Nak Souvenier best?

Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Inilah NIKITA..

SUMBER BHONLINE.
Foto
GAMBAR NIKITA
INFO: Nikita Willy 
NAMA PENUH: Nikita Purnama Willy
NAMA KOMERSIL: Nikita Willy.
TARIKH LAHIR: 29 Jun 1994.
TEMPAT LAHIR: Jakarta, Indonesia.
ADIK-BERADIK: Anak pertama daripada dua beradik.
KARIER: Model, pelakon dan penyanyi.
IKLAN: Choki Choki, Bank BNI, Lip Ice, Fruitamin, jam tangan Alba, kosmetik Pigeon.
SINETRON: Bulan Bintang, Roman Picisan, Ratu Malu dan Jendral Kancil, Pengantin Remaja, Si Cecep, Pacar Pilihan, Mak Comblang Jatuh Cinta, Habibi dan Habibah, Nikita, Safa Marwah, Mr Olga, Putri Yang Ditukar. 
FILEM: Married By Accident, Bestfriend dan Tertipu Laris Manis LAGU: Ku Tetap Menanti, Lebih Dari Indah, Tafakur, Maafkan dan Pantas Untukku duet bersama Oskar Mahendra.
PENCAPAIAN: Artis Paling Digemari di Anugerah Panasonic, Global 2010 & 2011, Artis Paling, Digemari Anugerah Nickelodeons, Kids 2010 dan Selebriti Terbaik, Telefon Bimbit Telkomsel 2010


Pembantu Rumah Indonesia.

DAH SELESAI ISU INI..


MATARAM (LOMBOK): Pembantu rumah Indonesia dibenarkan dihantar semula ke Malaysia mulai 1 Disember ini, sekali gus menamatkan moratorium lebih dua tahun untuk penghantaran tenaga kerja sektor informal ke Malaysia.

Keputusan perkara itu diumumkan pada sidang akhbar bersama oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di akhir mesyuarat delegasi dua hala pada acara perundingan tahunan Malaysia-Indonesia di sini, semalam.


“Kami ketahui banyak saudara Indonesia yang bekerja di Malaysia. Oleh kerana itu, kami sepakat memberi perlindungan dan bantuan sebaiknya kepada tenaga kerja Indonesia.

“Kami juga bersepakat bahawa perubahan mengenai pengambilan dan penempatan tenaga kerja Indonesia yang ditandatangani pada 2006 mendatangkan perubahan positif kepada Indonesia. Insya-Allah, pada 1 Disember kami akan menormalisasikan hal ini,” kata Yudhoyono ketika mengumumkan hasil pertemuan itu.


Indonesia melaksanakan pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 26 Jun 2009 berikutan beberapa kejadian penderaan terhadap pembantu rumah Indonesia oleh majikan Malaysia.


Berikutan itu, kedua-dua negara berunding sehingga kata sepakat dicapai dengan penandatanganan protokol meminda beberapa peruntukan dalam memorandum persefahaman 2006 itu, yang diadakan di Bandung pada 30 Mei lalu.

SAFIQ RAHIM SAH KE INDONESIA?

SAFIQ RAHIM SAH KE INDONESIA?

DIA KATA KALAU ADA TAWARAN MEMANG DIA AKAN TERIMA.. TAWARAN DARI KELAB BOLA SEPAK INDONESIA LA KAN.. IKUT JEJAK SAFEE SALI LA YE WAHAI KAPTEN MALAYSIA..

KAWAN-KAWAN SOKONG ATAU TIDAK DIA MUNGKIN KE PERSIB.

LANJUT KAT SINI: http://www.zonbola.com/safiq-rahim-dan-amirulhadi-ke-isl.html

Safiq Rahim dikhabarkan menerima tawaran daripada kelab Indonesian Super League (ISL), Persija Jakarta untuk musim 2012. Pemergian Safiq Rahim ke ISL direstui pengurus pasukan Selangor, Dato’ Hamidin. Manakala, Amirulhadi dikhabarkan dilamar pasukan J-League dan Persib Bandung (ISL)...

KALAU GAJI KAT SANA LAGI BEST, APA SALAHNYE KAN.. MACAM ENTRY SEMALAM- RAMAI PROFESIONAL MALAYSIA YANG BERHIJRAH KE LUAR NEGARA SEBAB GAJI YANG JAUH LEBIH LUMAYAN..

Cari Pembantu Rumah?

~Kawan kawan ada pembantu rumah?.. oke ke? Atau bermasalah?.. sumber: Kosmo online.

KUALA LUMPUR - Berpuluh ribu rakyat Malaysia kini berhadapan dengan kesulitan ekoran masalah kekurangan pembantu rumah warga asing bergaji murah yang melanda negara ini.

Sumber industri menganggarkan isu itu sudah membelenggu sekurang-kurangnya 35,000 keluarga yang masih berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pembantu rumah.

Masalah tersebut berlarutan gara-gara rundingan penetapan gaji minimum pembantu rumah yang diminta oleh Indonesia sebanyak RM800 sebulan masih tertangguh.

