Nak Souvenier best?

Showing posts with label sport. Show all posts
Showing posts with label sport. Show all posts

Maraton di usia 100 tahun?


FAUJA SINGH mengejutkan dunia dengan menyertai larian maraton ketika usianya mencecah 100 tahun. Pelari Britain itu menamatkan maraton Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.
Bagaimanakah pencapaian melangkaui usia itu dapat dilakukan? Padahal kebanyakan daripada kita akan bersyukur sekali gus terkejut kerana masih terus bernafas pada usia satu abad. Menyertai larian maraton pada usia sebegini ibarat nukilan novel sains fiksyen.
Namun, realitinya, Singh masih dapat mengatasi lima peserta lain yang lebih muda untuk menamatkan larian di tempat ke-3,850.
Dia meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok atau minum arak, berfikiran positif dan makan kari halia.

Melambatkan Penuaan. TIPS:


Larian jarak jauh membebankan tubuh manusia dengan semakin tua seseorang, semakin sukar baginya melakukan aktiviti lasak.
Jantung warga tua kurang efisien dalam menyalurkan kitaran oksigen ke seluruh badan. Darah beroksigen yang dipam oleh jantung individu berusia 60 tahun kurang 20 peratus kandungan oksigen berbanding darah pemuda berusia 20 tahun.
Selain itu, kekuatan otot merosot dengan ketara apabila seseorang melepasi had usia 70 tahun pada kadar 30 peratus untuk setiap satu dekad.
Ligamen dan tendon pula semakin rapuh, menyebabkan warga emas lebih cenderung ditimpa kecederaan manakala paru-parunya menjadi keras dan kurang efisien.
Namun, jika keadaan kesihatan warga emas berkenaan baik dan dia kerap melakukan latihan fizikal, kesan penuaan ini dapat diperlahankan.

Maraton boleh sakitkan jantung.

~Kalau dah ajal, kat mana pun akan tiba..


SEBELUM ini ramai yang percaya bahawa jika kita melakukan aktiviti olahraga secara teratur, kita dapat dapat mengekalkan kesihatan tubuh. Namun, terdapat beberapa aktiviti kecergasan yang perlu diberi perhatian kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Kajian oleh Universiti Melbourne, Australia baru-baru ini mendapati mereka yang melakukan aktiviti ekstrem seperti larian maraton dan memanjat gunung mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit jantung.
Dalam kajian ke atas 40 orang atlet, pengkaji mendapati mereka yang aktif melakukan sukan tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan pada bahagian ventrikel kanan jantung dan kerosakan fibrosis pada otot jantung.
Penemuan tersebut disiarkan di dalam European Heart Journal.

Closing Ceremony olympics 2012.

Closing Ceremony olympics 2012.

~Bila bukak google harini, dah takde game-game acara olympics yg boleh di try. Oh rupanya dah tamat acara sukan dunia tu.. OLYMPICS 2012. Rasa rindu pulak ye dekat olympics ni. Walaupun bukammye tengok sangat, tapi sebab ada wakil negara tu, kira cakna la juga pada acara yang terlibat.

Dapatle juge sedikit sebanyak info.. Dapat ikuti kejayaan dan kontroversi.. Bagi yang involved secara direct, sudah tentula lagi terasa. 

Tak sempat pun menonton closing ceremony olympics 2012. Tengok kat youtube cuma sebahagian saja. Rata-rata yang komen closing ceremony ni banyak persembahan artis.. Macam konsert  BritPop pulak ye. Diorang mestila enjoy kan.. Tradisi la tu selepas event sukan ada hiburan.. kat Malaysia camtu jugak ker?

`~khabarnya Dato' LCW dan Pandelela dapat jemputan makan dengan Prince Willia pada September nanti.. betoi ka?

Tahniah Pandelela Rinong. Gangsa. Olimpik 2012.

Tahniah buat wirawati negara pula, Pandelela Rinong yang berjaya meraih gangsa dalam acara terjun pada acara OLIMPIK 2012. Akhirnya satu lagi pingat untuk negara kita.

Walaupun tak dapat emas, dua pingat tu dah kira cukup bagus la kan. Susah tu nak bersaing dengan atlit atlit dari seluruh dunia. Kita yang sertai sukan sekolah pun tercungap-cungap, ini kira hebatla atlit-atlit kita setaraf dunia.

Apapun Tahniah sekali lagi buat PANDELELA RINONG berjaya membawa pulang GANGSA OLIMPIK 2012. Melakar sejarah negara di mata dunia.

Lepas ni banyakla budget yang diperuntukkan untuk sukan RENANG dan BADMINTON ni ye..


