Nak Souvenier best?

Showing posts with label bajet 2012. Show all posts
Showing posts with label bajet 2012. Show all posts

UCAPAN PENUH BAJET 2012. Mstar.

UCAPAN PENUH BAJET 2012 NI BOLEH BACA SEPENUHNYA KAT MSTAR ONLINE YE..

TAHNIAH PADA YANG BERKENAAN...

'Dasar Tranformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara'

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk “Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2012 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu” dibaca bagi kali kedua.

MUQADDIMAH

Saya mulakan lafaz ucapan Bajet tahun 2012 ini dengan menyebut kalimah mulia Bismillahirrahmanirrahim.

Tuan Yang di-Pertua, Seperti berulang-ulang disurat dan disiratkan dalam Al-Quran yang suci bahawa Allah SWT menyeru kepada kita semua agar menuju sebuah kehidupan dalam suasana ketenteraman, kemakmuran, kesepaduan dan kesejahteraan sebagai orang-orang budiman dan berbakti.

Seperti firman-Nya dalam surah Quraish ayat 3 dan 4:

“Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini yakni Ka’abah, yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan.”

1. Alhamdulillah, dipanjatkan sejuta pujian ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan kepada rakyat dan negara Malaysia. Sebagai warganegara yang menganut pelbagai kepercayaan, kita mempunyai sebab yang bukan sedikit untuk melahirkan rasa kesyukuran kepada Yang Maha Berkuasa.

2. Hakikatnya, Malaysia adalah negara yang berjaya. Dalam tempoh yang singkat, kita telah merubah wajah Malaysia dari sebuah watan pertanian berpendapatan rendah menjadi negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi. Sesungguhnya, kejayaan ini tidak datang bergolek dan tidak terhidang di atas dulang emas. Ia hasil ikatan antara Kerajaan dan rakyat yang telah bersama memecahkan ruyung-ruyung ketidakyakinan dan dogma dengan bertunjangkan perancangan sistematik dan pelaksanaan berkesan. Inilah limpahan rahmat kepada negara yang mempunyai kerajaan bertanggungjawab semenjak merdeka. Kerajaan yang bukan menjanjikan bulan, bintang ataupun cakerawala singgah ke riba tetapi ini adalah sebuah kerajaan yang saban hari memikir, mena’kul, merancang dan melaksanakan dasar serta prakarsa demi kerukunan rakyat dan kesejahteraan negara.

Bonus Setengah Bulan Gaji Penjawat Awam , BAJET 2012.

SERONOKLA YE PARA PENJAWAT AWAM DAPAT BONUS SETENGAH BULAN GAJI SEMPENA BAJET 2012 ...


KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk memberi bonus tambahan setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada 1.3 juta kakitangan awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata bayaran bantuan RM500 juta akan dibayar kepada pesara kerajaan.

Jumlah yang sama dibayar kepada mereka pada Ogos lalu.

“Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

“Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 bagi penjawat awam dan bantuan RM1,000 bagi pesara kerajaan,” kata beliau ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Katanya, bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta kakitangan awam serta 618,000 pesara kerajaan.

“Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja RM4 bilion,” katanya.

Bajet 2012.

SUKA ATAU TIDAK?


BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012:

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera. * Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan. * Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD. * Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD. * Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

-BERNAMA

Peruntukan RM2 juta setahun : Bajet 2012 ke?


kosmo: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan Ainuddin Wahid Endowment Fund dengan dana RM10 juta bagi membiayai pelajar peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Perdana Menteri berkata, dana berkenaan akan diagihkan secara berperingkat dengan peruntukan RM2 juta setahun untuk tempoh lima tahun.
Ketika melancarkan biografi Ainuddin Pejuang Degil Melayu di UTM, Jalan Semarak di sini, beliau berkata, dana itu akan digunakan untuk membiayai lima pelajar PhD setiap tahun yang daripada kumpulan 'creme de la creme' iaitu yang terbaik.
"Pelajar-pelajar PhD yang dibiayai oleh dana ini juga berpeluang untuk mengikuti sandaran selama enam bulan semasa pengajian di salah sebuah institusi akademik tersohor dunia iaitu Universiti Oxford, Cambridge, MIT atau Imperial College," katanya.
Dalam ucapannya, Najib juga mengingatkan rakyat supaya tidak sekali-kali melupakan sejarah dan perjuangan pemimpin terdahulu yang menyumbang kepada kemakmuran negara yang dinikmati hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...