Nak Souvenier best?

Kaki Jue cedera disambar api

Kaki Jue cedera disambar api

Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
wanasr@hmetro.com.my
2010/08/06

PERCUTIAN indah di Koh Samoi, Thailand Julai lalu bertukar menjadi pengalaman ngeri buat pelakon, Zuliana Ab Aziz, 27, atau Jue Aziz selepas kulit paha kirinya melecur akibat disambar api.

Akibatnya, Jue yang sinonim dengan imej seksi, terpaksa berjalan terhenjut-henjut dengan kaki berbalut selepas pulang dari pulau peranginan di Selatan Thailand itu. Begitupun, Jue ketika ditemui pada pelancaran drama bersiri Lagenda Budak Setan di Kuala Lumpur, baru-baru ini memaklumkan kejadian seperti itu bukanlah pe­ngalaman pertama yang dialaminya ketika pergi bercuti. “Percutian di Koh Samui kali ini memang satu tragedi buat saya. Bagaimanapun, saya pernah mengalami situasi seperti ini kerana saya yang suka aktiviti lasak. “Kejadian berlaku akibat sikap degil saya yang pantang dicabar oleh kawan-kawan. Ketika itu seorang daripada kawan mencabar saya untuk mencuba aksi ala sarkas bermain gelung api. Memang aksi berkenaan nampak mudah tapi akibat tersilap langkah, saya terjatuh sehinggakan sukar bernafas. Tanpa disedari, paha kiri saya mengalami luka akibat terkena api.

~berikut info tentang melecur dari infosihat

Melecur/Luka Lecur

Melecur atau Luka Lecur adalah kecederaan kepada kulit/tisu badan akibat daripada pendedahan kepada:

  • Haba seperti api, cecair panas atau wap/stim
  • Bahan-bahan kimia tertentu
  • Arus elektrik dari sumber elektrik atau panahan petir
  • Sinaran

Melecur yang akibat daripada haba dan bahan kimia berlaku apabila terdapatnya sentuhan kepada permukaan badan dan seringkali ditunjukkan pada kulit luar ataupun pada permukaan atas kulit.
Kecederaan melecur akibat elektrik atau panahan petir adalah apabila arus elektrik mengalir melalui badan dan merosakkan tisu badan.

Apakah gejala dan tanda melecur?

Tanda dan gejala melecur bergantung kepada jenis, tahap dan paras kecederaannya.
Antara yang seringkali berlaku adalah:

  • Sakit
  • Kemerahan pada kulit atau bahagian anggota yang terlibat
  • Repuh/bengkak mengandungi bendalir
  • Kerosakan tisu badan

Bagaimana menentukan tahap keterukan melecur?

Tahap keterukan akibat lecur dinilai berdasarkan nisbah/peratusan permukaan tubuh yang terlibat. Semakin besar peratusan permukaan tubuh yang terlibat, semakin tinggilah tahap keterukannya.

Apakah komplikasi luka lecur?

Kebanyakan lecur ringan melibatkan permukaan atas kulit sahaja dan tidaklah menyebabkan komplikasi atau kesan yang teruk.
Bagi tahap melecur yang teruk pula, antara komplikasi awalnya adalah:

  • Kehilangan cecair badan
  • Renjatan
  • Gangguan pernafasan
  • Jangkitan pada kulit.

Komplikasi lewat akibat memecur yang teruk adalah berparut dan kecacatan kekal.

Bagaimana pesakit melecur dirawat?

Melecur Ringan

  • Lakukan:
    • Sejukkan dan cuci kawasan terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan kesakitan, mencegah jangkitan dan juga mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
    • Bawa pesakit ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk rawatan lanjut.
    • Berikan ubat tahan sakit/analgesik.
    • Sapu krim antibiotik (bagi mengelakkan jangkitan awal).
    • Kekalkan kebersihan pada bahagian yang terlibat bagi mengelakkan jangkitan serta mempercepatkan penyembuhan.
  • Elakkan:
    • Menutup kawasan melecur dengan kain yang kotor.
    • Menyapu krim pada bahagian yang melecur tanpa merujuk kepada doktor ataupun petugas kesihatan bertauliah lain.

Lecur Teruk

  • Luka lecur teruk memerlukan rawatan perubatan dengan segera.
  • Hantar mangsa ke hospital secepat mungkin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...