~semoga perkara ini tidak akan berlaku..
KABUL 6 Sept. - Beratus-ratus penduduk Afghanistan mengadakan protes anti-Amerika Syarikat (AS) dan menuntut pembunuhan Presiden Barack Obama pada perhimpunan di ibu negara ini hari ini bagi mengutuk rancangan sebuah gereja AS untuk membakar al-Quran pada 11 September.
Penunjuk perasaan seramai 500 orang itu melaungkan 'hidup Islam' dan 'jahanam Amerika' ketika mendengar ucapan berapi-api daripada anggota Parlimen, ahli majlis wilayah dan ulama yang membidas AS dan menuntut pengunduran tentera asing dari negara ini.
Gereja Dove World Outreach Center yang berpangkalan di Gainesville, Florida mengumumkan rancangan untuk membakar naskhah-naskhah al-Quran di pekarangan gereja bagi memperingati hari ulang tahun kesembilan serangan 11 September, tetapi tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa untuk menyalakan unggun api
2 comments:
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!!!~ :) Maaf zahir dan batin ye..:)
salam aidilfitri juga buat bain
Post a Comment