Nak Souvenier best?

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Shopping memang retail therapy

Shopping memang retail therapy



“Moola menawarkan kemudahan maksimum untuk membayar barangan dan perkhidmatan tanpa wang tunai sebaliknya menggunakan teman paling rapat pengguna, telefon pintar. Tanpa proses berlarutan, anda hanya perlu imbas dan urus niaga selesai,” jelas Kenny.
Moola sememangnya unik jika dibandingkan dengan program yang terdapat di pasaran. Ia menawarkan penebusan fleksibel di mana-mana Moola Shopz menggunakan Moola yang telah diperoleh dan dikumpul.
Setiap pembelian akan memperoleh poin Moola, yang kemudiannya boleh digunakan untuk menjamu selera di pelbagai restoran dan outlet F&B, membeli-belah untuk produk ICT termasuk percutian dan fesyen.
Moola memberi ganjaran tanpa henti kepada pembeli seperti baucer FreeMakan dan pelbagai tawaran hebat lain apabila mereka menggunakan Moola yang diperoleh untuk lebih banyak penjimatan dan nilai wang.

Kedai Bunga 1Malaysia..


Esok Hari Malaysia..
jom ke Kedai Bunga 1Malaysia..



PUCHONG – Melihat inisiatif kerajaan memperkenalkan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia, dua sahabat iaitu Mohd. Razlan Ismail , 39, dan T. Bala Prakash, 40, mengikuti usaha tersebut dengan membuka perniagaan kedai bunga dengan mendukung konsep yang sama.
Premis tersebut yang terletak di lot G30, pasar raya besar Giant, Bandar Kinrara di sini diberi nama Sai Florist & Gifts.
Pemiliknya, Mohd. Razlan berkata, sebelum membuka premis itu, dia dan Bala telah menjalankan bisnes gubahan bunga di bawah nama Crystall Florist & Gifts secara dalam talian sejak dua tahun lalu.
“Apabila melihat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan terutamanya dari kawasan Lembah Klang, kami kemudian merancang membuka kedai bunga sendiri,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad pada majlis perasmian Sai Florist & Gifts di sini semalam.

JOM SHOPPING BAJURAYA ONLINE..

~ada yang dah beli via ZALORA ni ke?


LEBIH 20,000 barangan kini boleh dibeli secara dalam talian menerusi Zalora Malaysia pada harga yang berpatutan.

BELI ONLINE? SHOPPING ONLINE?


4 comments:

AyueJean said...
Try ni....
http://www.facebook.com/asylla.collectionsii
LELAKI INI said...
tak suka beli online
hehehe
Anissazira Mahmod said...
http://www.zalora.com.my/
Aisy Nasiha said...
Saya dulu suka juga bli bju n tudung online. Tapi dua kali yg terakhir dpt brg yg tak puas hati terus tak beli lg..

Kat Mana Nak Beli Baju Raya Online?

Disebabkan tiada kesempatan untuk beli belah di bulan puasa ni sebab jadual adalah amat ketat.. makanya teringinla nak cuba beli baju raya kali ni secara online.

Ada sesiapa yang boleh beri cadangan kat mana nak beli?
Kalau ada link boleh terus tempek kat ruangan komen tu ye?

Kebaikan beli belah secara online:
~ MENJIMATKAN MASA
~ONLINE SHOPPING BOLEH DI ASES DI MANA SAHAJA
~MENJIMATKAN TENAGA JUGA
~MENJIMATKAN MINYAK KERETA.. x PAYAHLA NAK DRIVE BAGAI
~MENGURANGKAN KESESAKAN DI SHOPPING MALL ATAU JALAN MASJID INDIA..(tetiba)


ok.. kalau kawan-kawan ad link BAIK PUNYE.. sila SHARE di sini ye..

Wanita Shopping Sorang-sorang.. Parking khas..

~BAGUS CADANGAN TU..
TERUTAMA BAGI WANITA YANG BERSENDIRIAN KE PUSAT MEBELI BELAH KAN..


