Nak Souvenier best?

Showing posts with label bunuh diri. Show all posts
Showing posts with label bunuh diri. Show all posts

Kecewa cinta, terjun bangunan dan terbunuh.

~Semalam ada share percubaan terjuns eorang wanita yang kecewa cinta ditolak. Alih-alih hari ni ada kisah lain pula.Hampir sama.. namun yang ni endingnya menyedihkan la sebab dikatakan wanita tu terjatuh (seperti gambar) dan maut..

Sayangnya beliau baru je tamat penajian kat universiti. Macamana kekecewaan sehingga begitu sekali tindakannya.

ANAK panah menunjukkan arah Nurul Syafika terjatuh lalu mati di Kondominium PV13, Setapak semalam.

Jangan terjun!!!

~Kalau nur ada kat tempat kejadian, sure dah menjerit camtu. Kawan-kawan jangan sesekali tiru aksinya ye..


SANDAKAN – Kakitangan sebuah hotel di sini semalam gempar apabila seorang wanita yang gagal menagih cinta teman lelakinya bertindak nekad untuk terjun dari tingkat enam premis itu dalam kejadian di Bandar Labuk di sini semalam.
Drama hampir satu jam bermula pukul 9 pagi itu bukan sahaja mengejutkan kakitangan hotel malah orang ramai yang melalui kawasan tersebut turut tersentak dengan tindakan wanita berusia 33 tahun terbabit.
Difahamkan, wanita itu baru beberapa jam tiba dari Semenanjung sebelum mendaftar masuk di hotel berkenaan. Dia kemudian yang kecewa apabila teman lelakinya enggan datang dan menerima cintanya, bertindak berdiri di luar tingkap bilik


Terjun Bangunan..[Gambar]

~Tengok gambar je.. Katanya tertekan sebab masalah keluarga dan cinta..


DETIK-DETIK mencemaskan ketika seorang gadis cuba terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu semalam.

Video Cubaan Bunuh Diri?

Seawal jam 9mlm tadi bila blogwalking, ternampakla beberapa post yang memuatkan cerita tentang cubaan membunuh diri seorang awek dari sebuah bangunan sebuah pasaraya di negeri Pantai Timur.

Insiden mencemaskan tu berlaku kira-kira jam 4 ++ petang tadi. Namun, nasib baik khabarnya cuma cedera sahaja kerana pihak penyelamat sedah sedia di tempat insiden itu.

Khabarnya video yang tersebar tu bermula dekat facebook. Sungguh pantas penyebarannya kan. Memang berkesan medium Facebook ni sebagai perantara. Lepas tu pula blog. Memang medan penyebaran maklumat yang pantas dan cepat.. Tepat?.. Mungkin ada yang tepat.. mungkin langsung tidak tepat.

Apa punca seseorang itu mengambil keputusan untuk membunuh diri?.. Pernah tak kawan-kawan alami situasi yang mana seseorang yang cuba untuk membunuh diri?.. Apa yang patut dilakukan ye?..

Kenapa Alviss Kong Bunuh Diri? Facebook

Tiba tiba saja nama Alviss Kong ni glamer. Siapa dia? Artis ke? Tak pernah dengar pula.. Sebenarnya, kematiannya yang telah menaikkan nama Alviss Kong ini. Cukup tragis cukup mengesankan.

Khabarnya cinta yang menyebabkan Alviss Kong ini membunuh diri. Ye bunuh diri!! Kecewa dengan cintanya.. Tadi pun terbaca ni kat DahliaJournal dan ada link juga ke cerita asal.

Yang lebih menyedihkan, beberapa ketika sebelum bunuh diri tu, iaitu terjun dari bangunan.. Alviss Kong ni sempat update status nya di facebook.

Mungkin kerana terlalu tertekan, maka si Alviss Kong ini mengambil langkah mudah yang difikirkannya.. Fenomena bunuh diri ni mungkin juga berkaitan dengan sesuatu penyakit seperti di sini.

lagi-lagi kena bunuh!

~pesakit mental/jiwa yang tidak mendapat rawatan boleh membahayakan. masyarakat kita masih stigma kepada penyakit ini dan akhirnya membiarkan sahaja pesakit2 ini tanpa rawatan sepatutnya...akhirnya timbul la perkara2 tak diingini

Skizofrenia: Membantu Yang Kurang Siuman

Oleh Ravichandran D.J Paul

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia masih bingung dengan siri pembunuhan mengejutkan dan tahun 2010 mungkin menyerlah sebagai tahun yang banyak menyaksikan pembunuhan gerun yang dilakukan oleh mereka yang siuman dan yang kurang siuman.


Sementara perhatian seluruh negara kini bertumpu kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dengan jenayah itu dirancang, jika ditinjau kembali tahun 2010 juga menyaksikan sebilangan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh mereka yang kurang siuman.


Dalam pembunuhan ngeri pertama pada tahun ini, pada 5 Jan lepas seorang lelaki kurang siuman membunuh adik perempuan, bapa, datuk dan nenek di kediaman keluarganya di Kampung Batang Rokan, Gemencheh.


Mangsa-mangsa sama ada dipenggal, ditikam atau anggota mereka putus dalam serangan ganas menggunakan parang.


Mereka yang mengalami skizofrenia mungkin melakukan jenayah di bawah arahan agresif akibat halusinasi tetapi masyarakat terlepas pandang akan nasib mereka. Adakah mungkin bagi segmen masyarakat siuman membantu mereka yang kurang siuman?

Pakar Perunding Psikiatri Dr Abdul Kadir Abu Bakar, yang juga Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), berpendapat bahawa kesedaran akan penyakit mental seperti skizofrenia dan yang ia boleh dirawati adalah masih rendah. ~sila baca lebih lanjut di SINI

Bekas ADUN, bekas pembantu ‘dibunuh, bunuh diri’ – Polis

~akhirnya case closed.. no comment..

PETALING JAYA 10 Ogos – Bunuh dan bunuh diri - Itulah klasifikasi polis berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat.

Pengesahan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar itu sekali gus menutup kes tersebut dan menamatkan spekulasi dan misteri dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Sungai Buloh pada 3 Ogos lalu.

Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang menembak sebelum membunuh diri serta hasil laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mereka.

Menurut beliau, siasatan berhubung kes tersebut juga telah selesai selepas pihaknya merekod keterangan daripada ahli keluarga mangsa.

“Setelah menjalankan siasatan, kita tidak menemui pihak ketiga untuk dikaitkan dalam kejadian tersebut. Oleh itu, polis menganggap kes ini telah selesai.

“Polis juga telah mengetahui motif kejadian itu namun, ia tidak perlu diumumkan kerana tiada suspek lain yang dicari untuk didakwa di mahkamah,” katanya selepas merasmikan sistem anti-rampasan yang digunakan oleh van milik syarikat British American Tobacco Malaysia di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing-masing dalam sebuah kereta yang terbabas di lebuh raya berkenaan.

Polis turut menemui sepucuk pistol Revolver .38 mm yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana.

Sebelum ini, timbul desas desus yang mengatakan pasangan itu mempunyai hubungan antara satu sama lain, namun ia dinafikan oleh keluarga masing-masing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...