Nak Souvenier best?

Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Dia cerita pasal sejarah?

~Minat sejarah tak?
TANYA DIA:


Sejauh mana tahap pengetahuan anda tentang sejarah negara anda?
[1] – Secara dasarnya sahaja. Setakat bila merdeka, siapa Perdana Menteri ......
[2] – Apa yang pernah belajar masa sekolah, so far ingat...
[3] – ketegori mengetahui perkembangan sejarah negara dengan baik... sikit-sikit jer yang tak tahu pun.

Kisah Cinta Adam & Hawa.

~Bacaan yang menarik di sini:http://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=119:kisah-cinta-adam-dan-hawa&catid=48:mutiara-kisah&Itemid=177



Hawa diciptakan
Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur.
Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s  tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.
Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Faham Tak Tulisan ni?


















SALAH satu skrol Laut Mati dipamerkan di Muzium Israel di Baitulmuqaddis.

Siapa Dia?

Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat. Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat, beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib telah diterbitkan diRom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

~Lagi tentang Ibnu Sina DISINI..

Proton Tuah Best Ke?

Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.[perlu rujukan]

Kadang kadang kita lupa SEJARAH la yang membentuk kita pada masa kini..

Kalau nak bagi blog ni menang copy je ayat.. n tempek kat commentbox entry AA disini..

Saya undi blog ALL IN ONE sebab Tuan Blog ni mintak tolong undikan…

101110

satu lagi tarikh yang menarik.. 101110.. selamat hari 101110 semua readers ye.. harini ada birthday siapa siapa ke?.. maka diucapkan selamat hari lahir.. moga rezeki nan murah dan berkat. kalau rezeki murah tapi tak berkat tak best juga kan. apa yang pernah jadi pada hari ini suatu masa dahulu.. melawat ke arkib negara dan ini lah hasilnya:

DATUK BENTARA LUAR MEMBUKA BATU PAHAT
Tarikh Peristiwa pada 10-11-1893
'Pada hari ini dalam tahun 1893, Datuk Bentara Luar telah menerima perintah daripada Sultan Abu Bakar untuk membuka bandar Batu Pahat. Datuk Bentara Luar atau nama sebenarnya Muhamad Salim bin Perang merupakan salah seorang elit Johor moden.

PERASMIAN MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
Tarikh Peristiwa pada 10-11-1994
'Pada hari ini dalam tahun 1994, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah merasmikan Memorial Tunku Abdul Rahman di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur. Penubuhan Memorial tersebut adalah untuk mengenang dan memperingati jasa serta sumbangan bakti Almarhum Tunku sebagai “Bapa Kemerdekaan”

~ala ala hari ini dalam sejarah. tapi sejarah tu penting.. kalau tak ada sejarah.. tak ada lah kita kita ni kan...kepada orang-orang batu pahat.. tahukah kamu tentang tarikh ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...