KUALA LUMPUR: Seorang exco kerajaan Selangor mencadangkan supaya pengurusan pusat membeli-belah merizabkan sebilangan unit parkir kenderaan bertanda 'W', khusus kepada wanita berdekatan pintu masuk setiap premis perniagaan mereka.
Exco Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Iskandar Abdul Samad berkata cadangan itu adalah praktikal berdasarkan situasi semasa kejadian jenayah yang sering berlaku di kawasan parkir kenderaan pusat membeli-belah.
"Tujuan utama merizabkan tempat letak kereta untuk wanita berhampiran bangunan pasar raya besar adalah untuk mengelakkan mereka terdedah dengan sebarang kejadian bahaya.
"Sebelum ini sudah ada tempat letak kereta khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dekat dengan bangunan pasar raya, jadi saya rasa tiada masalah merizabkan parkir khas kepada wanita seperti yang disediakan kepada OKU," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum daripada Gabungan Wanita Pandan di Pasaraya Tesco Ampang, di sini, Jumaat.
Iskandar berkata antara lain, memorandum yang akan diserahkan kepada semua pasar raya besar di Ampang bermula hari ini, turut mencadangkan unit parkir tersebut ditanda 'W' sebagai tanda ia dikhususkan kepada wanita.
Unit-unit tempat letak kereta bertanda 'W' itu hanya boleh digunakan oleh pelanggan wanita yang mengunjungi pasar raya tanpa ditemani pelanggan lelaki dewasa sahaja, katanya. -BERNAMA

Barangan yang dibeli akan tiba di depan pintu rumah.

~Ada tak antara kawan-kawan yang dah menggunakan perkhidmatan tersebut?


Sambil duduk di rumah melayan anak-anak atau menonton TV, dengan satu klik di internet sahaja selepas beberapa jam barangan yang dibeli akan tiba di depan pintu rumah.
Itulah antara perubahan gaya hidup dan budaya beli-belah yang dibawakan Doorstep Retails Sdn. Bhd.
Syarikat itu telah membangunkan laman web www.doorstep.com.my dalam menawarkan dan menyediakan perkhidmatan penghantaran barangan keperluan harian rumah sehingga ke pintu pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ragavan P. Nair berkata, laman web berkenaan dibangunkan untuk memberi platform alternatif kepada pengguna bagi mendapatkan barangan keperluan harian rumah mereka.
“Kebanyakan masyarakat hari ini mempunyai gaya hidup yang agak sibuk dan tidak mempunyai masa berkualiti untuk membeli barangan keperluan harian rumah mereka.
“Justeru itu, laman web ini akan dapat membantu memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu lagi keluar rumah mendapatkan produk sebaliknya hanya melayari alam maya dan produk akan dihantar ke rumah atau pun pejabat,” katanya kepada Kosmo!.
Pada mulanya, Ragavan menambah, laman web tersebut hanya menawarkan produk barangan korporat terutamanya dalam industri hotel, institusi kewangan, hospital, syarikat telekomunikasi dan televisyen.
Bagaimanapun, melihat sambutan yang diberikan segmen tersebut amat positif, ia telah dikembangkan kepada pasaran pengguna pada tahun lalu.

Tipah Tertipu? Brand Race?

Memang tertipu bila baca Kosmo tu.. Baca tajuk je... Pertarungan jenama tambah hebat. Terusla laju je nak baca. Dalam minda ni dah tentu terbayang jenama pakaian ke, jenama perfume ke, jenama beg ke.. Manala tau kot-kot jenama-jenama hebat ni masing-masing berebut nak mengetengahkan barangan dengan adakan jualan murah ke...

Jadi bila Tipah Tertipu ni baca isi kandungannya, memang sungguh tertipu la kan.. Rupanya tentang perlumbaan/ race.. Yela tentang F1 tu.. Maklumla pasukan Lotus Renault baru je barjaya dapat naik podium. Sebelum ni, (sebelum bergabung)- tak pernah la kan.

Ye, pasukan Renault dan Lotus bergabung- lalu berjaya la... Jadi, tak rugi la Proton melabur eh.. Malaysia melabur dalam arena perlumbaan terlaju nombor satu dunia ni kan.. Formula One..

Kawan-kawan ada tak yang pernah g tengok 'live' perlumbaan kereta kat litar Sepang tu?.. yang official punye la. Best tak?.. Tang mana yang bestnya.. Ce cerita.. (Kalau takat lumba motor tu, biasa je nampak mat-mat rempit merempit..)
*
Eh, Tak rugi ke?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...