Ini mungkin logik tetapi malangnya, ia bukan amalan biasa. Ramai orang terlebih memberi komitmen dalam hutang kerana menyangka bahawa ekonomi akan terus berkembang dan situasi yang baik akan terus kekal. Tidak perlu dikatakan, bila tiba masanya, mereka ini akan menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran balik dan perampasan kereta dan harta mula dikuatkuasakan. Sebagai contoh, krisis pinjaman terkini di Amerika Syarikat.
Adalah disarankan bahawa seseorang patut menghadkan jumlah bayaran balik pinjaman kepada, kurang daripada 1/3 pendapatan kasarnya.
Prinsip 3: Elakkan daripada meminjam untuk membiayai aset yang susut nilai
Ini mungkin akan menyinggung sesetengah orang tetapi ia adalah prinsip yang baik untuk diikuti. Aset yang susut nilai adalah harta yang hilang nilainya mengikut masa, seperti kereta (melainkan anda “melabur” dalam kereta klasik), perabot dan kebanyakan barang dan peralatan rumah. Tidak memerlukan seorang profesor ekonomi untuk memberitahu anda bahawa meminjam dengan bunga yang agak tinggi (mungkin setinggi 20% setahun untuk sesetengah barang!) untuk membeli “aset-aset” ini, tidak ekonomik langsung. Barangan ini akan susut nilai dengan cepat sementara pinjaman anda berkurangan dengan agak lambat. Dalam situasi di mana anda tidak dapat menjelaskan hutang, barangan tersebut akan dirampas dan anda mesti menambah nilai yang kurang kerana aset susut nilai anda tidak cukup untuk menjelaskan baki pinjaman.
Cuba membeli barang-barang ini secara tunai dari simpanan anda daripada meminjam. Jika tidak, jangan beli (melainkan ia akan menguntungkan perniagaan anda!)
2 comments:
Elakkan meminjam drp along. Pinjamlah dari achik atau angah. Haha.
Hahaha. Ada pinjaman yang tak boleh dielakkan, tapi kalau boleh, rancang pendapatan dan perbelanjaan. Antara pinjaman yang tidak boleh dielakkan.
1. Rumah
2. Kereta
3. Buat loan sebab nak kahwin (hahahaha, yang ni lawak jep)
Post a Comment