LONDON: Pandelela Rinong has created Malaysian diving history. The 19-year-old from Sarawak won a bronze medal in the women’s 10m individual platform event at the Aquatics Centre early Friday.
It was Malaysia's first-ever Olympics medal in a sport other than badminton, besides making Pandelela the first Malaysian woman to win an Olympics medal.
Gold medallist Chen Ruolin (centre) of China poses on the podium with silver medallist Brittany Broben (left) of Australia and bronze medallist Pandelela Rinong (right) of Malaysia during the women's 10m platform victory ceremony at the Aquatics Centre on Thursday. - REUTERS/Tim WimborneGold medallist Chen Ruolin (centre) of China poses on the podium with silver medallist Brittany Broben (left) of Australia and bronze medallist Pandelela Rinong (right) of Malaysia during the women's 10m platform victory ceremony at the Aquatics Centre on Thursday. - REUTERS/Tim Wimborne

Pantasnye...


~Tak pernah lepas acara pecut.. asyik semput aje dolu dolu.. hehe..
Kata orang kalau atlet ni awet muda..
LONDON - Pelari pecut Jamaica, Usain Bolt mengesahkan statusnya selaku pelari terhebat sepanjang zaman selepas berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara 100 meter lelaki pada Sukan Olimpik 2012.
Pada aksi di Stadium Olimpik di sini awal pagi semalam, pemegang rekod dunia itu melonjak ke hadapan selepas melepasi jarak 60 meter untuk mencatat masa 9.63 saat, catatan kedua terpantas dalam sejarah.
Catatan masa Bolt, 25, itu sedi- kit perlahan berbanding rekod dunia 9.58s yang diciptanya pada tahun 2009. Dia turut memperba- harui rekod Olimpik selepas mencatat masa 9.69 di Beijing, China empat tahun lalu.
Kejayaan Bolt itu turut menu- tup mulut pengkritik selepas dia dikalahkan oleh rakan sepelatihnya, Yohan Blake pada sesi pemilihan atlet Jamaica ke temasya kali ini.
"Saya telah melaksanakan dan ia adalah kunci kejayaan ini," kata Bolt yang mengumpul empat pingat emas pada Sukan Olimpik.
"Apabila tiba hari kejohanan, saya perlu melaksanakan tugas tersebut dan ternyata saya berjaya melakukannya.
"Saya berasa sangat baik dan gembira."

Tak Minat F1?

~dulu dulu sanggup tunggu depan tv. Sekarang...


HOCKENHEIM, Jerman – Pendahulu keseluruhan kategori pemandu perlumbaan kereta Formula Satu (F1), Fernando Alonso merakam masa terpantas pada sesi latihan terakhir pada Grand Prix Jerman semalam.

Sesi tersebut bermula dalam keadaan cuaca yang panas namun berakhir dengan hujan lebat yang turun sejak kelmarin.
Akibatnya, dua sesi latihan yang berlangsung pada hari kelmarin terjejas teruk.
Alonso, yang menjuarai GP Jerman tahun lalu mencatat masa satu minit 16.014 saat pada sesi tersebut.
Menurutnya, keadaan cuaca yang tidak menentu menjejaskan usahanya untuk melakukan catatan yang lebih baik.
Lewis Hamilton, yang akan membuat penampilan ke-100 dalam perlumbaan GP hari ini menamatkan sesi latihan semalam di tempat kedua sekali gus membawa semangat baharu dalam pasukan McLaren yang tampil agak hambar pada dua perlumbaan sebelum ini.
Rakan sepasukannya, Jenson Button mencatat masa paling lambat dalam kalangan 24 pelumba yang bersaing.
Pelumba Mexico, Sergio Perez (Sauber) muncul pelumba ketiga terpantas sementara juara dunia sebanyak dua kali dari pasukan Red Bull, Sebastian Vettel menduduki tempat kelima.
Vettel diramal bakal menguasai saingan pada GP Jerman.
Sementara itu Webber dikenakan denda lima petak ke belakang kerana telah melanggar peraturan dengan menukar kotak gear yang tidak diiktiraf. – Reuters

JOM KAYUH BASIKAL MACAM DEPA..



BASIKAL juga digunakan untuk mengangkut barang-barang keperluan harian seperti kayu api.

Pernah Main Bola Jaring?..

