seterusnya...
Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:
- Cari hiburan yang percuma atau murah. (Kita akan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut lagi, kemudian.)
- Berkongsi dalam pembelian yang besar
Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik.
- Bertukar barangan atau perkhidmatan.
Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu, anda mungkin memulakan satu lagi “eBay”!
0 comments:
Post a Comment