Nak Souvenier best?

Showing posts with label manchester united. Show all posts
Showing posts with label manchester united. Show all posts

CAMNE LIVERPOOL lawan MALAYSIA TADI?

1 comments:


ZWAN SABRI said...
Wah! Hebatlah Malaysia.. x sangka dapat tembus gawang gol liverpool.. ;) MySuaraBlog: Lelaki Gemuk Sperma Sikit

Hidup Bagai Roda.. Kini Dia Dibawah..

~Dah tiba masa.. kena berundur juga.. kalau tak letak jawatan awal-awal.. kenala pecat...

LONDON - Chelsea telah memecat pengurus pasukan itu, Carlo Ancelotti awal pagi semalam.
Chelsea mengambil keputusan untuk memecat Ancelotti selepas penggendali dari Itali itu gagal membantu skuad The Blues memenangi sebarang gelaran musim ini.
Andre Villas-Boas yang membawa Porto menjuarai Liga Europa dan Liga Portugal dianggap calon pilihan untuk menggantikan tempat Ancelotti itu.
Turut dikaitkan ialah bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho yang kini merupakan jurulatih Real Madrid dan pengurus Turki, Guus Hiddink.
Pada aksi terakhir Liga Perdana England awal pagi semalam, Chelsea tewas 0-1 kepada Everton untuk menamatkan saingan musim ini di tempat kedua selepas ketinggalan sembilan mata di belakang Manchester United.
Dengan pemecatan Ancelotti itu, Chelsea sudah pun mempunyai seramai tujuh orang pengurus sejak hartawan Rusia, Roman Abramovich mengambil alih kelab London itu pada 2003.
"Chelsea dengan ini mengesahkan bahawa Ancelotti telah pun berpisah dengan kelab ini pada hari ini (semalam)," menurut satu kenyataan di laman web rasmi Chelsea kira-kira dua jam selepas tamat pertemuan dengan Everton itu.
"Pemilik kelab dan juga ahli lembaga pengarah mengucapkan terima kasih kepada Ancelotti di atas sumbangan dan pencapaiannya sejak memegang jawatan pengurus pada Julai 2009.

Tak Minat Manchester United!!!

Siapa yang tak minat Man United?.. Tahu siapa?.. Ceroila.. Lulu Caldina pun..
LONDON – Alex Ferguson mahukan pemain Manchester United menutup saingan Liga Perdana England musim ini dengan bergaya iaitu menewaskan Arsenal dan Chelsea.
Jika berjaya direalisasikan, ia akan memberi jaminan kepada mereka untuk bergelar juara musim ini.
Ferguson mula berang setelah mendengar kritikan bahawa skuad United ketika ini tidak sehebat sebelumnya meskipun mereka bakal menjulang gelaran liga ke-19 dan juga mara ke final Liga Juara-Juara.
Pengurus United itu telah mengarahkan pemainnya supaya membuktikan kualiti sebenar dengan menewaskan pencabar terdekat, Arsenal dan Chelsea dalam dua perlawanan selepas ini bagi membuktikan bahawa mereka sebenarnya adalah pasukan juara.
“Kami mahu memenangi dua perlawanan selepas ini,” kata Ferguson.
“Ramai yang bercakap bahawa Arsenal mungkin ada peluang menewaskan kami dan menjuarai liga manakala Chelsea juga akan menang ke atas kami di Old Trafford dan memenangi liga ini.

Glory Glory...

Apa yang glory nye?.. Morning Glory?


PEMAIN United digesa menewaskan dua pencabar terdekat mereka sebelum tirai liga musim ini melabuhkan tirainya.

Terkedu?. Kena Gelak Sebab Man U Kalah?


STATUS Manchester United selaku pendahulu Liga Perdana England semakin tercalar selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut.

Setelah tewas 1-2 kepada Chelsea pada awal pagi Rabu lalu, skuad kendalian Alex Ferguson itu menerima malu lebih besar apabila tunduk 1-3 kepada Liverpool di Anfield malam tadi.

Hatrik daripada penyerang Belanda, Dirk Kuyt sudah cukup untuk membuatkan Liverpool terus melonjak ke tangga keenam liga.

