Nak Souvenier best?

Showing posts with label formula One. Show all posts
Showing posts with label formula One. Show all posts

Hamilton Silap Masuk Pitstop!

Hamilton Silap Masuk Pitstop!


Kecoh kat FB harini tentang pelumba terkenal ni tersalah masuk pitstop.
Dulu-dulu sanggup tunggu depan tv.. La ni.. dah tak tunggu dah.

Bila skroll skroll newsfeed kat FB ada member share Youtube pasal ni. Kelakar le jugak tengok nye.
Kesian pun ada. Itu la kan sebab dah terbiasa buat, sampai bila dah berubah pun asyik teringat-ingat aja.

Memang top le berita ni ye Hamilton tersalah masuk pitstop. Lagi top daripada berita Vettel menjuarai lumba F1 di Sepang Kuala Lumpur. Agaknya apa perasaan dia masa tu? Apa yang terfikir ye?

Kalau nak tengok Youtube tu boleh je search, sure ada punye. Selamat menonton dan enjoy le ye.
Mau ziarah kawan-kawan yang budiman...

Tak Minat F1?

~dulu dulu sanggup tunggu depan tv. Sekarang...


HOCKENHEIM, Jerman – Pendahulu keseluruhan kategori pemandu perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Fernando Alonso merakam masa terpantas pada sesi latihan terakhir pada Grand Prix Jerman semalam.

Sesi tersebut bermula dalam keadaan cuaca yang panas namun berakhir dengan hujan lebat yang turun sejak kelmarin.
Akibatnya, dua sesi latihan yang berlangsung pada hari kelmarin terjejas teruk.
Alonso, yang menjuarai GP Jerman tahun lalu mencatat masa satu minit 16.014 saat pada sesi tersebut.
Menurutnya, keadaan cuaca yang tidak menentu menjejaskan usahanya untuk melakukan catatan yang lebih baik.
Lewis Hamilton, yang akan membuat penampilan ke-100 dalam perlumbaan GP hari ini menamatkan sesi latihan semalam di tempat kedua sekali gus membawa semangat baharu dalam pasukan McLaren yang tampil agak hambar pada dua perlumbaan sebelum ini.
Rakan sepasukannya, Jenson Button mencatat masa paling lambat dalam kalangan 24 pelumba yang bersaing.
Pelumba Mexico, Sergio Perez (Sauber) muncul pelumba ketiga terpantas sementara juara dunia sebanyak dua kali dari pasukan Red Bull, Sebastian Vettel menduduki tempat kelima.
Vettel diramal bakal menguasai saingan pada GP Jerman.
Sementara itu Webber dikenakan denda lima petak ke belakang kerana telah melanggar peraturan dengan menukar kotak gear yang tidak diiktiraf. – Reuters

Tak Pernah tengok F1!!

~Best tak kalau dapat tengok?.. Apa perasaannya?

PASUKAN Lotus Renault yang membawa imej Proton, sekali lagi mencipta kejutan dengan menduduki kelompok 10 petak hadapan setelah dua pemandunya, Nick Heidfeld dan Vitaly Petrov mencatat masa keenam dan kelapan terpan- tas pada sesi kelayakan ketiga (Q3) perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Sepang petang semalam.

Pemandu Finland, Heidfeld yang gagal pada pusingan kelaya- kan dan terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-18 pada GP Australia dua minggu lepas, menebus kekecewaannya itu di Sepang apabila mencatat masa 1 minit 36.124 saat untuk bermula di petak keenam hari ini.

Heidfeld yang mengalami demam ketika tiba di Malaysia, ketinggalan hampir dua saat di bela- kang pemenang petak utama, Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull dan satu saat di belakang pemandu Ferrari, Fernando Alonso yang menempah petak kelima perlumbaan hari ini.

Tipah Tertipu? Brand Race?

Memang tertipu bila baca Kosmo tu.. Baca tajuk je... Pertarungan jenama tambah hebat. Terusla laju je nak baca. Dalam minda ni dah tentu terbayang jenama pakaian ke, jenama perfume ke, jenama beg ke.. Manala tau kot-kot jenama-jenama hebat ni masing-masing berebut nak mengetengahkan barangan dengan adakan jualan murah ke...

Jadi bila Tipah Tertipu ni baca isi kandungannya, memang sungguh tertipu la kan.. Rupanya tentang perlumbaan/ race.. Yela tentang F1 tu.. Maklumla pasukan Lotus Renault baru je barjaya dapat naik podium. Sebelum ni, (sebelum bergabung)- tak pernah la kan.

Ye, pasukan Renault dan Lotus bergabung- lalu berjaya la... Jadi, tak rugi la Proton melabur eh.. Malaysia melabur dalam arena perlumbaan terlaju nombor satu dunia ni kan.. Formula One..

Kawan-kawan ada tak yang pernah g tengok 'live' perlumbaan kereta kat litar Sepang tu?.. yang official punye la. Best tak?.. Tang mana yang bestnya.. Ce cerita.. (Kalau takat lumba motor tu, biasa je nampak mat-mat rempit merempit..)
*
Eh, Tak rugi ke?..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...