~akhirnya case closed.. no comment..
PETALING JAYA 10 Ogos – Bunuh dan bunuh diri - Itulah klasifikasi polis berhubung kematian bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd. Noh dan bekas pembantu peribadinya, Siti Rohana Ismat.
Pengesahan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar itu sekali gus menutup kes tersebut dan menamatkan spekulasi dan misteri dalam kejadian yang berlaku di Kilometer 455.7, Lebuh Raya Utara Selatan, berhampiran susur keluar Sungai Buloh pada 3 Ogos lalu.
Khalid bagaimanapun enggan mendedahkan individu yang menembak sebelum membunuh diri serta hasil laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mereka.
Menurut beliau, siasatan berhubung kes tersebut juga telah selesai selepas pihaknya merekod keterangan daripada ahli keluarga mangsa.
“Setelah menjalankan siasatan, kita tidak menemui pihak ketiga untuk dikaitkan dalam kejadian tersebut. Oleh itu, polis menganggap kes ini telah selesai.
“Polis juga telah mengetahui motif kejadian itu namun, ia tidak perlu diumumkan kerana tiada suspek lain yang dicari untuk didakwa di mahkamah,” katanya selepas merasmikan sistem anti-rampasan yang digunakan oleh van milik syarikat British American Tobacco Malaysia di sini hari ini.
Pada Selasa lalu, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala masing-masing dalam sebuah kereta yang terbabas di lebuh raya berkenaan.
Polis turut menemui sepucuk pistol Revolver .38 mm yang masih berisi dua peluru milik Abdul Aziz, di celah tempat duduk depan Toyota Caldina milik Siti Rohana.
Sebelum ini, timbul desas desus yang mengatakan pasangan itu mempunyai hubungan antara satu sama lain, namun ia dinafikan oleh keluarga masing-masing.
0 comments:
Post a Comment