United kini kekal dengan kelebihan tiga mata di persada liga berbanding pasukan di tangga kedua, Arsenal tetapi skuad The Gunners kurang satu perlawanan.

Kuyt membuka tirai jaringan pada minit ke-34 setelah mudah menolak masuk bola hasil gerakan solo Luis Suarez yang berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan United.

Lima minit kemudian, Kuyt sekali lagi mudah menolak masuk gol kedua Liverpool berpunca daripada kesilapan Nani.

Sejurus kemudian, Nani terpaksa diusung keluar setelah diterjah keras oleh Jamie Carragher.

Sisa perjuangan United berakhir selepas Kuyt melengkapkan hatriknya pada minit ke-65 setelah penjaga gol United, Edwin van der Sar gagal menangkap kemas sepakan percuma Suarez.

Javier Hernandez yang masuk menggantikan Nani bagaimanapun berjaya menjaringkan gol sagu hati buat United pada masa kecederaan. – Agensi

~Minat bola sepak ke?.. Sebab apa minat?.. Kepuasan?.. Atau saja nak ikut orang minat, kita pun nak ikut..

Pelakon Korea



Bila google gambar pelakon korea.. ini la antara gambar yang ada.. Hmm.. tengok sekali pandang memang ada iras juga la kan.. Pelakon korea oh pelakon korea.. Namanya Khairul Fahmi Che Mat. Yang mana satu? Yang penjaga gol tu. Yang dapat hadiah rumah dari Negeri Kelantan tu..

Selamat terdengar kat radio yang kecoh si Khairul Fahmi ni dapat kontrak dengan Manchester United. Wah.. gempak tu.. Tapi LO cakap, indah khabar dari angin je la.. ( Tak sangka ye berita kat blog ni leh masuk radio gak.. sebab baca kat blog je tentang gossip tu)..

tiba-tiba mati ketika bermain bola? 2

Menurut Dr. Azar, ahli sukan berusia 35 tahun ke atas terdedah kepada risiko serangan jantung lebih tinggi. Namun ia juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang seperti paras kolestrol atau menghidap penyakit jantung koronari.

Kata beliau, bagi negara Itali dan Amerika Syarikat, mereka mempunyai ujian penyaringan persediaan untuk atlet sebelum terlibat dengan sesuatu perlawanan. Biasanya ia memerlukan ujian ElektroKardioGram (ECG).

“Setelah dipastikan kesihatan berada di tahap sepatutnya, barulah pemain tersebut dibenarkan bermain,” katanya.

Seandainya pemain itu bermasalah di peringkat ujian ECG, mereka perlu pula menjalani ujian selanjutnya iaitu ujian stres.

Selain persediaan pemain, Dr. Azar juga menggalakkan semua orang terutamanya mereka yang berada di padang supaya tahu melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR).

Katanya, di Malaysia kesedaran tentang pentingnya CPR amat rendah.

“Sebenarnya bantuan CPR boleh meningkat peratus survival mangsa hingga 43 peratus berbanding 22 peratus dengan hanya menunggu mangsa dibawa ke hospital,” ujarnya.

Sebagai tambahan, alat Automated External Defibrillatoraed (AEB) patut dimiliki oleh semua stadium bagi memberi bantuan kecemasan kepada mangsa yang rebah akibat serangan jantung.

“Alat ini mudah dibawa dan digunakan. Sesiapa saja boleh melakukannya. Saya amat berharap agar semua stadium, tempat kunjungan ramai seperti lapangan terbang, kompleks membeli belah dan pejabat korporat di negara ini memiliki AED sebagai kemudahan tambahan,” katanya.

Menurut beliau peratus survival bagi penggunaan AED adalah kurang 25 peratus dalam masa empat hingga lima minit selepas serangan manakala kurang 10 peratus dalam masa lebih 10 minit.

Kesimpulannya kata Dr. Azar, kajian yang dilakukan American Health Association (AHA) menunjukkan ahli sukan mempunyai 2.5 kali ganda risiko serangan sakit jantung berbanding mereka yang tidak bersukan.

“Dua kes dilaporkan berlaku daripada setiap 100,000 pemain,” katanya.

tiba-tiba mati ketika bermain bola? 1

~lagi satu risiko pemain bola..