~Lelaki pun ada yang main sukan bloa jaring ni kan?
SINGAPURA – Malaysia menduduki tempat tercorot Kumpulan D setelah dibelasah England 95-22 pada dalam perlawanan akhir kumpulan pada Kejohanan Bola Jaring Sedunia 2011 di Stadium Tertutup di sini, hari ini.
England, yang kalah pada saingan separuh akhir pada edisi lepas di Auckland, New Zealand pada 2007, dengan mudah layak ke suku akhir apabila mendahului 49-10 pada separuh masa.
Louisa Brownfield muncul penjaring terbanyak England pada babak pertama dengan menghasilkan 29 mata sebelum direhatkan bagi menghadapi perlawanan suku akhir Jumaat ini.
Norashikin Kamal Zaman muncul penjaring terbanyak Malaysia dengan lapan mata, manakala ketua pasukan S. Aruna menyumbang enam mata.
Dalam kempen kali ini, Malaysia gagal memenangi sebarang perlawanan peringkat kumpulan apabila kalah 40-62 kepada Barbados dan 35-66 kepada Malawi. – Bernama

Castrol Football Crazy. / Peminat Bola Sepak.

Ada skill tak?.. Skill apa?.. Skill untuk join Castrol Football Crazy Longest Kick.  Apakebende tu ye?.. Sebenarnya CASTROL ni tengah adakan contest. Untuk mereka yang berminat dan ada bakat. Pastinya dalam bidang bola sepak ni ye.
Cemane caranya..

Bukan susah pun.. Hanya memerlukan kawan-kawan untuk menggunakan kemahiran dalam menimang bola.. (erk.. adakah betul term tersebut.. ). Mula-mula setkan kamera untuk mode video berkualiti tinggi. (Perlu ingat hanya untuk 20 saat sahaja..) .

Bila dah set kan itu.. Kawan-kawan boleh mula kan aksi kawan-kawan tu dengan menmng bola dari belah kanan.. sukahati nak buat aksi macamana AKSI TERLAMPAU yang boleh diterima ye.. Kemudian passkan ke seblah kiri pula.. lakukan AKSI hebat anda.. tunjukkan kemahiran itu dalam 20 saat. Dan syarat penting haruslah TUBUH BADAN anda kelihatan semuanya dalam klip tersebut.

Nah.. dah siap satu vlog untuk CASTROL FOOTBALL CRAZY. jom join..

~Bagi peminat bola sepak.. masa ni la nak tunjuk skill.. kalau bertuah dapat hadiah gak la kan.. Untuk maklumat lanjut, cubala klik iklan kat 'kepala' blog ni ye.. Semoga berjaya kawan-kawan!!
~Belum join kontes ALL IN ONE?.. Silakan join.. jom jom..

Basikal Fixie.

Rupanya itulah nama basikal yang serig kelihatan di jalanan akhir-akhir ini. Memang nampaknya sebagai satu trend yang baru menular di kalangan muda remaja dewasa ini. Eh, yang berusia tak boleh naik ke basikal ini. Kenapa tiba-tiba glamer sangat ye?.. Best sangat ke?..

Setelah di wiki kan.. Berikut maklumatnya..


fixed-gear bicycle (or fixed-wheel bicycle, sometimes known as a fixie) is a bicycle that has no freewheel, meaning it cannot coast — the pedals are always in motion when the bicycle is moving.
The sprocket is screwed or bolted directly onto a fixed hub. When the rear wheel turns, the pedals turn in the same direction.[1] This allows a cyclist to stop without using a brake, by resisting the rotation of the cranks, and also to ride in reverse.

~oh, itukah maksudnya..
Dapat juga sedikit sebanyak pengetahuan. Dan hipotesis kenapa menular fenomena ini adakah disebabkan oleh Sukan Berbasikal yang menjadi salah satu elemen baru dalam Sukan Popular di Malaysia setelah Azizulhasni mengangkat nama  Malaysia di mata dunia.

Tahniah KFCM dan Elia Jejariruncing..


Mula -mula baca kat blog CikguDahlia.. Lepas tu bertandang sendiri ke blog si gadis yang telah menjadi tunangan jejaka bolasepak Malaya ni.. Elia kat jejariruncingdotblogspot.. Gambar ni pun diambil dari blog beliau. Betul kata DJ tu.. masa lepas si KFCM ni femes amous, Elia pun turut terkena tempiasnye.. Kakak Elia, Erin pun glamer juga!! Beruntung mereka.

Okela.. Sebelum apa-apa, nak ucapkan jutaan Tahniah pada mereka berdua. Dengan bertemakan Arabian, sangat cantik majlis yang diadakan. Sangat tertarik dengan rekaan kek yang menjadi hantaran pertunangan itu. Sorang dapat Apple Netbook, sorang dapat jersey.. Sangat unik kan?.. 

Semoga pertunangan ini membawa berkat dan tak sabar nak tengok mereka dijinjang pelamin kelak.. Kat mana agaknya majlis tu nanti?.. Stadium kot?.. Pasti yunik nanti. Sekarang ni macam macam konsep untuk majlis-majlis pertunangan dan perkahwinan kan? Kagum dengan perunding majlis yang sentiasa ada idea segar dari ladang bagi konsep-konsep perkahwinan terkini kan..