"Saya mengalami kesusahan tanpa pembantu rumah," demikian pengakuan ibu kepada tiga orang anak yang hanya mahu dikenali sebagai Maz.

Dia sedang berfikir untuk berhenti kerja sebagai pegawai jualan demi menjaga anak-anaknya yang berusia di antara satu hingga lima tahun.

Sejak menjadi ibu yang bekerja, Maz pernah mempunyai dua pembantu rumah yang tinggal bersama keluarga sehingga kontrak mereka selama dua tahun berakhir.

Kalau Macam Ni ,Tak Jadi Ke Bali...Legionnaire

~Baca kat Kosmo ni..

DENPASAR - Pihak berkuasa Indonesia masih menyiasat laporan tentang wabak penyakit legionnaire yang merebak di pulau peranginan Bali, kata seorang pegawai semalam selepas 10 warga Australia pulang ke negara asal mereka dengan dijangkiti penyakit tersebut.

Ketua Jabatan Kesihatan Bali, Nyoman Sutedja berkata, kerajaan Australia telah memberikan maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak tersebut tetapi setakat ini tiada tanda-tanda penyakit itu ditemui.

"Kami sedang menyiasat selepas menerima satu laporan daripada konsulat Indonesia. Kami tidak menerima laporan mengenai individu yang dijangkiti penyakit legionnaire daripada hospital-hospital di sini," katanya.

"Pihak kami percaya penyakit itu berpunca daripada hotel-hotel yang gagal menyediakan bekalan air bersih," tambahnya.

Jabatan Kesihatan Australia Barat memberi amaran kepada rakyat negara itu yang melawat Bali baru-baru ini supaya berwaspada mengenai simptom penyakit legionnaire yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera.

Simpton penyakit legionnaire menyerupai selesema yang antara lain seperti demam, ketar, sakit otot, sakit kepala, letih, hilang selera makan, cirit birit, batuk kering dan sukar bernafas.

Penyakit itu berpunca daripada bakteria yang membiak dalam air terutamanya persekitaran panas seperti tab mandi, tangki air panas, sistem paip air dan sistem penghawa dingin. - AFP

Tak Habis Lagi/ Gambar Fasha Sandha Berbikini

KUALA LUMPUR – Selepas gambar kontroversinya memakai bikini di Bali, Indonesia tersebar di Facebook dan disiarkan Kosmo!, pelakon popular Fasha Sandha bertindak menghilangkan diri sehingga menimbulkan rasa tidak senang beberapa pihak.

Disebabkan tidak mahu membuat penampilan umum, Fasha membatalkan kehadirannya ke Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green anjuran gedung beli-belah The Weld di sini pada saat-saat akhir semalam.

Tindakannya itu menyebabkan pereka terkenal, Hazree Wahid, 29, terpaksa menarik diri daripada majlis itu kerana busana Cheongsam yang dicipta khas untuk diperagakan oleh Fasha tidak dapat dipertontonkan.

Dia kecewa dengan sikap tidak profesional Fasha yang dianggapnya mementingkan diri sendiri.

“Dia (Fasha) sepatutnya menggayakan busana saya yang direka khas mengikut ukuran badan dia tetapi malangnya pada pukul 10 pagi tadi (semalam), dia beritahu tidak dapat hadir kerana ada hal lain.

ALL IN ONE : Ingatkan dah tamat isu ni.. Apapun kalau dah menjadi figura tu, kat mana mana pun buat salah orang akan nampak kan.. Semalam ada gak baca tentang isu ni, kat Bali tu ramai je yang pakai bikini.. tapi sebab dia ni artis so jadila buah mulut kan.. Jaga diri Hiasi Peribadi (tagline sapa tah ni)

Safee Dilamar? Empat Kelab Tu

~Bertuah badan penyerang Negara ni.. Dilamar 4 kelab tu.. SEmoga yang terbaik buat dirinya.. Kita sokong sokong aja. Majulah sukan untuk negara..

Penyerang Selangor, Safee dilamar empat kelab luar negaraselepas beraksi cemerlang membantu Malaysia menamatkan kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Di antara empat kelab yang berminat ke atas penyerang berusia 26 tahun itu, tiga daripadanya ialah kelab dari Indonesia manakala satu lagi kelab dari Vietnam.

Tengku Abdullah menjelaskan bahawa FAM tidak menghalang mana-mana pemain Malaysia untuk berhijrah bagi menyertai saingan liga negara lain, namun jelas baginda, biarlah kelab atau liga tersebut terbukti lebih bagus dan kompetitif daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).

“FAM tidak akan mengha- lang mana-mana pemain dari Malaysia menyertai atau berhijrah ke kelab atau liga di luar negara,” kata Tengku Abdullah ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam.

“Terpulang kepada pemain itu sendiri yang menentukannya. Tetapi kalau boleh biarlah kelab atau liga yang dipilih itu lebih bagus atau kompetitif lagi daripada Liga M. Kalau tidak, tiada guna pemain itu pergi jika ia hanya kerana wang dan bukan demi kariernya sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...