Mati mengejut di padang

Pakar Kardiologi, Dr. Azar Azman Abu Bakar berkata, serangan jantung mengejut boleh berlaku kepada bukan sahaja pemain bola sepak malah sukan yang melibatkan impak tinggi seperti ragbi, badminton dan tenis.

“Biasanya ia berlaku kepada aktiviti yang memerlukan pecutan kemudian berhenti secara mengejut,” katanya.

Kata beliau lagi, statistik menunjukkan serangan jantung kerap berlaku kepada pemain terutama ketika musim perlawanan.

Punca-puncanya:

1) Hipertropik Kardiomiopati – Penebalan otot jantung disebabkan oleh kegiatan sukan yang berterusan dan / atau masalah kelainan genetik; risiko masalah rentak jantung ventrikular. Kata Dr. Azar, ia berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu kegiatan lebih daripada biasa seperti tenaga yang dikerah ketika perlawanan. Masalah ini juga boleh berlaku disebabkan oleh faktor genetik daripada kecil. Menurut beliau, 26 peratus daripada kematian mengejut berpunca daripada masalah ini berlaku kepada ahli sukan.

2) Komotio Kordis – Berlaku ketika perlanggaran terutama di bahagian dada. Jika dilihat, pemain tidak mengalami kecederaan namun jantungnya telah bergegar. Peratus survival hanya 15 peratus.

3) Ketidaknormalan arteri koronari – Kelainan perjalanan pembuluh darah jantung sejak lahir; risiko mendapat iskemia dan aritmia. Keadaan ini menyebabkan darah tidak cukup lalu pemain boleh rebah.

4) Miokarditis – Radangan otot jantung contohnya disebabkan oleh jangkitan virus; risiko mendapat kegagalan jantung dan aritmia

5) Sindrom Marfan – kelainan genetik di mana terdapat kelemahan pada dinding pembuluh darah aorta dan risiko pecahan dinding tersebut. Biasanya berlaku kepada mereka yang bersusuk tubuh tinggi seperti pemain bola keranjang. Terdapat kes di mana pemain mati mengejut di padang.

6) Kardiomiopati ventrikal kanan arrithmogenik – Kelainan genetik melibatkan masalah rentak jantung ventrikular

7) Arteri koronari rentang – Kelainan otot jantung menyebabkan pembuluh darah koronari terhimpit semasa degupan jantung

8) Stinosis injap aortik – Penyempitan injap jantung aortik disebabkan masalah kongenital (injap bikuspid) atau komplikasi jangkitan rheumatik

9) Penyakit arteri koronari artherosklerotik – Pembunuh perubatan nombor satu di mana terdapat penyempitan / sumbatan pembuluh darah koronari. Kejadian serangan jantung atau rentak jantung (ventrikular artmia) boleh berlaku spontan terutama dalam keadaan stres fizikal atau emosi.

Lazimnya terjadi pada seseorang yang mempunyai risiko seperti sejarah keluarga, merokok dan sebagainya. Kebelakangan ini semakin ramai pesakit yang usia muda (lelaki dan perempuan) mengalami masalah ini disebabkan gaya hidup yang tidak sihat.

10) sindromLong QT – Masalah genetik menyebabkan masalah rentak ventrikular yang tidak normal

11) Arteri serebral pecah – Masalah aneurysm pembuluh darah otak yang tidak diketahui ada yang pecah semasa dalam keadaan stres

~al fatihah buat arwah shamrin

gara- gara bermain bola 3

Cedera bahagian tulang belakang

Kecederaan bahagian ini berlaku apabila pemain jatuh terduduk menyebabkan hentakan kuat (hyperflexion).

“Ini menyebabkan disk pecah lalu menekan tulang menjadikan salah satu daripadanya patah. Bila ia menekan saraf, keadaan slip disk akan berlaku,” katanya.

Disebabkan saraf yang terdapat di bahagian tulang belakang ialah saraf ke bahagian kaki, pesakit akan berasa lenguh dan sakit di bahagian salah satu kaki.

Seandainya pecahan yang terjadi agak besar, lama-kelamaan ia menyebabkan simptom spinal stenosis.

