Jejaka Hot Masa kini.. blogger ke?
Kejayaan Safee Sali dan Kisah Etoile FC.
SINGAPURA – Skuad bola sepak kebangsaan berjaya mengikat kelab dari Perancis yang merupakan juara Liga Singapura musim lalu, Etoile FC 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi.
Skuad Harimau Malaya mendahului seawal minit keenam menerusi tandukan cantik Ahmad Fakri Saarani hasil lambungan Asraruddin Putra Omar dari sebelah kiri untuk mengejutkan penjaga gol Etoile, Antonin Trilles.
Etoile turut memiliki dua peluang terbaik pada babak pertama tetapi kedua-dua tandukan penyerangnya, Jonathan Toto pada minit ke-18 dan 39 sekadar menggegar palang gol Malaysia yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat.
Bermula babak kedua, Rajagobal membuat empat pertukaran dengan memasukkan Sharbinee Allawee Ramli, Fadhli Shas, Azidan Sarudin dan Ashari Samsudin menggantikan Khairul Fahmi, Muslim Ahmad, Amar Rohidan dan S. Kunanlan.
Namun Etoile pula yang berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-61 hasil rembatan kencang pemain tengah, Hicham Bouchemlal dari luar kotak penalti setelah memperdaya kapten Malaysia, Safiq Rahim.
Malaysia selepas itu memperoleh beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan tetapi percubaan Ashari (minit 72 dan 81) dan Norshahrul Idlan Talaha (88) berjaya diselamatkan Trilles tatkala Sharbinee di gawang Malaysia turut cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya Etoile.
Menurut jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal, dia mengambil risiko dengan membuat 10 pertukaran pemain sepanjang babak kedua bagi memberi peluang kepada ramai pemain mendapat pengalaman beraksi.
“Secara keseluruhan, saya puji komitmen tinggi para pemain yang bertahan dengan baik pada 10 minit terakhir dan kita turut hampir mendapat gol menerusi serangan balas,” kata Rajagobal ketika ditemui Kosmo! Ahad selepas perlawanan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Safee Sali yang tidak dipanggil Rajagobal kali ini berjaya meledak dua gol untuk kelabnya, Pelita Jaya menewaskan Bontang FC 2-1 pada aksi Liga Super Indonesia di tempat lawan petang semalam.
Safee Dilamar? Empat Kelab Tu
~Bertuah badan penyerang Negara ni.. Dilamar 4 kelab tu.. SEmoga yang terbaik buat dirinya.. Kita sokong sokong aja. Majulah sukan untuk negara..
Penyerang Selangor, Safee dilamar empat kelab luar negaraselepas beraksi cemerlang membantu Malaysia menamatkan kemarau 14 tahun dengan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.
Di antara empat kelab yang berminat ke atas penyerang berusia 26 tahun itu, tiga daripadanya ialah kelab dari Indonesia manakala satu lagi kelab dari Vietnam.
Tengku Abdullah menjelaskan bahawa FAM tidak menghalang mana-mana pemain Malaysia untuk berhijrah bagi menyertai saingan liga negara lain, namun jelas baginda, biarlah kelab atau liga tersebut terbukti lebih bagus dan kompetitif daripada saingan Liga Malaysia (Liga M).
“FAM tidak akan mengha- lang mana-mana pemain dari Malaysia menyertai atau berhijrah ke kelab atau liga di luar negara,” kata Tengku Abdullah ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM semalam.
“Terpulang kepada pemain itu sendiri yang menentukannya. Tetapi kalau boleh biarlah kelab atau liga yang dipilih itu lebih bagus atau kompetitif lagi daripada Liga M. Kalau tidak, tiada guna pemain itu pergi jika ia hanya kerana wang dan bukan demi kariernya sendiri.
Keputusan Penuh Piala AFF Suzuki 2010: Malaysia 4 Indonesia 2
Tahniah buat negara.. Ingatkan nak menang 1-0 tadi.. Tapi Indonesia berjaya menumpaskan penjaga gol yang sedang namanya naik tu.. siapa lagi kalau bukan KF.. Maklumla orang yang tampan,, pasti ramai peminat. Tapi masa berblogwalking tadi terjumpa gambar awek KF tu..
Ini kali pertama rupanya Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki. Mestila para peminat gembira tak terkata kan.. Wajah2 gembira pemain ni.. Sapa tak gembira kalau menang sesuatu.. Cuba cakap.. Even kalau menang cabutan bertuah pun mesti hepi tak ingat..
Wira wira negara ni pasti akan dijulang. Begitulah adatnya kalau menang. Terutamanya kalau pasukan bolasepak ni kan.. Kalau kalah tadi.. tentunya kritikan akan diterima, Tahniah sekali lagi buat Malaysia menewaskan Indonesia 4 - 2 untuk Piala AFF Suzuki 2010. Dapat duit tu.. Berapa ek?
Yeay.. epas ni leh tuko cenel..