pendapatan lebih AS$500 (RM1,482) setakat ini dengan menulis lagu hari lahir dan menyanyikannya dengan menggunakan piano atau klarinet.
"Ini cuma perkara yang saya lakukan untuk berseronok, tetapi ia benar-benar meningkatkan kebolehan saya menulis lagu," kata Suzanne.
Sementara seorang pereka grafik, Mary Ingrassia dari Howard Beach, Queens pula menjual perkhidmatan pengiklanan yang unik dengan menggunakan gambar burung kakak tua peliharaannya, Pickle.
Sejak menggunakan Fiverr.com pada Januari lalu, dia telah memperoleh pendapatan lebih AS$625 (RM1,852). - Agensi

Ni yang Rasa Nak Meniaga Avon ni..

~Belum jadi ahli.. ada yang nak sponsor?

Mengapa Avon? Aini memberitahu, selain jenama, Avon memberi peluang kepada mereka yang mahukan pendapatan lumayan.

Memegang teguh prinsip mahu membantu orang lain untuk maju dan dalam masa yang sama memajukan diri sendiri, Aini turut mengajak rakan-rakan lain untuk berjaya sepertinya.

Berjumpa dan melatih barisan pelapis menjadi rutin hariannya. Aini tidak lokek berkongsi ilmu, memberi motivasi tentang promosi jualan dan membimbing mereka supaya meningkatkan status dalam Sales Leadership.

Atas pencapaian cemerlangnya, Aini pernah dibawa Avon melancong ke Bali, Indonesia dan Las Vegas, Amerika Syarikat.

Beliau juga muncul dalam kalangan 10 Sales Leader Terbaik Avon tahun lalu.

Kini, Aini mempunyai lapan Senior Executive Sales Leader dan lima Executive Sales Leader di bawah kumpulan jualannya.

“Saya semakin bersemangat kerana suami saya, Yusari Maslan, 59, sentiasa menyokong penglibatan saya bersama Avon lebih-lebih lagi dia turut meminati bidang perniagaan.

“Walaupun sudah berusia, kami masih bergerak aktif. Jadi, suka saya nasihatkan mereka yang sudah pencen di luar sana supaya aktif berniaga dengan Avon. Sekurang-kurangnya ia dapat menambah pendapatan,” katanya


Busines kecil-kecilan..


Ya, saya dah mulakan busines kecil-kecilan saya..... jual brooch, handmade and readymade accesories. Setakat ni saya jual offline. Jualan online belum bermula kerana saya belum puas hati dengan kualiti gambar dan layout pada website. Customer satisfaction penting dalam nak bisnes ni kan....

~Berniaga online.. banyak mendatangkan keuntungan ke?.. Mestilah.. kalau pandai menjual.. Hatta offline sekalipun.. banyak perkara yang perlu diteliti untuk meniaga kan..

Kalau tak pernah meniaga, agak-agaknya boleh tak berjaya?.. Kena belajarla kan untuk berjaya. Lagi satu kena pandai dan rajin promosi perniagaan. kalau bagi servis yang baik.. pasti ada yang datang cari kan?..

Kalau tuan blog ALL IN ONE ni nk meniaga.. Agaknya ada sambutan tak?.. (meniaga apa tah..)

Saya Mahu Tulis Artikel Aku Ada Impian Dari Blog Master Arsyad.

Aku Ada Impian kali ini berkenaan impian untuk menulis artikel. Bukan calang -calang artikel, tetapi artikel yang di sponsor atau ditaja. Contohnya macam sesuatu syarikat ingin memasarkan produk, seseorang dikehendaki menulis artikel sebagai review produk tersebut supaya pemasaran lebih berkesan. Ambil contoh seperti Nuffnang yang bertindak sebagai perantara. Jadi, apabila mendapat sesuatu tugasan, apabila artikel diterbitkan, maka ganjaran akan diberi kepada si penulis artikel, begitu juga produk yang di review akan mendapat pasaran.

Namun, bukan mudah untuk impian itu tercapai. Harus mempunyai kriteria dan stail penulisan yang bukan sahaja baik, tapi hebat. Semoga dengan mempraktikkan diri menulis, gaya penulisan akan bertambah baik. Akhirnya, bila ada peluang, bolehlah digunakan bakat penulisan itu. Semoga impian ini tercapai pada suatu hari nanti.

*Saya Mahu Tulis Artikel Aku Ada Impian Dari Blog Master Arsyad; http://arsyadmaster.com/blog/contest/

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

KLIK UNTUK HADIAH iPAD PERCUMA!!!

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...