Nak Souvenier best?

Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Borang bajet 2013.

Borang bajet 2013.


Sebenarnya Nur nak tunjukkan contoh BORANG BR1M yang tahun lepas punye. Bagi yang pernah isi sure senang le. Yang baru layak tahun ni selepas BAJET 2013 tu diumumkan surela terpaksa meminta panduan ye.
gambar borang bajet BR1M 


Seeloknya kena baca betul-betul dulu, kemudian barula isi BORANG BAJET 2013 ni. Bukan main hentam keromo sahaja. Kalau silap nanti kita juga yang tak dapat. So, kat mana nak cari borang yang dimaksudkan ni? Siapa tau? Mohon bantu ye.

Sebenarnya nak isi borang tu kena hati hati tau.. Semua jenis borang le.. Bukan borang BR1M ni je. Nur baru je terbaca kisah anak Mak Chaq yang kena tipu dek Celcom. Kata FREE rupanya tidak. Adoyaii.. satu pengajaran buat seua ok.. Dan pesanan khidmat masyarakat- JANGAN PERCAYA PADA BARANG FREE.. (selidikilah betul betul dahulu!)

Bajet (Belanjawan ) 2013/ Mahasiswa daftar untuk Baucar Buku 1Malaysia

~Cukupla kan mahasiswa dapat Baucar Buku 1Malaysia tu. Kalau dapat dua dua tu BR1M dan Baucar Buku 1M tu lagi untung kan.. Kira dah adil sangat. Syukurla.. Daripada takde langsung..

Kat mana nak daftar untuk Baucar Buku 1Malaysia ni?


Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini.
"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu. 

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Mahasiswa TAK LAYAK BR1M.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Mahasiswa TAK LAYAK BR1M.



KUALA LUMPUR: Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam kategori penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0.
Pelajar IPT bagaimanapun layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua dan akan memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara, demikian menurut kenyataan Kementerian Kewangan yang dikeluarkan hari ini. 

"Program Baucar Buku 1Malaysia yang dulunya bernilai RM200, adalah kesinambungan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos membeli buku kepada para pelajar dan melibatkan peruntukan sebanyak RM325 juta," menurut kenyataan itu. 

Penjelasan itu dibuat susulan beberapa laporan akhbar hari ini berhubung pemberian BR1M 2.0, yang menyebut bahawa golongan siswazah dan penganggur yang tidak mempunyai pekerjaan dan berusia 21 tahun ke atas, layak menerima bantuan itu.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada Jumaat lepas memaklumkan bahawa di bawah projek BR1M 2.0, hanya isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM500.



Bantuan itu kali ini turut dipanjangkan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dan mereka layak menerima bantuan sebanyak RM250. - Bernama

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Syarat & download borang BR1M.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Syarat & download borang BR1M.

gambar borang BR1M 
Teruja nak dapat RM500?.. Atau RM250 bagi yang BUJANG 21-30 tahun? Berdasarkan Bajet 2013, itulah yang dijanjikan oleh Perdana Menteri kita yang kita sayangi.(Bodek ke?).. Katanya ini bukan BAJET PILIHANRAYA.. Tapi Bajet Yang terbaik setiap tahun-seperti ulasan oleh blogger Selamat Tinggal Dunia.

Semasa Nur men google untuk cari download borang BR1M ni, ia telah memandu Nur ke link ini. Harus diingatkan ini adalah contoh borang BR1M (seperti printscreen di atas tu ye.)Untuk borang BR1M 2012  Nur rasa mungkin akan dikeluarkan yang baru sebab maybe dikemaskini disebabkan ada kategori baru untuk si BUJANG.

Apa pun tunggu dan lihat la nanti ye..


Bajet (Belanjawan ) 2013 / Cara nak daftar BR1M 2.0 orang bujang.

Bajet (Belanjawan ) 2013 / Cara nak daftar BR1M 2.0 orang bujang.


     Beruntunglah ye jadi orang bujang ni yang bakal mendapat DURIAN RUNTUH BR1M 2.0. Dalam PEMBENTANGAN BAJET 2013 semalam, perdana menteri telah umumkan pemberian wang sebanyak RM 250 kepada golongan bujang. Syaratnya adalah golongan itu yang berpendapatan kurang dari RM2000. Persoalan Nur adalah, kalau orang bujang tu tak bekerja atau pun masih bergelar student, adakah dia layak untuk mendapat INSENTIF itu? Cer jawab..

Syaratnya untuk dapat BR1M.:

  • orang bujang itu berumur 21 tahun ke atas. (kiranya bujang terlajak pun layak la kan..)
  • pendapatan kurang RM2000.


Bagi bantuan untuk isi rumah BR1M pula, pendapatan isi rumah adalah kurang daripada RM3000 dan akan diberi RM 500. (jadi kalau dalam keluarga tu ada anak bujang seorang yang memnuhi syarat  bolehla dapat RM750 jumlahnya.)

Cara nak memohon BR1M 2.0 (bagi yang pernah dapat tahun lepas takyah daftar)

-pemohon perlu daftar bermula NOVEMBER secara online atau pergi ke Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah atau Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Bayaran akan dibuat pada Januari.

~Tak sabar.. menumpang gembira.

BR1M. Dan kaitan LHDN

~DUIT YANG DAPAT TU NAK BUAT APA YE?

PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak terlibat dalam urusan pembayaran program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebaliknya hanya membantu dalam aspek penerimaan dan pendaftaran borang-borang permohonan.

LHDN dalam satu kenyataan semalam menyatakan mekanisme pembayaran untuk penerima di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri masing-masing.

Pembayaran bagi negeri-negeri selain empat negeri itu diuruskan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Sebelum ini, LHDN menerima banyak pertanyaan daripada orang awam melalui talian pusat khidmat pelanggannya atau yang hadir sendiri ke pejabat cawangan LHDN berhubung mekanisme pembayaran itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...