“Ia menyebabkan tisu di bahagian tulang belakang menebal dan menekan saraf. Apabila ini berlaku, pesakit akan merasa sakit setiap kali berada dalam satu posisi untuk tempoh yang lama.

“Bila dia mengubah posisi baru akan berasa lega,” jelasnya. Pesakit yang mengalami masalah ini perlu menjalani pembedahan untuk memastikan saraf tidak terhimpit.

Sekiranya pecahan disk terlalu kecil, pesakit hanya perlu mengambil ubat tahan sakit dan menjalani rawatan fisioterapi

gara- gara bermain bola 2

Cedera bahagian bahu

“Biasanya ia berlaku kepada penjaga gol terutama ketika menangkap bola,” kata Dr. Azmi.

Ia juga boleh terjadi kepada pemain yang berlanggar sesama sendiri lalu jatuh bertongkatkan tangan.

Keadaan ini jelas beliau berlaku apabila urat di bahu terkoyak atau terkepit. Biasanya pemain tidak berasa sakit ketika kejadian namun ia perlahan-lahan terasa selepas dua atau tiga hari.

Apabila urat di bahagian ini terkoyak, pesakit tidak boleh mengangkat atau menongkat tangan. Jika tersepit pula, mereka tidak akan merasa sakit ketika bermain namun merasainya ketika berehat.

“Pesakit akan merasa lenguh bahu, kebas tangan dan kadang-kadang rasa sakit dari bahagian siku hingga pergelangan tangan, dada, tulang belikat dan tulang belakang.

“Sebenarnya apabila urat terkepit di bahu, otot akan menjadi lemah manakala kedudukan bahu akan jatuh ke bawah dan ke depan sedikit,” jelasnya

gara- gara bermain bola 1

nak berkongsi disini..
pernah berkongsi tentang kecederaan buku lali di post ini.. diambil dari utusan online

hari ni tentang
Cedera bahagian lutut

Dr. Azmi berkata, yang paling biasanya berlaku adalah koyak ligamen cruciate. Ia boleh berlaku apabila pemain jatuh dengan kaki terlipat.

“Biasanya ia bukan disebabkan perlanggaran tetapi pemain terjatuh sendiri seperti terpelecok,” kata Dr. Azmi.

Jelas beliau lagi bunyi seperti ‘prak’ boleh didengari dengan jelas daripada pemain yang mengalami keadaan ini. Kesan daripada itu, menyebabkan lutut pemain membengkak serta merta dan dia tidak boleh meneruskan perlawanan.

Katanya, pesakit juga mengalami masalah menuruni anak tangga atau bukit dan tidak boleh jalan laju kerana rasa seperti lutut ‘tertinggal.’

“Keadaan ini berlaku kerana satu kaki yang mengalami kecederaan tidak berkuasa menongkat atau menampung badan. Namun, ia tetap boleh digerakkan dan melakukan gerakan lain seperti menendang.

Menurut beliau, kecederaan lutut perlu menjalani rawatan mekanikal yang memerlukan pembedahan arthroskopi ligamen reconstruction bagi menggantikan urat untuk menstabilkannya.

Urat daripada bahagian lutut pesakit yang masih baik digunakan atau pun menggunakan urat daripada perkhidmatan derma organ.

“Pesakit mengambil masa selama enam hingga 12 bulan untuk sembuh. Selepas sembuh, mereka mungkin mengalami masalah sampingan seperti tidak berani melompat, atau melangkah longkang yang agak besar secara automatik,” jelasnya.

Selain itu kata Dr. Azmi, kecederaan lain di bahagian lutut adalah maniskus di mana ia berlaku antara dua tulang.

“Bila ligamen terkoyak, ia menyebabkan lutut melekat dan tidak boleh digerakkan serta berasa sakit,” katanya.

Kecederaan jenis ini memerlukan pemeriksaan klinikal dan pengimejan resonan magnetik (MRI). Ia boleh dirawat juga dengan kaedah perbaiki dan perkemas bahagian yang berkenaan

chelsea...

