Nak Souvenier best?

Showing posts with label sosilawati dibunuh. Show all posts
Showing posts with label sosilawati dibunuh. Show all posts

DATUK Sosilawati. PERBICARAAN.

Suzana Radin Pangat, 39, berkata, kemarahannya diluahkan melalui satu khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi: "Kenapa sanggup nak bantu orang tapi tinggalkan saya dan anak-anak selama tiga hari."
Wanita itu menghantar SMS itu kepada telefon bimbit milik Noorhisham, lima minit selepas panggilan terakhir suaminya yang memberitahu bahawa dia tidak boleh pulang selama tiga hari kerana cuba menyelamatkan Sosilawati.
Sebelum itu, Suzana memberitahu, Noorhisham menghubunginya pada pukul 8 malam 30 Ogos 2010 dan memberitahu dia sedang cuba menyelamatkan Sosilawati.
"Noorhisham kata Kamal, pemandu Sosilawati (Kamaruddin Shamsuddin) ugut Sosilawati sebab ada satu gambar tidak elok nak disebarkan, jadi dia (Noorhisham) dan Kamil (Ahmad Kamil Abdul Karim) terpaksa bantu Sosilawati dalam hal ini.
"Lepas itu dia minta saya faham situasi dan minta maaf pada saya banyak-banyak dan dia kata dalam masa tiga hari dia balik dan akan cerita apa berlaku pada dia," jelas Suzana.
Selepas itu, dia bertanya di mana suaminya berbuka puasa pada hari itu namun suaminya tidak menjawab pertanyaan itu malah terus mematikan talian.

~LAGI BACA KAT KOSMO YE.. ERK.. DAH NAK MASUK BULAN PUASA BALIK DA YE..

saman ganti rugi bernilai RM60

~rm60 juta- untuk cover kerugian perniagaan.. tidak setimpal dengan nyawa yang terkorban

SHAH ALAM – Enam anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya semalam memfailkan tuntutan saman ganti rugi bernilai RM60 juta terhadap bekas peguam, N. Pathmanabhan dan lima individu lain kerana didakwa membunuh dan melupuskan mayat ibu mereka akhir Ogos lalu.

Enam anaknya terdiri daripada Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md. Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pukul 8.45 pagi semalam.-kosmo

lagi-lagi kena bunuh!

~pesakit mental/jiwa yang tidak mendapat rawatan boleh membahayakan. masyarakat kita masih stigma kepada penyakit ini dan akhirnya membiarkan sahaja pesakit2 ini tanpa rawatan sepatutnya...akhirnya timbul la perkara2 tak diingini

Skizofrenia: Membantu Yang Kurang Siuman

Oleh Ravichandran D.J Paul

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia masih bingung dengan siri pembunuhan mengejutkan dan tahun 2010 mungkin menyerlah sebagai tahun yang banyak menyaksikan pembunuhan gerun yang dilakukan oleh mereka yang siuman dan yang kurang siuman.


Sementara perhatian seluruh negara kini bertumpu kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dengan jenayah itu dirancang, jika ditinjau kembali tahun 2010 juga menyaksikan sebilangan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh mereka yang kurang siuman.


Dalam pembunuhan ngeri pertama pada tahun ini, pada 5 Jan lepas seorang lelaki kurang siuman membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan nenek di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.


Mangsa-mangsa sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.


Mereka yang mengalami skizofrenia mungkin melakukan jenayah di bawah arahan agresif akibat halusinasi tetapi masyarakat terlepas pandang akan nasib mereka. Adakah mungkin bagi segmen masyarakat siuman membantu mereka yang kurang siuman?

Pakar Perunding Psikiatri Dr Abdul Kadir Abu Bakar, yang juga Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), berpendapat bahawa kesedaran akan penyakit mental seperti skizofrenia dan yang ia boleh dirawati adalah masih rendah. ~sila baca lebih lanjut di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...