Nak Souvenier best?

Showing posts with label najib. Show all posts
Showing posts with label najib. Show all posts

1Malaysia Privilege Card. Apa tu?

~untungla mereka kan..


PUTRAJAYA - Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif terbaharu bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan 1Malaysia Privilege Card khusus untuk 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian.
Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan 'Wira Yang Tidak Didendang'.
Ia merupakan lanjutan kepada strategi NBOS 6 yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara.
"Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau pendapatan boleh guna rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini semalam.

BELANJAWAN 2013.

~tak sabar nak mendengar BELANJAWAN 2013 nanti ye.
Apa HABUAN untuk rakyat kali ini?


SEREMBAN – Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membayangkan Belanjawan 2013 bakal menjanjikan lebih banyak faedah untuk dinikmati segenap lapisan rakyat.
Perdana Menteri berkata, kerajaan mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat memandangkan ekonomi negara telah ditadbir dengan baik.
Katanya, ada negara mengalami beban hutang yang tinggi dan kadar pengangguran dalam kalangan orang muda mencecah 45 peratus.
“"Sepanyol mungkin boleh menang (bola sepak) Piala Eropah, tetapi meski pun kita kalah dalam bidang bola sepak, tetapi kita boleh dikatakan jaguh dalam bidang pentadbiran ekonomi negara kita,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid At-Taqwa, Paroi dekat sini semalam.

Apa itu GENOVASI.

~oh, now baru faham.. macam-macam terma sekarang ni. Kalau terlambat follow pasti la ibarat katak di bawah tempurung..


KUALA LUMPUR – Pertubuhan-pertubuhan belia di negara ini melihat penubuhan Genovasi (Generasi dan Inovasi) sebagai satu pengiktirafan kerajaan kepada golongan tersebut untuk menerajui pembangunan negara pada masa depan.
Penolong Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Ahmad Saparudin Yusup berkata, penubuhan Genovasi adalah satu langkah tepat kerajaan dalam melahirkan belia yang berinovasi seterusnya terlibat dalam pembangunan negara.
Katanya, dalam acuan membangunkan Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020, negara berada di landasan yang tepat dengan adanya Genovasi bagi membangunkan kemahiran inovasi dalam kalangan belia.
“Kami menyambut baik penubuhan Genovasi kerana ia membuktikan kerajaan serius dalam membangunkan belia,” katanya ketika dihubungi semalam.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi dialog dengan beberapa pemimpin bidang inovasi di Putrajaya mengumumkan penubuhan Genovasi sebagai inisiatif baharu yang berobjektif membangunkan belia untuk menjadi Duta Inovasi negara dan membolehkan mereka mencipta kekayaan serta memperbaiki taraf hidup.

Jom NAIK BAS..

BATU GAJAH — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini teruja dengan pengalaman pertamanya menaiki bas dalam rangka lawatan kerjanya ke Perak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan yang lain.

"Very interesting, kita cuba konsep Bus Tour... setakat ini saya rasa seronok sebab dalam bas ini suasananya cukup mesra dan riang kerana bersantai.

"Kita asyik bergurau antara satu sama lain, dan tidak rasa letih. Dalam perjalanan, banyak perkara yang boleh dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang di sini hari ini.

Menurut Najib, pihaknya akan melihat kemungkinan untuk terus menggunakan konsep lawatan kerja menggunakan bas pada masa akan datang kerana ianya berbeza dan menyeronokkan.

Lima buah bas digunakan dalam lawatan kerja Najib ke Perak itu bermula dari Ipoh ke Gopeng sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km untuk bertemu rakyat pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. — Bernama

Najib umum duit raya untuk petugas awam dan pesara

~wah boleh beraya sakan la ye para penjawat awam kita.. dapat bonus lagi PM bagi.. bantuan khas kewangan namanya..

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.


"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.


Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara. -Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...