Dia Jogging. kamu Bila lagi?

Dia? Siapa..?


Secara peribadi, memang lama juga meninggalkan alam jogging di Taman Rekreasi. Salah satu cara menyihatkan badan ni adalah secara berjogging.

Tips untuk berjogging:

  1. Membuat senaman ringan atau memanaskan badan sebelum memulakan larian. ( Penting ni sebab nanti takut otot-otot badan itu terkejut- terutama mereka yang dah lama tak melakukan aktiviti 'larian jarak jauh' ini.
  2. Buat kali pertama jogging, setkan jarak atau pusingan yang ingin dibuat. Jangan terlalu tinggi aim nya.. Pasti tak tercapai nanti. Sebolehnya mungkin satu pusingan dahulu.
  3. Kali yang seterusnya bolehla menaikkan jarak larian itu secara berperingkat-peringkat.
  4. Selepas setiap kali larian, mestilah disudahi dengan proses menyejukkan badan.. (bukan mandi tapi senaman ringan untuk menyejukkan badan!)
Oke kawan-kawan, jom kita berjogging lepas ni.. Takde masa?.. Esok pagi . JOM!!!

Kriket Sinonim Dengan..

Tentulah filem -filem Hindusta kan. Memang amat sinonim Sukan Kriket ini dengan negara India. Kalau dalam filem Hindustan / Bollywood tu, pasti ada juga kisah tentang sukan Kriket ni. Kat Malaysia ni popular tak sukan ni?.. Pernah la juga menyaksikan seimbas lalu pasukan Malaysia bermain KRIKET. Tapi, tak pernah faham macamana nak main nya. Prosedur nak kira skor pun tak tahu. Yang diperhatikan, ada orang baling bola kriket, pukul dan lari- lari.

Lagi satu sukan yang PALING tak faham cara permainannya adalah GOLF. Betul tu.. Amatla tak faham. Macamana la dikira par la.. bawah par dan sebagainya. Hehe.. Yang tahu tentang GOLF cuma lah nama TIGER WOOD yang dah kurang menyerlah dan juga hadiah perlawanan yang AMAT LUMAYAN. Ada tak kawan-kawan yang pandai main GOLF ni.. Boleh cerita sikit tak?.. Sekadar untuk pemahaman bagi orang awam ni. Hehe.

wiki:
Kriket ialah permainan padang yang dimainkan dengan memakai bola dan kayu pemukul serta tiga tonggak yg menjadi sasaran lemparan bola. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yg setiap satunya mempunyai sebelas orang pemain. Ia berasal dari England lebih 500 tahun dahulu. Kriket ialah sejenis sukan berpasukan yang popular selepas bola sepak dan bola keranjang, dan boleh ditemui di lebih 120 buah negara.

Betul La Tu: Malaysia Layak Ke Final Piala AFF SUZUKI2010

~Malam tadi sebelum habis separuh akhir dah update blog. Masa tu belum tau full result... Lepas tu dah habis maka konfem la Malaysia layak ke Final AFF SuzukiCup 2010. Tahniah buat Malaysia. And, Kay Yea.. thanks juga sebab bagitau yer..


LAYAK KE FINAL...Jurulatih bola sepak negara, K.Rajagobal dijulang pemain-pemain negara selepas keputusan pusingan kedua separuh akhir memihak kepada Malaysia secara agregat 2-0.GLENN GUAN/The Star

siapa nak main bola


bukan sembarangan bola..
tapi bola jaring..
lelaki?
boleh ke main bola jaring?
macam tu juga
wanita main bola sepak
bezanya
bolasepak wanita lebih establish dari bolajaring lelaki kan..

what do you think?
(baru pas baca rencana ni kat kosmo)

'Gay benci kelajuan saya'

LONDON: Juara Olimpik, Usain Bolt menganggap pesaingnya, jaguh pecut Amerika Syarikat (AS), Tyson Gay membenci keupayaannya berikutan berjaya mendominasi kejohanan utama.

Bolt memenangi gelaran 100 dan 100 meter pada Olimpik 2008 dengan mencecah rekod dunia dan membantu Jamaica meraih emas serta mencatat satu lagi rekod dunia dalam acara 4x100 berganti-ganti.
Setahun selepas itu, dia mencatat rekod dunia sekali lagi bagi acara 100 dan 200 meter di Kejohanan Dunia di Berlin

~suspen je reporter ni tulis artikel.. ingat dulu kat sekolah nak lari 100m ni tersemput2 apatah lagi 200m..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...