Nak Souvenier best?

Showing posts with label nuffnang glitterati. Show all posts
Showing posts with label nuffnang glitterati. Show all posts

Reveal Pendapatan Nuffnang!!

Reveal Pendapatan Nuffnang!! Terima Kasih kawan-kawan sudi bertandang!

Tajuk macam gempak aja. Konon - konon nak reveal pendapatan hasil dari berblogging la ni ye. Ok la bajet macam blogger gempak la.. Jangan salah faham ye. Ini untuk rekod persendirian sebagai rujukan di tahun depan kot kot la ada peningkatan selama bersama Nuffnang.

Siapa berusaha maka dia akan berjaya. Jadi pendapatan yang Nur dapat tidaklah seperti yang kawan-kawan semua sangkakan. Bak dikata, yang rajin pasti berjaya la. Followers yang ramai tak semestinya berkadaran dengan pendapatan itu. (Bagi blogger-blogger baru harusla faham perkara ini. )

Jadi apa yang penting adalah tujaun utama kita berblogging. Sambil tu bolehla tempek iklan Nuffnang dengan cara register kat Nuffnang tu. Kalau yang memang betul-betul nak pendapatan lumayan dengan berblog, kenala belajar dengan yang Otai.. Belajar tips tips tertentu.. Yang penting, mesti mau belajar.. Cuba tanya idola -idola bloggers kawan-kawan tu ye.

Oh ye.. kat bawah ni la bukti pendapatan sekarang  ni. Next time kalau ada peningkatan bolehla buat entry lagi. Kawan-kawan camaner?
Nuffnang Earning /Pendapatan 
Nuffnang




Ucapan Raya dari NUFFNANG!!

Terima Kasih untuk NUFFNANG.

Rupanya  NUFFNANG dah berwajah baru. Sejak kurang aktif berblogging awal tahun ini, lama juga tak menjenguk  NUFFNANG  ni. Alih alih tadi bila menggatal tangan nak buka  NUFFNANG punya website, tokojut mak sebabnya sudah berwajah baru!!! Dah lama ke sebenarnye?.. 

Bilakala meng log in, Alhamdulillah adalah sikit rezeki dari  NUFFNANG . Tapi takdela lebat pun.. Cinonet je. Yelah, kalau dah tak aktif dekat setengah tahun,  NUFFNANG  pun tak sudi nak bagi iklan kat sini kan. 

Tak macam blogger lain yang mampu menjana pendapatan hebat dari  NUFFNANG . Untungla kan. Bagi yang baru berjinak jinak dalam blogging ni haruslah memasang niat utama untuk berblogging. Kalau memang betul-betul nak buat duit online haruslah belajar dengan OTAI OTAI sekalian. 

Kalau macam Nur ni, santai-santai aja.. Tak serius.

Sekali lagi, selamat hari raya  NUFFNANG dan  NUFFNANGers dan PEMBACA BLOG ALL IN ONE.

nuffnangers!!!!

~thank you guys..
ini yang dicapture pada masa tersebut.. sila datang lagi ye
love you nuffnangers

Contest - Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)


inilah gambar raya saya.. saya la di sebelah kak ina tu
(ok tak intro?)
klue- saya bukan yuna- ini adalah gambar hiasan


sebenarnya entry ini adalah untuk kontes gambar kenangan open house anjuran kak ina kl.
siapa kak ina kl?
tak kenal?
sila skodeng di tertunailah hasrat dihati
~daripada saya~
kak ina merupakan blogger otai..
pengunjung blognya mencecah 400 000 orang!
(kalau duit tu..)
dia suka join events nuffnang
(contoh gambar kat atas masa nuffnang party)
dia SANGAT PERAMAH
SEMUA orang sukakannya.
dan
dia tak sombong dan sanggup
menerjah blog picisan ini.




okla.. ini gambar yang dipertaruhkan.. raya pertama tahun ini.. dirumah saudara.. di rumah terbuka anjurannya.. tak percaya.. tengok pintu dan tingkap2.. semua terbuka kan?


Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka) adalah anjuran bersama eyriqazz , beautifulnara, nurazzah dan darkbatman.

amacam kak ina.. boleh pas ke?
link kontes
due date 22 okt.. means malam ni.. sempat lagi

nuffnang wajah baru


nuffnang sudah bertukar wajah.
menjalani plastic surgery dari minggu lepas lagi
semakin ceria
dan
semakin menggoda..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...