Nak Souvenier best?

lagi-lagi kena bunuh!

~pesakit mental/jiwa yang tidak mendapat rawatan boleh membahayakan. masyarakat kita masih stigma kepada penyakit ini dan akhirnya membiarkan sahaja pesakit2 ini tanpa rawatan sepatutnya...akhirnya timbul la perkara2 tak diingini

Skizofrenia: Membantu Yang Kurang Siuman

Oleh Ravichandran D.J Paul

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia masih bingung dengan siri pembunuhan mengejutkan dan tahun 2010 mungkin menyerlah sebagai tahun yang banyak menyaksikan pembunuhan gerun yang dilakukan oleh mereka yang siuman dan yang kurang siuman.


Sementara perhatian seluruh negara kini bertumpu kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dengan jenayah itu dirancang, jika ditinjau kembali tahun 2010 juga menyaksikan sebilangan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh mereka yang kurang siuman.


Dalam pembunuhan ngeri pertama pada tahun ini, pada 5 Jan lepas seorang lelaki kurang siuman membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan nenek di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.


Mangsa-mangsa sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.


Mereka yang mengalami skizofrenia mungkin melakukan jenayah di bawah arahan agresif akibat halusinasi tetapi masyarakat terlepas pandang akan nasib mereka. Adakah mungkin bagi segmen masyarakat siuman membantu mereka yang kurang siuman?

Pakar Perunding Psikiatri Dr Abdul Kadir Abu Bakar, yang juga Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), berpendapat bahawa kesedaran akan penyakit mental seperti skizofrenia dan yang ia boleh dirawati adalah masih rendah. ~sila baca lebih lanjut di SINI

2 comments:

|| NaFiRaa || said...

betollah.. mmg banyak sgt pembunuhan kejam berlaku skrg nih~ ngeri jek tengok lam berita..

nur said...

itula nafira.. dah kurang selamat sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...