~lebih lanjut mengenai kecederaan berkaitan bola DISINI
i) Cedera bahagian buku lali
Menurut Dr. Azmi, kecederaan buku lali (footballer ankle) merupakan kecederaan paling kerap berlaku kepada pemain ketika di padang.
Jelasnya, ia berlaku bila wujud satu bahagian tajam (kapsul) di sudut tertentu apabila tekanan diberikan kepada tulang tersebut. Seterusnya menyebabkan tisu menjadi bengkak dan sakit, lalu pesakit mudah terpelecok ketika berjalan atau berlari.
Selain itu, boleh juga berlaku di mana ligamen antara buku lali terkoyak atau terkepit di bahagian depan. Ini menyukarkan pesakit untuk berlari.
“Ia biasanya disebabkan tekanan pada sendi terutama ketika menggelecek dan ini selalu berlaku kepada pemain tengah,” jelasnya.
Satu lagi keadaan yang menyebabkan kecederaan di bahagian buku lali berlaku di mana serpihan ligamen terkoyak atau tersepit di celah sendi.
Bila ini terjadi kata Dr. Azmi, rawatan yang dilakukan adalah dengan membersihkan bahagian yang berkenaan dan diperkemas melalui pembedahan arthroskopi sendi.
Katanya lagi, kecederaan pada bahagian ini mudah dirawat, di mana proses penyembuhan mengambil masa lebih kurang dua minggu. Selepas itu bekas pesakit tadi boleh bermain seperti biasa.
Menjawab pertanyaan sama ada kecederaan jenis ini akan berulang, katanya, amat tipis melainkan berlaku ligamen terkoyak dan longgar menyebabkan ia perlu diperbaiki (reconstruct).
Bekas pesakit katanya, boleh kembali bersukan seperti biasa, namun memerlukan sokongan atau pun perlindungan dengan memakai guard
0 comments:
Post a Comment