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea, akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad pilihan Malaysia XI pada 21 Julai tahun depan dalam program pra musim Siri Jelajah Asia 2011 pasukan itu ke rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam, iaitu promoter Siri Jelajah Chelsea ke Asia, dalam kenyataan hari Selasa berkata perlawanan itu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, pasukan 'Blues' itu juga telah mengesahkan penyertaan pada Kejohanan Trofi Asia Barclays di Hong Kong bagi melengkapkan jelajah pra musim pasukan itu tahun depan.

Kejohanan Trofi Asia Barclays itu disertai oleh Aston Villa, Blackburn Rovers, kedua-dua pasukan EPL dan juara Divisyen Satu Hong Kong pada 27 hingga 30 Julai depan.

Kam berkata sebuah program menyeluruh akan dirangka bagi menyambut ketibaan pasukan Chelsea ke Kuala Lumpur dan harga tiket perlawanan akan dimaklumkan kemudian.

~cuba tengok dan perhatikan nanti, penyokong mana lebih ramai?... adakah penyokong malaysia ataupun penyokong chelsea..

rooney pindah..

Nafi khabarangin Rooney




MANCHESTER, England - Wayne Rooney dilaporkan memberitahu Manchester United bahawa dia mahu meninggalkan kelab Liga Perdana itu walaupun United berkeras menafikan khabar angin yang disifatkan mengarut itu.

Beberapa akhbar British termasuk Guardian dan Telegraph dalam laporan kelmarin memetik Rooney sebagai kecewa dengan tuduhan pengurus United, Alex Ferguson pada bulan lalu berkaitan kehidupan peribadinya.

Laporan itu juga menyatakan Rooney enggan untuk menandatangani kontrak baru sehingga boleh memaksa kelab itu menjual penyerang tersebut.

Rooney menyertai United dari Everton pada 2004 dengan kontrak bernilai $40 juta (RM124 juta) sehingga Jun 2012.

~manala tak kaya diorang ni, kontrak berpuluh-puluh juta.. memang kena insuran satu badan.. especially part kaki kan..

Rooney to miss Valencia trip with ankle injury

Wayne Rooney substitution Man United v Bolton
PA Photos
Wayne Rooney: Just one goal in five games so far this season
Out-of-form Wayne Rooney will not travel with the Manchester United squad for the Champions League match against Valencia on Wednesday due to an ankle injury, the club have confirmed

~lebih lanjut mengenai kecederaan berkaitan bola DISINI

i) Cedera bahagian buku lali

Menurut Dr. Azmi, kecederaan buku lali (footballer ankle) merupakan kecederaan paling kerap berlaku kepada pemain ketika di padang.

Jelasnya, ia berlaku bila wujud satu bahagian tajam (kapsul) di sudut tertentu apabila tekanan diberikan kepada tulang tersebut. Seterusnya menyebabkan tisu menjadi bengkak dan sakit, lalu pesakit mudah terpelecok ketika berjalan atau berlari.

Selain itu, boleh juga berlaku di mana ligamen antara buku lali terkoyak atau terkepit di bahagian depan. Ini menyukarkan pesakit untuk berlari.

“Ia biasanya disebabkan tekanan pada sendi terutama ketika menggelecek dan ini selalu berlaku kepada pemain tengah,” jelasnya.

Satu lagi keadaan yang menyebabkan kecederaan di bahagian buku lali berlaku di mana serpihan ligamen terkoyak atau tersepit di celah sendi.

Bila ini terjadi kata Dr. Azmi, rawatan yang dilakukan adalah dengan membersihkan bahagian yang berkenaan dan diperkemas melalui pembedahan arthroskopi sendi.

Katanya lagi, kecederaan pada bahagian ini mudah dirawat, di mana proses penyembuhan mengambil masa lebih kurang dua minggu. Selepas itu bekas pesakit tadi boleh bermain seperti biasa.

Menjawab pertanyaan sama ada kecederaan jenis ini akan berulang, katanya, amat tipis melainkan berlaku ligamen terkoyak dan longgar menyebabkan ia perlu diperbaiki (reconstruct).

Bekas pesakit katanya, boleh kembali bersukan seperti biasa, namun memerlukan sokongan atau pun perlindungan dengan memakai guard
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...