SIAPA GAY?
Paderi gay pertama Malaysia kahwin di New York
KUALA LUMPUR - Paderi gay pertama di Malaysia, Ouyang Wen Feng (gambar) akan berkahwin pada sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini.
Paderi berusia 41 tahun itu menyatakan, dia mahu melihat lebih banyak toleransi wujud di negara ini yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Wen Feng mengasaskan bersama sebuah gereja gay di ibu kota Malaysia, di sini pada 2007 yang dikecam oleh kumpulan-kumpulan Islam konservatif.
Hubungan homoseks bertentangan dengan undang-undang Malaysia dan pengamalnya boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun serta disebat.
Paderi itu berkata, dia akan berkahwin dengan kekasihnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn III, 47, yang merupakan seorang penerbit pementasan Broadway dalam satu majlis di New York, Amerika Syarikat (AS).
Negeri New York merupakan negeri keenam di AS yang membenarkan perkahwinan gay pada bulan lalu.
"Kami merancang untuk mendaftarkan perkahwinan kami pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, ia penuh bermakna buat saya," kata Wen Feng. - Reuters
STIGMA MAK NYAH..
Kelab-kelab khusus untuk golongan gay.
KUALA LUMPUR – Kegiatan seks songsang melibatkan golongan gay di Malaysia kini semakin berleluasa berikutan wujudnya sebuah laman sesawang yang dijadikan medium oleh golongan itu untuk mencari pasangan masing-masing.
Laman sesawang yang beroperasi di Amsterdam, Belanda itu turut menawarkan pelbagai kemudahan termasuk muat turun video lucah, majalah dan khidmat teman sosial.
Lebih mengejutkan, laman sesawang yang dilayari oleh kira-kira 65,000 pengunjung sehari itu turut menyenaraikan kelab-kelab khusus untuk golongan gay dari luar negara yang ingin berkunjung ke Malaysia.
Ia turut menyediakan khidmat tukang urut tempatan, lengkap dengan alamat dan nombor telefon.
Golongan terbabit yang mendaftar menerusi laman sesawang itu secara percuma boleh memuat turun aksi mengghairahkan dan berinteraksi dengan ahli secara langsung.
Wartawan Kosmo! mendapati ramai golongan gay dari Malaysia menjadi ahli dalam laman sesawang tersebut menerusi lebih 30 pelawaan yang dihantar melalui laman berkenaan
wordless: Laman Web Untuk Golongan Gay.
Kena Tipu dengan Gay?..
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki gay menunjukkan kehebatannya apabila dia yang mempunyai rupa paras kacak dan pandai berkata-kata mampu memikat 100 lelaki untuk dijadikan teman seks sebelum mencuri barang-barang berharga mangsanya.
Sasaran suspek yang masih bebas itu melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun hingga 20-an. Mangsa-mangsa dipikat melalui rangkaian laman sosial Facebook dan sebahagiannya menerusi panggilan telefon.
Semalam, tembelang lelaki berusia 20-an yang menggunakan pelbagai nama samaran seperti Kevin, Alvin, Alex dan Elvis itu terbongkar apabila empat mangsa tampil membuat aduan di Jabatan Perkhidmatan dan Pengaduan MCA, Wisma MCA sini semalam.
Mengikut maklumat dari Facebook, suspek sehingga kini dipercayai telah berjaya memperdaya seramai 193 mangsa dengan mencuri barang berharga mereka manakala 100 daripada mangsa itu pula mengaku mengadakan hubungan seks dengan suspek itu.
Mangsa-mangsa yang melakukan hubungan seks dengan suspek dikhuatiri dijangkiti HIV (Immunodeficiency virus) ekoran pengakuan suspek dia mempunyai HIV.
Seorang mangsa dari Cheras yang mahu dikenali sebagai Tai, 17, mendakwa, dia mengenali suspek yang menggunakan nama Kevin pada bulan Oktober 2010 melalui sebuah majalah mencari kenalan.
Lelaki vs Lelaki...
Already 20 okay. Suka cari kawan baru but dunno how. Wanna tell lah kan tat am not a SOMBONG girl okay. Btw, love typing so much! Hahaa
gay,dan filem 3D lucah
kat Perancis pula dah ada stesen televisyen yang akan menyiarkan filem lucah..dalam bentuk 3D.. sungguh bebas dunia sekarang kan?..siap boleh announce announce macam tu aja..
lagi gay..
menurut wikipedia.. maksud gay adalah seperti berikut...
Kata adjektif gay dalam Bahasa Inggeris biasanya menggambarkan orientasi seksual seseorang, sebagai istilah piawai bagi homoseksual. Dalam penggunaan awal, perkataan ini bermaksud "ceria", "gembira", atau "terang", namun kini penggunaan sebegini tidak lagi biasa. Kadangkala Gay juga merujuk kepada persamaan antara orang homoseksual, seperti dalam "sejarah gay", konsep ideologi budaya gay seperti dalam "muzik gay" atau "sensibiliti gay" yang tidak tepat. Perkataan gay kadangkala digunakan untuk merujuk kepada cinta sama jantina, seperti dalam "perkahwinan gay", walaupun penggunaan ini tidak digalakkan oleh sesetengah penyokong LGBT: sebab asasnya adalah kerana penggunaan ini tidak termasuk orang yang biseksual dan yang transjantina tetapi juga lesbian yang kebanyakan mereka menolak tanda yang menjadikan mereka sebagai subset lelaki, dan juga lelaki gay. Sementara gay dipakai dalam sesetengah konteks kepada kesemua homosexual, istilah lesbian adalah khusus jantina: ia digunakan khusus bagi mengambarkan wanita gay. Kadang-kala gay digunakan hanya merujuk kepada lelaki homosexual.
'Gay benci kelajuan saya'
LONDON: Juara Olimpik, Usain Bolt menganggap pesaingnya, jaguh pecut Amerika Syarikat (AS), Tyson Gay membenci keupayaannya berikutan berjaya mendominasi kejohanan utama.
Bolt memenangi gelaran 100 dan 100 meter pada Olimpik 2008 dengan mencecah rekod dunia dan membantu Jamaica meraih emas serta mencatat satu lagi rekod dunia dalam acara 4x100 berganti-ganti.Setahun selepas itu, dia mencatat rekod dunia sekali lagi bagi acara 100 dan 200 meter di Kejohanan Dunia di Berlin
~suspen je reporter ni tulis artikel.. ingat dulu kat sekolah nak lari 100m ni tersemput2 apatah lagi 200m..